“If We Were To Di3, We Would Di3 Fight*ng” – Sarjan Dato Dr Awang Anak Rewang

481

https://bit.ky/kombowww

NEGARA kita baharu keh*langan satu-satunya penerima Pingat George Cross di Malaysia iaitu Sarjan Dato’ Dr. Awang Anak Raweng pada tanggal 18 September 2020 yang lepas.  Figura lagenda kepahlawanan anak Iban dari Sarawak ini menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah anaknya di Sri Aman akibat sa*kit tua.

Mengenang jasanya yang tidak terhingga satu istiadat pengeb*mian Kerajaan Negeri Sarawak telah diberikan kepada Mendiang dan pada tanggal 21 September 2020, mendiang dikeb*mikan di Mak*m P*hlawan, Taman Budaya Kuching iaitu satu kawasan pem*kaman yang dikhaskan untuk perwira-perwira anak Sarawak.

Mungkin ramai generasi baru masih tidak mengenal siapakah Awang Anak Raweng kerana amat sedikit penceritaannya mengenai M*ndiang selama ke hari ini.  Cerita kep*hlawanan mendiang sebenarnya amat mengkagumkan kita semua kerana inilah individu yang berani melawan segerombolan k*munis seorang diri.

Apatahlagi kejadian itu berlaku nun jauh sebelum Negara Malaysia ditubuhkan iaitu ketika Sarawak mahupun Malaya masih lagi dibawah pemerintahan Koloni British.

Berdasarkan bukti dokumentasi ket*nteraan, Awang Anak Raweng merupakan salah seorang daripada 484 orang penjejak Iban yang berkhidmat sewaktu Darurat Malaya berlangsung.

Pada Disember 1950, Awang Anak Raweng telah memulakan perjalanannya ke Malaya dan mendapat latihan ket*nteraan dibawah kendalian T*ntera British. Usai tamat kursus ketenteraan, Awang telah diserapkan untuk menganggotai R*jimen Hutan Worcestershire dan Sherwood yang berpangkalan di Kluang, Johor.

Setahun berada di Johor banyak hutan-hutan di sekitar Johor yang sudah dijejakinya bersama rakan pasukannya.  Namun peristiwa s*rang hendap k*munis pada waktu pagi (sekitar jam 9.00 pagi) tanggal 27 Mei 1951 benar-benar menjadi saksi kejaguhan anak Iban Sarawak ini.

Berdasarkan penceritaan lisan M*ndiang sendiri di dalam satu akhbar sewaktu hidupnya menyatakan bahawa pada hari itu, beliau bersama 20 orang t*ntera pelbagai pangkat telah diarahkan untuk menjejaki k*munis di satu lokasi hutan di Kluang, Johor.  Tanpa mereka disedari segala gerakgeri mereka sebenarnya sudahpun diperhatikan oleh segerombolan k*munis dengan kekuatan 50 orang pada masa itu.

Keberadaan mereka yang berada di kawasan rendah dan k*munis pula berada di kawasan berbukit menyebabkan mereka menjadi sasaran mudah mvsuh.  S*rangan pertama daripada mvsuh telah menyebabkan tiga rakan seperjuangannya termasuk seorang pegawai berpangkat leftenan muda gvgur di medan peperangan.

Dengan amukan pelvru bertali arus daripada mvsuh menyebabkan platunnya mereka berusaha untuk mencari tempat persembunyian bagi membalas s*rangan. Sebahagian daripada mereka telah berundur untuk mendapatkan bantuan dan dikala itulah Awang ditinggalkan sendirian bersama-sama dengan yang c*dera.

Biar Awang telah berjaya mendapatkan lokasi persembunyian yang strategik untuk beliau berbalas t*mbakan namun tatkala melihat rakan-rakannya yang c*dera masih lagi boleh menjadi sasaran mudah mvsuh, Awang nekad keluar daripada lokasi persembunyiannya dan berjaya menarik seorang t*ntera bernama Private Griff Hughes.  Ketika hendak menyelamatkan rakannya itulah, Awang telah terkena t*mbakan mvsuh tepat ke bahagian pangkal paha dan lengan.

Melihat situasi yang genting itu dengan Private Griff sendiri ced*ra p*rah di kaki mana mungkin beliau mampu untuk bergerak terus dan dikala itulah dikatakan Griff meminta Awang meninggalkannya sendirian.

Namun rayuan daripada rakannya itu langsung tidak diperdulikan oleh Awang sebaliknya beliau terus nekad untuk mempertahankan rakan-rakannya yang c*dera biar berdepan dengan mvsuh seorang diri.

