Timeline aku terlalu penuh dengan politik. Terlalu banyak politik kepartian ini pun menjemukan. Kita lupakan sengketa kita. Kita lupakan konflik kerajaan-pembangkang baru yang sedang berlangsung. Nak ajak kalian tonton sebuah iklan, yang di mana ada seribu mesej yang diselitkan di dalamnya.

Ini ialah iklan yang menjentik ke dalam hati-hati para warlord yang sedang berpencak pada situasi geopolitik dunia. Ada Trump, Putin, Kim Jong-un, ada Merkel, ada Justin Trudeau dan António Guterres. Setiap babak dalam iklan ini adalah sebuah sindiran ke atas mereka-mereka ini.

Bersama aku kita perhalusi satu-satu. Video dimulakan dengan si budak kecil ini bernyanyi dihadapan POTUS, iaitu Donal Trump. POTUS dijadikan presiden pertama pada naratif video ini. Maksud disebaliknya cuma satu sahaja, video ini sedang memberitahu anda siapakah yang paling bertanggungjawab pada dikebanyakan tragedi di seluruh dunia.

Kemudian, babak iklan ini bertukar ke sebuah rumah yang melibatkan presiden Russia iaitu Vladimir Putin yang sedang duduk bersama dengan sebuah keluarga. Saya percaya pada babak ini merujuk kepada Syiria yang hancur. Salah satu watak utama disebalik tragedi itu selain Trump, tentunya Putin. Syiria jadi medan perang proksi warlord-warlord ini.

Kemudian babak bertukar lagi. Dari babak di Syiria, ia berubah kepada diperairan laut di mana kumpulan manusia sedang dalam sebuah bot pelarian. Yang berdiri di situ ialah Merkel, pemimpin Jerman dan Trudeau dari Canada, cuba menyelamatkan mereka-mereka ini. Ini mungkin mahu menunjukkan betapa dua tanah ini dipilih sebagai destinati para perlarian. Perhatikan frasa dalam lagu iklan:

“And death boats reach the land of dream…”

“Apabila bot-bot maut sampai juga ke tanah penuh mimpi…”

Tapi tentunya perjalanan untuk sampai “tanah penuh mimpi” ini adalah berakhir dengan pelbagai tragedi. Kebuluran, kematian, kehilangan, dan banyak lagi.

Kemudian babak bertukar lagi berhadapan salah seorang madman dalam teater geopolitik dunia. Tentang budak lelaki itu bercerita kepada Kim Jong-un dari Korea Utara tentang apa yang akan berlaku sekiranya perang tercetus. Tentunya Kim Jong Un tidak mahu membawa babak itu ke negaranya. Tentang segala-galanya akan terluka hatta sebuah mainan tidak bernyawa.

Babak seterusnya membawa anda ke sempadan Burma di mana para pelarian Rohingya sedang melarikan diri dari Burma. Puncanya hanya kerana mereka beragama Islam. Ini dapat dilihat pada lirik yang terpapar dalam lagu iklan ini yang aku terjemahkan:

“Kami adalah pelarian
Yang terusir
Yang bersalah
Dihukum untuk sebuah penghapusan 
Pada pertuduhan sebuah kepercayaan dan peangbadian
Syahadah kami.”

Kemudian, ada watak UN Secretary General iaitu António Guterres yang disindir sedang membantu para pelarian ini, padahal pada realitinya, UN dan kebanyakan negara-negara lain hanya tutup mata pada yang berlaku di Burma.

Dan babak terakhir sekali lagi kembali ke White House, Trump sedang duduk berhadapan dengan si budak yang menjadi penaratif utama video. Kali ini, ia adalah isu yang memang sedang meliputi Trump.

“Wahai tuan presiden. Puasa kami akan berada di Jerussalem, ibu negara Palestine.”

Ini adalah untuk menyindir Trump yang meingystiharkan bahawa Jerussalem itu adalah tanah Palestine buat selama-lamanya. Walau bagaimana pun Trump mengatakan sebaliknya, ia sudah tertanam dalam setiap sanubari umat Islam.

Kemudian, video dibawa ke si budak membebaskan kanak-kanak perempuan yang dikurung dalam sebuah penjara. Ini adalah bentuk solidariti kepada Ahed Tamimi, si gadis srikandi berusia 16 tahun yang ditangkap oleh rejim Zionis pada perjuangannya yang begitu melantang menentang penjajah di atas tanahnya. Semoga Ahed Tamimi dibebaskan daripada cengkaman rejim zionis, dan begitu juga Palestine!

Srikandi Palestine (rambut kerinting) yang ditangkap rejim Zionis.

Akhir sekali, watak-watak pemimpin dunia, para warlord yang menghumban dunia ke kancah kekacauan ini dipaparkan satu-persatu. Semoga kita tidak akan lupa akan “jasa” mereka yang menyumbang kepada kekacauan itu.

Pautan ke video: https://www.youtube.com/watch?v=JIJB7cv97Dg


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.