Manusia sentiasa mencari cara untuk memanjangkan hayat mereka sepanjang lipatan sejarah. Salah satu kisah terkenal berkenaan hal ini ialah usaha pencarian Air Maulihayat oleh Maharaja Qin Shi Huang di mana ia menjadi asas filem The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor. Tetapi siapa sangka rahsia melanjutkan hayat manusia terkandung dalam ikan-ikan batu Lautan Pasifik.

Berdasarkan laporan yang diterbitkan dalam jurnal Science pada Khamis lepas, sesetengah ikan ini boleh hidup sehingga 200 tahun. Para saintis yang mengkaji ikan ini berpandangan kunci pelanjutan hayat ikan batu terkandung dalam genomnya. Ini secara tidak langsung turut membantu para saintis memahami proses penuaan yang dialami hidupan vertebrata seperti ini.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Bagi memahami gen ikan ini, sampel tisu daripada 88 ekor ikan batu sekitar Lautan Pasifik diambil. Analisis sampel yang dibuat menunjukkan perbezaan jangka hayat berbeza membabitkan semua ikan.

Untuk memahami perbezaan ini, kita perlu ingat beberapa perkara. Pertama, hidupan vertebrata seperti reptilia, mamalia dan burung mempunyai jangka hayat berbeza daripada beberapa minggu kepada 200 tahun. Kedua, sesetengah hidupan mempunyai mekanisme penuaan seperti radang dan kemerosotan sistem imun. Kedua-duanya saling berkait dengan tahap kesihatan manusia dan jangkitan penyakit.

Perbezaan jangka hayat turut dikesan pada setiap sampel tisu ikan batu. Misalnya bagi ikan batu Calico, ia hanya mempunyai jangka hayat tidak kurang daripada 10 tahun. Tetapi bagi ikan batu yang hidup sekitar dasar laut Pulau Aleutian, usianya boleh mencecah 200 tahun. Kepelbagaian jangka hayat ikan batu ditentukan oleh saiz, gaya hidup dan persekitaran ekologi dan ia berlaku akibat evolusi 10 juta tahun lalu.

Bagi saintis seperti Vera Gorbunova dari Universiti Rochester, Amerika Syarikat, penemuan ini membantu manusiawi menambahbaik peluang untuk memanjangkan hayat mereka. Tambahnya, sekiranya manusia ingin hidup lebih lama, maka kuncinya ialah menambahbaik pembaikan DNA dan mengawal keradangan.

Bagi sesetengah ikan batu, kunci pelanjutan hayat mereka ialah meningkatkan saiz badan dan beradaptasi hidup dalam air yang lebih dalam dan sejuk. Adaptasi ini membantu mereka memperlahankan metabolisme badan sekaligus meningkatkan jangka hayat mereka.

Ada sesetengah ikan batu dikesan mempunyai lebih banyak gen yang mengawal sistem imun mereka. Penemuan ini sudah pasti mendorong saintis mencari gen manusia mana yang patut disasarkan dengan ubat-ubatan bagi memperlahankan kerosakan berkaitan usia dalam badan.

Yang pasti, tiga gen yang mempunyai ciri pelanjutan usia ikan batu berjaya ditemui. Tiga gen tersebut ialah menambahbaik DNA, kepelbagaian gen yang mengawal insulin dan memperbanyakkan gen yang mengawal sistem imunnya. Tiga ciri ini membantu sesetengah ikan batu mempunyai usia yang panjang sehingga 200 tahun berbanding sesetengah ikan batu yang lain. Tetapi akibat usia yang panjang, sesetengah ikan batu didapati mempunyai saiz populasi yang kecil.

RUJUKAN

Sankaran, V. (2021, 15 November). Deep-sea rockfish that lives up to 200 years sheds light on genes linked to long lifespan. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.