Biasanya spesis ikan yang wujud dalam perairan seperti sungai dan lautan terbuka berupaya untuk berenang. Tidak kisah ikan belut, kembung, atau Angler Fish sekalipun, nama saja ikan dengan bentuk biologinya sama, pasti berupaya berenang sebagai mekanisma hidupan bergerak.

Namun, wujudkah spesis ikan yang berjalan di dasar laut? Jika benar, adakah ikan ini berupaya berjalan ke darat, mengulang peristiwa seperti apa para pengkaji evolusi bayangkan, kehidupan berevolusi dari laut hingga ke darat?

Sebenarnya spesis ikan sebegini wujud. Ia dinamakan sebagai Sea Robin atau Gurnard, sejenis ikan bersirip lebar dari keluarga Triglidae. Ciri ketara ikan ini adalah pasangan sirip hadapannya amat besar sehingga apabila berenang, sirip ini mengepak seperti sayap burung mengepak. Pasangan sirip lebar ini juga mampu membuatkan ikan ini meluncur di permukaan lautan seperti ikan terbang.

Sea Robin adalah ikan dasar laut, menetap sekitar 200 meter walaupun ikan ini juga pernah menetap di dasar lautan yang cetek. Purata panjang ikan ini adalah 30 hingga 40 cm. Sea Robin mempunyai tengkorak kepala ikan yang unik dan terdiri kepingan perisai di tubuh spesis ikan ini.

Paling unik tentang ikan dari keluarga Triglidae ini adalah ‘kaki hadapannya’. Ia terdiri dari 3 pasangan duri yang bergerak seperti jejari. Asal ‘kaki’ ini adalah sebahagian dari sirip kemudian setelah melalui fasa-fasa evolusi, ia terpisah dari sirip kemudian membentuk sebagai duri. Duri ini seterusnya menjadi fleksibel dan mampu bergerak sebagai kaki.

Tapi benarkah ‘kaki’ ini berperanan sebagai sistem bergerak kepada Sea Robin? Sebenarnya tidak. ‘Kaki’ yang terpisah dari sirip ini adalah sesungut yang mampu mengesan kehadiran mangsa di dasar laut. Apabila melihat geraka ‘kaki’, ia seolah-olah meraba permukaan dasar laut untuk mencari mangsa. Apabila mangsa dikesan, ikan ini terus melahapnya tanpa kasihan.

Walau bagaimanapun, sesungut ini tetap dilihat sebagai kaki ikan kerana gerakannya mampu mendorong ikan terikut sama untuk mencari mangsa. Satu lagi kelebihan spesis ikan ini adalah sesetengah spesis ikan Triglidae mampu mengeluarkan suara hasil dari getaran organ pelampung (swim bladder) dari dalam tubuhnya. Bunyinya seperti katak menguak. Apabila ikan ini terasa ancaman atau mengusir ikan lain dari menceroboh habitatnya, bunyi ini keluar.

Sea Robin bertebaran di lautan seluruh dunia, jadi tidak hairanlah ikan unik ini dijadikan sebagai sumber makanan kepada penduduk yang tinggal di pinggir laut. Ikan ini sesuai dimasak dalam sajian sup atau stew. Penduduk negara Britain, Perancis, dan USA adalah pengamal tegar makanan Sea Robin ini.

Berikut adalah video tentang Sea Robin:


RUJUKAN:

Eschmeyer, William N. (1998). Paxton, J.R.; Eschmeyer, W.N. (eds.). Encyclopedia of Fish. San Diego: Academic Press. pp. 176–177.

Frazer. J (24 February 2017). These Fins Are Made for Walking. Scientific American. Retrieved from 25 February 2020. https://blogs.scientificamerican.com/…/these-fins-are-made…/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.