Normallah kalau buat salah, kena tegur. Tak tegur, kita akan ulangi kesilapan sama dan tiada keinginan untuk berhenti. Tetapi bagi bekas Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Saleh al-Talib, harga teguran yang diterimanya amat besar. Ya, baru-baru ini beliau dikenakan hukuman penjara 10 tahun oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana tegur!

Tapi sebelum itu, siapa Sheikh al-Talib ini? Beliau merupakan seorang ulama Saudi yang terkenal. Khutbah dan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya diikuti oleh ramai orang di laman sesawang YouTube.

Sheikh Saleh al-Talib

Hukuman tersebut dikenakan oleh Mahkamah Rayuan Jenayah Khas di Riyadh selepas keputusan pembebasan yang dibuat sebelum ini dibatalkan. 10 tahun penjara kerana tegur? Besar sangat ke dosa tegur sampai kena macam itu?

Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Kita sentiasa dimomokkan Islam tidak menyumbang kepada ketamadunan dunia. Hakikatnya, terlalu banyak sumbangan dunia Islam yang menjadi asas dunia moden hari ini. Nak tahu lagi, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581

Bila diamati, rupanya teguran kepada pemerintah Arab Saudi. Bukan tegur secara terus, tegur cara halus lagi dalam khutbah. Teguran Sheikh al-Talib mudah: jangan terlampau bebas bab hiburan. Ini selepas beliau mendapati kerajaan membenarkan terlalu banyak penganjuran konsert dan acara hiburan yang dianggap bertentangan dengan nilai agama dan budaya Saudi.

Salah satu konsert yang dianjurkan pada 2018 ialah konsert pasca-perlumbaan Formula E yang diadakan di Riyadh. Video boleh dilihat di bawah:

Selain itu, Sheikh al-Talib juga minta kerajaan agar pertimbang semula keputusan benarkan pergaulan bebas lelaki dan wanita serta pembukaan kelab-kelab malam. Baginya, keputusan yang dibuat oleh kerajaan bertentangan dengan nilai agama dan budaya tempatan.

Bila tegur atas mimbar khutbah, teguran itu bersifat umum. Kalau ada terasa, siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Agaknya murka, pemerintah de facto Saudi Putera Muhammad bin Salman (MBS) arahkan Sheikh al-Talib ditahan pada 2018 tanpa sebarang tuduhan dinyatakan. Dengan hukuman penjara 10 tahun yang dinyatakan, beliau menyertai ramai figura Saudi yang dipenjarakan kerana mengkritik rejim MBS.

Dr Salman al-Ouda. Sumber: Emad Alhusayni/CC BY-SA 3.0

Sheikh al-Talib bukan satu-satunya individu yang dipenjarakan atas sebab kecil ini. Seorang lagi ulama Saudi yang kini dalam tahanan ialah Dr Salman al-Ouda. Kes Dr al-Ouda pun sama macam kes Sheikh al-Talib. Yang ini sebab ciapan di Twitter pada 2017 yang mahu negara-negara Teluk kembali berbaik.

Ciapan beliau dianggap panas kerana pada ketika itu, beberapa negara Teluk termasuk Arab Saudi kenakan sekatan ke atas Qatar. Akibatnya, Dr al-Ouda dan beberapa orang figura penting Saudi ditahan atas dakwaan keganasan. Sekatan ke atas Qatar akhirnya tamat pada Januari 2021. Tapi orang yang tegur bab ini masih dalam lokap dengan keadaan kesihatan Dr al-Ouda dikatakan makin merosot.

Oleh sebab masih ramai yang bertanya tentang kedua buah buku ini, kami akan meneruskan promosi ini sehingga 15 September ini! Kali ini, kedua buku ini dapat dibeli di Shopee kami! Jom, klik link di bawah sekarang!
Pencari Cincin Sakti : http://bit.ly/PencariCincinShopee
Sate Untuk Jembalang : https://bit.ly/SateJembalangShopee

Tetapi itulah harga bersuara tentang kebenaran. Kedua-dua Sheikh al-Talib dan Dr al-Ouda menegur berpandukan hadis ini, “Barang siapa antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaannya). Jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (menasihatinya). Dan jika ia tidak mampu juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

Mereka telah menegur sekaligus melaksanakan tanggungjawab yang dinyatakan dalam hadis. Nak ikut atau tak, terpulang. Tapi bagi orang macam MBS, orang yang menentang walaupun tegur ada dua kesudahan. Sama ada penjara atau kes Jamal Khashoggi.


Kami menulis ikut semangat untuk bantu orang ramai dapatkan ilmu secara percuma. Sebab itu kami enggan buat konsep langganan artikel (subscription). Tetapi kami mohon jasa baik kalian untuk beli buku kami. Dengan pembelian buku, kalian sedang membantu kami teruskan semangat ini sampai bila-bila. Link pembelian: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Al-Jazeera. (2018, 7 Januari). Cleric Salman al-Awda ‘held over Qatar tweet’.

Middle East Eye. (2022, 24 Ogos). Saudi Arabia: Former imam of Mecca’s Grand Mosque jailed for 10 years.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply