85 peratus daripada semua spesis Bumi telah mengalami kepupusan kerana penyejukan global (global cooling) dan penurunan paras laut. Peristiwa ini berlaku kira-kira 443 juta tahun dahulu.

Seperti yang diketahui, ini bukan satu-satunya siri kepµpµsan yang pernah berlaku. Ikut sejarah, siri terakhir ialah bala yang menimpa dinosaur 65 juta tahun dahulu.

Siri-siri kepµpµsan ini walau bagaimanapun tidak mengakhiri hayat spesis ikan acanthodian. Daripada ikan inilah turun 440 spesis jerung yang diketahui sekarang (Maisey, et al., 2017).

Jerung diketahui sudah menghuni lautan luas sejak 420 juta tahun dahulu (Aidan, 2006). Banyak spesis jerung sudah dikenalpasti dan dibezakan oleh saintis mengikut saiz dan pemakanan.

Antara yang menyimpan rekod ialah Megalodon, yang dianggap sebagai jerung paling besar dengan panjang antara 10 hingga 17 meter.

Rahang megalodon.

Tetapi spesis ini telah pµpµs sejak 2.6 juta tahun dahulu (Davis, n.d.). Dwarf lanternshark pula menghuni laut dalam, dengan saiz tubuhnya sekitar antara 17 hingga 20 sentimeter sahaja.

Jerung tanglung kerdil

Jadi mudah kata, jerung memang berjenis-jenis. Cuma persoalannya – mereka bertelur atau beranak?

Memahami Konsep Oviparous

Ayam yang bertelur mesti akan mengeram dulu. Selepas proses inkubasi ini, barulah telur tersebut boleh menetas. Konsep ini digelar oviparous secara saintifik.

Oviparity ialah haiwan yang janinnya terbentuk di luar ibu (dalam telur)… itulah fitrah ayam, begitu juga jerung. Tetapi perbezaannya, ayam boleh mengeram di satu tempat. Jerung pula kalau bertelur tentu sekali akan dibawa air.

Jerung kucing (scyliorhinus canicula) suka hidup di perairan berlumpur atau berpasir antara beberapa meter hingga 400 meter dalam. Ikan ini menghuni pesisiran dari Norway ke Senegal.

Anak jerung kucing.

Sebab itulah kawasan ini selalu ada kulit-kulit telur jerung. Tetapi kulit ini jauh sekali seperti ayam, kerana bentuknya seperti kantung.

Contoh kantung telur (dengan janin)

Biasanya jerung kucing akan bertelur di kawasan berumpai laut. Purata saiz telur ini di antara dua hingga empat sentimeter… tetapi tidak pernah melebihi enam sentimeter.

Dalam kantung kecil inilah janin jerung terbentuk dan menetas antara lima hingga 11 bulan (tertakluk pada suhu laut). Anak jerung yang keluar daripada kantung pula bersaiz 10 sentimeter.

Bukan semua jerung akan bergantung pada rumpai laut. Jerung kepala lembu (heterodontus) akan mengeluarkan telur berbentuk seperti mata gerudi.

Jerung kepala lembu.

Rekabentuk ini melindungi janin daripada pem4ngs4, sementara mereka membesar dalam celah batu laut.

Jerung spesis lain mempunyai bentuk tersendiri, masing-masing menggunakan kaedah sama iaitu ovipariti.

Kriteria Semulajadi Majoriti

Sebenarnya hanya sebahagian kecil jerung sahaja yang bertelur. Jumlah spesis jerung lain pula memb14k secara viviparous, bermakna senang kata mereka melahirkan anak.

Tetapi hidup vivipariti di laut sebenarnya jauh berlainan untuk dibandingkan dengan manusia. Jerung paus (rhincodon typus) misalnya memang menghasilkan telur, yang menetas dalam rahim ibu mereka.

Jerung paus.

Selepas menetas barulah mereka “dilahirkan”.

Taiwan pernah melaporkan pada tahun 1996, bahawa seekor jerung paus boleh mengandung 300 ekor anak (Shoou-Jeng, 1996).

Kerana nelayan mereka telah membµnµh seekor jerung paus. Apabila buka saja perutnya, mereka terkejut tengok banyak telur sudah menetas.

Bigeye thresher (alopias superciliosus) pula mengandung.

Bigeye thresher

Tetapi setiap ibu akan menghasilkan telur (yang tidak disenyawakan). Telur ini akan dimakan janin dalam perut mereka. Ini digelar “oophagy” (makan telur), yang berbeza dengan “embryophagy”.

Kerana oophagy ialah proses makan telur tidak disenyawakan. Embryophagy pula ialah janin jerung yang memakan janin adik-adiknya, seperti yang berlaku dalam perut jerung harimau (carcharias taurus).

Jerung harimau

Secara kesimpulan, setiap jerung mempunyai cara tersendiri yang serba unik.

RUJUKAN:

Aidan, M.R. (2006, September 9). Geologic Time. ReefQuest.

Davis, J.  (n.d.). Megalodon: the truth about the largest shark that ever lived. National History Museum.

Maisey, J.G., et al. (2017, Mac 10). Pectoral morphology in Doliodus: bridging the ‘acanthodian’ – chondrichthyan divide. Amercan Museum of Natural History.

Shoou-Jeng, J., et al. (1996). The whale shark, Rhincondon typus, is a livebearer: 300 embryos found in one ‘megamamma’ supreme. Environmental Biology of Fishes. 46: 219-223.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.