Apabila Charles Darwin membentangkan dapatan sains beliau melalui On the Origin of Species, dunia melihat beliau sebagai pelopor yang memangkinkan teori evolusi. Hakikatnya evolusi tidak dilahirkan pada 24 November 1859 (tarikh buku itu diterbitkan).

Bermakna Darwin bukan sama sekali pelopor atau pemangkin teori evolusi. Dan Darwin pun tidak pernah mengakui dirinya sedemikian. Sebaliknya beliau amat terkenal kerana sumbangan berjasanya dalam pemahaman sains.

Hanya keberkesanan sahaja yang membezakan Darwin dengan penyumbang-penyumbang lain seperti Alfred Russel Wallace dan Jean-Baptiste Lamarck. On the Origin of Species benar-benar menambat perhatian orang ramai.

Alfred Russel Wallace

Dengan Darwin menggapai kemasyhuran, nama-nama lain pun tenggelam. Dunia Islam pula lebih mengenali Darwin, berbanding ilmuwan-ilmuwan Islam yang turut membentangkan tentang teori evolusi.

Salah seorang ilmuwan yang wajib diketahui semua ialah Abu Uthman al-Basri. Lebih terkenal sebagai al-Jahiz, beliau meninggalkan sebuah legasi dengan 140 penulisan.

Tulisan al-Jahiz yang paling popular ialah Kitab al-Hayawan, menerangkan tentang haiwan secara berfakta. Kitab ini mengandungi tujuh jilid yang merekod 350 spesis haiwan (Masood, 2009).

Al-Jahiz menerangkan tentang mekanisme evolusi bernama pemilihan semulajadi (natural selection).

Natural selection

Pengamatan al-Jahiz sebenarnya mudah saja. Tikus sentiasa mencari makanan dan setiap hari kian menjadi licik. Tetapi tikus mencari haiwan-haiwan yang tidak mampu melawannya.

Takkan mungkin seekor tikus keluar mencari kucing dan ular untuk dimakan. Jangankan tikus – nyamuk pun begitu, mencari rezeki makanan setiap hari tetapi takkan sesekali menghisap d4r4h pepatung yang kemudian takkan cuba memakan katak.

Haiwan yang lemah mencari lebih lemah. Haiwan yang kuat takkan mencari haiwan lebih kuat.

Mungkin al-Jahiz atas kekangan zaman tidak menerangkan secara saintifik moden, tetapi apa yang dibentangkan memang sama dengan rantai makanan pengeluar, primer, sekunder dan tertier.

Diabadikan dalam matawang.

Faktor persekitaran mempengaruhi keupayaan organisme untuk menjaminkan kehidupan sendiri dan secara perlahan menjadikan organisme sedemikian sebuah spesis baharu. Hasil kerja al-Jahiz merentasi zaman dan mempengaruhi pembentangan ilmu dalam kalangan golongan seperti Abu Rayhan al-Biruni, Ibnu Khaldun dan Ibnu Tufail.

Malah al-Mas’udi juga bersetuju dengan al-Jahiz, bahawa tumbuh-tumbuhan berevolusi daripada logam semulajadi yang membangunkan biologi dunia ini dengan haiwan.

al-Masudi.

Dan haiwan kemudian menjadi manusia (Raghib, n.d.). Imam Raghib pula berkata bahawa mausia berasal daripada jirim tidak hidup.

Walaupun daripada Isfahan, Raghib merupakan seorang Sunni Asyariah yang berpendapat sedemikian kerana manusia dijadikan daripada tanah liat iaitu unsur penting untuk tumbuh-tumbuhan.

Apa yang jelas di sini ialah Dunia Islam pernah bergiat secara aktif dalam membentangkan ilmu-ilmu saintifik secara terperinci. Ilmu-ilmu dibawa mereka tiada beza pun sebenarnya dengan pembentangan Darwin.

Malah al-Mas’udi berkata manusia berasal daripada haiwan lagi. Begitu juga Ibnu Khaldun yang mengatakan, “peringkat tertinggi manusia dicapai melalui alam monyet” (Muhammad, n.d.).

Sedangkan Darwin sendiri tidak pernah berkata manusia berasal daripada beruk (Blitz, 2015).

Namun mereka konsisten dan berani mengulas tentang sesuatu yang malangnya hari ini ditapis, ditangkis dan ditutup sehabis-habisnya. Kekangan ilmu telah merosakkan pemahaman tentang evolusi, terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Sebut saja pasal evolusi, mesti ramai sangka “manusia daripada beruk” padahal jauh panggang dari api. Namun umat Islam percaya bahawa ketinggian Nabi Adam as mencecah 27 meter (60 hasta), walhal ketinggian manusia sekarang sukar melepasi 2.7 meter pun.

Evolusi merangkumi aspek yang sangat luas. Dan ilmuwan-ilmuwan Islam sedemikian percaya bahawa evolusi tidak menandingi kuasa Tuhan. Sebaliknya evolusi menjadi peralatan Tuhan (instrument of God) dalam menyempurnakan biologi hari ini.

RUJUKAN:

Blitz, M. (2015, Februari 21). 7 myths about Charles Darwin. Business Insider.

Masood, E. (2009, Mac 1). Islam’s evolutionary legacy. The Guardian.

Muhammad, S. S. (n.d.) Pre-Darwinian Muslim Scholars’ Views on Evolution.

Raghib, I. (n.d.). Tafsil al-Nashatayn wa-Tahsil a-Saadatyn. Halaman 22.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.