Moving Forward As One

Ikut Logik Chola, Kami Cuba Claim Tamadun India!

645

PayLater by Grab

1) Tamadun purba Indus yang puncak kewujudannya pada tahun 2,600 Sebelum Masihi itu adalah bukan milik bangsa India kerana Sungai Indus terletak di Pakistan.

2) Orang India bukan penduduk asal tanah besar India kerana tamadun Indus berasal dari Pakistan. Jadi orang India di negara India perlu kembali ke negara asal mereka iaitu Pakistan.

3) Pakistan adalah negara Islam. Jadi tamadun Indus itu tamadun Islam.

4) Orang Mongol yang mendirikan empayar Mughal/Mogul merupakan penduduk asal di negara India kerana mereka telah menakluk dan menduduki benua India sejak sekian lama selaku kaum pribumi asli.

5) Oleh kerana Empayar Mughal dan Kesultanan Delhi di India dahulu adalah kerajaan Islam, maka sebenarnya penduduk asal di tanah India adalah bangsa Arab.

Kalau kita baca 5 fakta di atas, mesti kita akan pelik dan marah kerana ianya tersangatlah menyimpang dari disiplin ilmu Sejarah. Tapi, tujuan aku tulis “fakta” (auta) di atas adalah bagi menyindir logik sekelompok manusia yang tidak memahami ilmu Sejarah secara waras.

Sindiran di atas adalah bagi menggambarkan kesalah fahaman masyarakat terhadap tamadun Melayu. Sepertimana kesalahan logik (falasi) pada Tamadun Indus di atas, begitu jugalah kesalah fahaman masyarakat terhadap sejarah Melayu.

Pada isi pertama, kita tak boleh kata Tamadun Indus itu bukan milik India berdalilkan kedudukan Sungai Indus itu kini terletak di Pakistan. Ini kerana negara Pakistan itu adalah persempadanan moden. Sedangkan dahulunya kesemua negara Pakistan-India-Bangladesh itu adalah disebut sebagai “Benua India”.

Hal ini sama juga dengan sebutan “Alam Melayu” yang merangkumi Malaysia-Indonesia-Singapura-Brunei-Selatan Thailand bahkan hingga ke Champa dan Selatan Filipina. Itu semua Alam Melayu, tapi kini dibahagi-bahagikan mengikut persempadanan moden.

Pada isi kedua, kita tak boleh kata orang India bukan penduduk asal tanah besar India lalu perlu pulang ke tanah asal mereka iaitu Pakistan berdalilkan tamadun Indus itu berpusat di Pakistan. Begitu juga kita tak boleh kata “Melayu balik Indonesia” berdalilkan kesultanan Melayu dan Parameswara itu berasal dari Palembang (Sriwijaya) yang kini terletak di Indonesia. Sedangkan Palembang itu sememangnya sebahagian dari wilayah Alam Melayu yang besar. Malaysia-Indonesia yang sama-sama Alam Melayu ini sekarang terpisah kerana persempadanan moden.

Pada isi ketiga, kita tak boleh kata tamadun Indus dulu tu Islam sebab ada kaitan dengan Pakistan yang kini sebuah negara Islam. Ini kesalahan kronologi. Begitu juga dengan Alam Melayu yang dahulunya merupakan sebuah kerajaan Hindu-Buddha tidak bermakna Alam Melayu ini merupakan sebahagian dari tamadun Indus atau tamadun India secara mutlak.

Pada isi keempat, kita tak boleh kata orang Mongol yang datang ke India bagi mendirikan kerajaan Mughal/Mogul adalah penduduk asal tanah India setelah mereka menakluk dan mendiaminya. Begitu juga dengan kedatangan Chola ke Alam Melayu tidak menjadikan Chola sebagai penduduk asal Alam Melayu. Apatah lagi kedatangan Chola bukanlah lama sangat. Orang Melayu telah mendiami tanah ini sudah sekian lama bahkan tamadun Sungai Batu dan Kedah Tua menunjukkan orang Melayu telah lama bertamadun di sini.

Pada isi kelima, kita tak boleh kata orang Arab adalah penduduk asal tanah India memandangkan di India pernah berdirinya kerajaan Islam. Begitu juga kita tak boleh kata orang India merupakan kaum asal di Alam Melayu memandangkan pernah berdirinya kerajaan Hindu-Buddha disini. Kita perlu tahu beza antara BANGSA dan AGAMA. Melayu dan India itu Bangsa. Islam dan Hindu itu agama.

P.S:- Artikel  ini adalah bagi membalas hujah secara falasi vs falasi sebagai jawapan kepada penyelewengan sejarah yang cuba dibuat oleh pihak tertentu mengenai sejarah Tamadun Melayu dan tayangan filem Parameswara.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.