Ikan Ini Dapat Menghasilkan Spesis Baru Apabila Mengawan

586

Apabila manusia memilih pasangan yang salah, ia akan berakhir dengan perceraian. Apabila ikan cichlids memilih pasangan yang salah, ia akan menghasilkan spesis baru. Ini bukanlah hasil yang begitu teruk untuk suatu kesilapan yang malang (silap memilih pasangan). Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa ikan-ikan ini mempunyai kepelbagaian yang begitu mengkagumkan – mempunyai pelbagai jenis corak, warna, bentuk dan saiz.

Ikan cichlids biasanya ditemui di tasik air tawar Afrika. Ikan ini mempunyai tabiat berjaya mendapatkan pasangan yang salah. Apabila air berada dalam keruh dan penglihatan menjadi kabur, ikan betina secara tidak sengajanya akan membawa gen baru dalam populasinya. Hal ini berlaku apabila tasik mula terbentuk, airnya begitu kerus dan mereka tidak dapat melihat warna dengan baik. Ikan betina pula tidak begitu memilih untuk mendapatkan pasangan untuk persekitaran mereka yang baru.

Pengawanan antara cichlids daripada saliran air yang berbeza telah menghasilkan keturunan yang pelbagai kerana gabungan genetik daripada kedua-dua ibu bapa spesisi tersebut. Penghasilan pelbagai spesis yang baru ini mengambil masa yang begitu singkat.

Pada hari ini, cichlids merupakan kumpulan ikan yang paling pelbagai di atas muka Bumi. Buat masa ini, manusia telah mengenali 2,000 spesis daripada ikan tersebut. Saintis suspek jumlahnya lebih banyak daripada itu. Ketika kajian dibuat di Tasik Mweru sahaja, 40 spesis baru cichlids ditemui. Ketika kali pertama tasik ini dibentuk jutaan tahun yang lalu, tasik ini hanya didiami oleh nenek moyang cichlids dari Congo dan Zambezi. Analisis DNA dibuat dan mendapat ikan spesis baru datang daripada camburan kedua-dua nenek moyang itu. Spesis-spesis baru cichlids dapat beradaptasi dengan kesemua jenis makanan yang ada di tasik. Sesetengahnya memakan larva, sesetenganya memakan plankton atau algae. Sesetengah spesis baru ikan ini merupakan pemangsa dengan mempunyai gigi yang besar.

Banyak cichlids yang hidup pada hari ini baru sahaja berevolusi – bermaksud sekitar sejuta tahun. Sebagai contoh, di Tasik Malawi, lebih daripada 800 spesis baru dilahirkan berasal daripada cichlids yang tinggal di situ 2 juta tahun yang lalu. Cichlids di Tasik Victoria mempunyai lebih daripada 700 spesis baru yang telah lahir dalam tempoh 150,000 tahun. Evolusi yang pesat ini telah melahirkan lebih banyak spesis berbeza yang serasi secara genetik.

RUJUKAN:

  1. Brawand, D., Wagner, C. E., Li, Y. I., Malinsky, M., Keller, I., Fan, S., … & Turner-Maier, J. (2014). The genomic substrate for adaptive radiation in African cichlid fish. Nature513(7518), 375.
  2. Meier, J. I., Stelkens, R. B., Joyce, D. A., Mwaiko, S., Phiri, N., Schliewen, U. K., … & Seehausen, O. (2019). The coincidence of ecological opportunity with hybridization explains rapid adaptive radiation in Lake Mweru cichlid fishes. Nature communications10(1), 1-11.
  3. These Fish Can Create Entirely New Species When They Have Sex. https://www.sciencealert.com/female-fish-can-make-a-whole-new-species-if-they-re-blind-date-goes-wrong

Ruangan komen telah ditutup.