Salah satu ilmu yang semakin kurang didapati, tetapi rancak disembangkan di warung kopi ialah ilmu tafsir mimpi. Ia amat menarik untuk dikaji dan menggiurkan untuk dialami.

Sigmund Freud menulis The Interpretation of Dreams dalam disiplin psychology bagi mengaplikasi psychoanalysis. Mimpi didakwa sebagai produk minda bawah sedar manusia.

Ibnu Sirin menulis kitab Tafsir Mimpi yang laris di toko buku agama. Ianya masih dicetak dan menjadi koleksi hampir semua maktabah peribadi orang lama-lama.

Soalnya, bagaimanakah mimpi terjadi.

Mimpi terbahagi kepada 3. Mainan tidur, dari syaitan dan dari malaikat.

Kalau mainan tidur, itu yang dari produk minda bawah sedar. Kita nak dapat apa yg tak dapat masa jaga. Sampai termimpi-mimpi. Pengaruh emosi dan rembesan hormon.

Kalau dari syaitan. Ini petanda gangguan. Mimpi kendong bayi bertukar nesan. Jatuh dari tempat tinggi. Dengar tangisan. Ishh ngerii. Disunatkan isyarat ludah ke kiri 3 kali dan baca taawuz.

Kalau dari malaikat, haaa ini yang biasa kita cerita. Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin menerangkan, yang malaikat melihat roh-roh sewaktu tidur. Maka malaikat mengisyaratkan sesuatu yang tertulis di Luh Mahfuz dengan cara perumpamaan. Disampaikan kepada roh manusia yang tidur itu. Mimpi sebegini perlukan takwilan daripada ahlinya yang mengerti Ilmu Laduni.

Ibni Sirin di zamannya pernah diziarahi beberapa lelaki.

“Aku bermimpi seakan-akan aku menuangkan minyak zait dalam buah zaitun.”

Jawabnya, “Kalau engkau ada hamba perempuan, baik engkau periksa betul-betul. Sesungguhnya dia ibumu yang ditawan pada masa engkau kecil. Kerana buah zaitun itu yang menghasilkan minyak zaitun. Lalu ia kembali ke asalnya.”

Setelah diselidik, benarlah tafsiran Ibnu Sirin. Ibunya ditawan dalam peperangan sewaktu dia masih kecil.

Lelaki lain bertanya.

“Aku bermimpi seakan-akan aku mengikatkan mutiara pada leher babi.”

“Engkau sesungguhnya mengajarkan ilmu hikmah pada bukan ahlinya.”

Telahan Ibnu Sirin benar belaka.

RUJUKAN:

Imam al-Ghazali. Ihya Ulumiddin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.