Dikala itulah menurut penceritaan lisannya menyatakan bahawa beliau berkata kepada Private Griff, “jika kita ditakdirkan [email protected], kita [email protected] berjuang” (if we were to di*, we would di* fighting) yang menyebabkan rakannya tidak mampu lagi berkata apa-apa.

Bagi memastikan pihak musuh tidak mengetahui bahawa kekuatan platunnya  sebenarnya sudah kurang, Awang dengan kudrat yang ada telah berbalas t*mbakan sendirian dengan segerombolan mvsuh.

Kehabisan pelvru pada senapangnya tidak menjadi persoalan kerana beliau telah mengutip senapang-senapang dan b*m-b*m tangan daripada rakan yang m*ti dan c*dera p*rah untuk beliau gunakan sendiri.

Bayangkan beliau berp*rang seorang diri melawan mvsuh yang ramai bukan dalam jangkamasa lima atau 10 minit sebaliknya 40 minit. Mungkin pada fikiran mvsuh pada masa itu, platun Awang masih lagi ramai menyebabkan mereka berundur hanya selepas 40 minit.

Biar mvsuh sudah meninggalkan Awang bersama rakan-rakannya yang c*dera dan m*ti di medan pep*rangan namun Awang tetap tidak meninggalkan lokasi sebegitu sahaja.  Setelah enam jam menunggu dan beliau berkawal siaga seorang diri baharulah bantuan sampai ke lokasi Awang dan rakan-rakannya.

Atas keberanian dan kesetiaan Awang Anak Raweng pada tanggal 27 Mei 1951 di hutan Kluang, Johor inilah menyaksikan Awang dikurniakan oleh Ratu Elizabeth II dengan Pingat George Cross beberapa bulan selepas peristiwa itu pada usia Awang hanya 19 tahun.

Pingat George Cross adalah pingat terhormat tertinggi di dalam sejarah British yang dan ianya setaraf dengan Pingat Gagah Berani yang dikurniakan oleh Negara Malaysia sekarang.

Selain daripada PGC, Awang turut menerima  Queen Elizabeth II Coronation, Silver, Golden and Diamond Jubilee Medals.   Sepanjang beliau masih hidup, Awang telah beberapa diterbangkan ke London atas jemputan Istana Buckingham untuk menghadiri majlis reunion di sana.

Di pihak Negara Malaysia pula, Awang yang merupakan anak Iban kelahiran Nanga Skrang, Sri Aman, Sarawak menerima Pingat Jasa Malaysia dan Kerajaan Sarawak telah mengurniakan gelaran Dato’ pada tahun 2018 bagi mengenang jasanya yang tidak terhingga kepada Sarawak dan Negara Malaysia.

M*ndiang sebagai figura lagenda kepahlawanan penjejak Iban di zaman darurat Malaya telah dianugerahkan “The Honorary Master’s Degree In Strategic Studies” yang membawa gelaran Doktor Kehormat pada namanya oleh Universiti Pertahanan Malaysia pada tahun 2015.

Artikel ini diabadikan buat semua anak Malaysia untuk terus menghormati dan mengenang jasa-jasa prajurit kita baik semasa Malaysia belum dibentuk dan sekarang.  Nama M*ndiang Sarjan (B) Dato’ Dr. Awang Anak Raweng belum lagi tercatat di dalam buku sejarah Malaysia walau kisah kepahlawannya diakui dunia.  Lihatlah sahaja berita kem*tiannya menjadi tajuk utama berita di UK seperti UK Telegraph dan sebagainya.

Sebagai anak Sarawak dan rakyat Malaysia, penulis merasakan adalah perlu untuk kisah perjuangan M*ndiang diajar dan diketahui kepada semua anak bangsa kita.  Jasa dan budi Mendiang Awang Anak Raweng tiada taranya dan akan terus dikenang sepanjang zaman.

Rest In Peace, Sir.

-HB-

#kameksayangSarawakbah!

RUJUKAN:

  1. The Star, 30 October 2014 by James Ritchie – Awang Raweng, The Forgotten Hero
  2. The Borneo Post, 20 January 2013 by Churchill Edward – The Forgotten War Hero
  3. Berita Harian, 13 Oktober 2018 oleh Harun Yahya – Sarawak Iktiraf Pengorbanan 3 “Bujang Berani”
  4. Vat 69 – Perjuangan Semalam, 25 Ogos 2015 – Pahlawan Iban Trackers: Awang Raweng Lawan Komunis Seorang Diri
  5. VC GC Association, Awang Anak Raweng

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.