Hari ini, majoriti umat Islam di seluruh dunia mendukung fahaman Ahli Sunnah Waljamaah, berakidahkan Asy’ariyah. Tetapi semua itu tidak akan berlaku tanpa jasa seorang ulama besar bernama Imam Abu Hasan al-Ash’ari rahimahullah.

Imam Abu Hasan atau nama sebenarnya Abū al-Ḥasan Alī ibn Ismāīl ibn Isḥak al-Ash’ari dilahirkan di Basrah pada 260 Hijrah bersamaan 873/874 Masihi. Beliau lahir semasa era khalifah al-Mu’tamid dari Bani Abbasiyyah. Abu Hasan bukan sebarang orang kerana beliau merupakan keturunan sahabat Nabi s.a.w yang mulia, Abu Musa al-Ash’ari r.a.

Semasa kecilnya, beliau tidak berpeluang mendapat kasih sayang bapanya, Ismail bin Ishak yang telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi dalam wasiatnya, dia meminta agar puteranya itu diajar dalam ilmu hadis oleh Sheikh Zakaria al-Saji rahimahullah. Sheikh Zakaria dianggap tokoh ulung dalam ilmu hadis dan merupakan anak murid kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Selain beliau, Imam Abu Hasan turut berguru dengan Abu Khalaf al-Jahmi, Abu Sahl bin Sarh, Muhammad bin Ya’qub al-Muqri’ dan Abdurrahman bin Khalaf al-Bashri,

Tidak ramai tahu sebelum menjadi pendukung utama Ahli Sunnah Waljamaah, beliau merupakan pendukung fahaman Muktazilah. Ini disebabkan oleh bapa tirinya yang juga seorang ulama Muktazilah terkenal bernama Ali al-Juba’i. Justeru, tidak hairanlah beliau banyak berguru dan berdiskusi dengan figura-figura Muktazilah pada ketika itu.

Tetapi semua itu berubah apabila Imam Abu Hasan berdepan jalan buntu bila mendepani satu permasalahan akidah. Mengikut riwayat Ibnu al-Sakir dalam kitabnya Tabyin Kadhib al-Muftari fima Nusiba ila al-Imam Abu’l Hasan al- Ash’ari, beliau bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w sebanyak tiga kali pada bulan Ramadan.

Pada kali pertama, selepas mendengar persoalan yang diajukan oleh Imam Abu Hasan, baginda hanya menjawab, “Ikutilah sunnahku.” Selepas 10 hari, beliau sekali lagi bermimpi berjumpa dengan Rasulullah yang mengungkapkan kalimah sama. Pada 10 hari terakhir Ramadan, Imam Abu Hasan sekali lagi bermimpi berjumpa baginda di mana baginda menasihatinya untuk tidak menolak ilmu kalam dan mengikuti apa yang datang daripada baginda.

Ini membantu beliau menyelesaikan permasalahan akidah yang dinyatakan dengan membandingkan permasalahan-permasalahan ini dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Sejak itulah, Imam Abu Hasan menetapkan pendirian untuk menolak semua ajaran ekstrem yang wujud ketika itu termasuk Muktazilah dan mendukung sunnah baginda.

Dan sebagai manifestasi penolakan beliau terhadap ajaran Muktazilah, Imam Abu Hasan membuat satu ucapan di mimbar selepas 15 hari mimpi terakhirnya berjumpa baginda. Dalam ucapannya, beliau menyifatkan fahaman Muktazilah sebagai menyimpang selepas mendapat petunjuk daripada-Nya. Lantas, mulai hari itu, Imam Abu Hasan mengisytiharkan keluar daripada Muktazilah dan kembali mendukung ajaran Ahli Sunnah.

Sejak hari itu, beliau berusaha membimbing umat Islam untuk keluar daripada elemen ekstrem fahaman-fahaman seperti Syiah, Muktazilah dan Qadariyah. Misalnya, dalam ilmu hadis, Imam Abu Hasan mengarang satu kitab khusus untuk mematahkan semua hujah Muktazilah yang dibawa Ibnu Rawandi terhadap hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Antara kitab yang dikarang beliau ialah Kitab al-Mukhtazin (kitab tafsir al-Quran), al-Ijtihad dan al-Qiyas (kitab fiqh).

Begitupun, wujud perselisihan dalam kalangan ulama tentang jumlah sebenar manuskrip yang dihasilkan Imam Abu Hasan. Mengikut al-Sakir, beliau percaya ulama besar Ahli Sunnah Waljamaah itu menghasilkan 90 buah kitab dari pelbagai disiplin ilmu. Tetapi menurut Ibnu Hazm, Ibnu Katsir dan Ibnu Imad al-Hambali, beliau hanya menghasilkan 55 buah manuskrip. Sementara Imam Tajuddin al-Subki pula berpandangan Imam Abu Hasan hanya menghasilkan 21 buah kitab.

Di sebalik perbezaan pendapat tentang bilangan sebenar manuskrip beliau, ramai memuji ketegasannya mempertahankan Ahli Sunnah Waljamaah daripada se.ra.ngan liar pendukung fahaman seperti Muktazilah dan Syiah. Imam as-Subki melihat dakwaan Imam Abu Hasan membawa bidaah dari segi pemikiran atau mazhab baru sebagai mengarut. Sebaliknya, beliau hanya menegakkan kembali mazhab para ulama terdahulu dan memelihara manhaj yang dibawa oleh para sahabat Nabi s.a.w.

Imam Abu Hasan kembali ke rahmatullah pada tahun 324 Hijrah bersamaan 935/936 Masihi. Sebelum kembali menghadap Ilahi, beliau memanggil temannya bernama Shamsuddin al-Zahabi di mana beliau bersaksi bahawa beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pun umat Islam. Ia juga merupakan wasiat Imam Abu Hasan kepada umat Islam agar tidak saling melabel kafir antara satu sama lain.

RUJUKAN

al-Fayyadl, M.T. (2020, 19 Jun). Biografi Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari, Sang Penyelamat Umat. NU Online.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.