Umum mengetahui bahawa negeri Kedah merupakan sebuah negeri di bahagian Utara Malaysia yang bersempadan dengan Thailand. Dalam konteks hubungan antara Kedah dengan Siam (Thailand 1939) sememangnya jauh lebih erat oleh disebabkan hubungan kedua-duanya sudah terjalin dari segi faktor politik dan juga ekonomi sejak sekian lama.

Di Malaysia sangat kurang didedahkan tentang kewujudan dan latarbelakang orang Samsam ini mungkin disebabkan masyarakat ini telah lama berasimilasi budaya Melayu Islam dan meninggalkan sebahagian budaya Siam.

Oleh itu, Sebelum meneruskan kupasan dengan lebih lanjut, eloklah fahamkan dulu bagaimana identiti masyarakat Thai terbentuk sebelum abad ke-13.

Dalam lipatan Sejarah Thailand. Awalnya Siam Utara dikuasai oleh masyarakat Tai yang terdiri daripada suku-suku Shan, Ai Lao dan Lu yang  datang dari arah Timur Laut Burma, China Tengah dan Selatan(Sohaimi Abd Aziz & Omar Yusoff 2010).

Penghijrahan dan transformasi berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya termasuklah kesan daripada kemunculan Mongol di China yang telah memberi kesan kepada perluasan kuasa di Asia Tenggara. Hasil daripada itu mengakibatkan penghijrahan besar-besaran masyarakat asli di Selatan China yang dikenali sebagai suku Ai Lao atau kaum Pa.

Kaum Ai Lao kemudiannya disebut sebagai Tai ini dimana penempatan utama mereka tertumpu di kawasan seperti Dataran Yunnan, Sungai Yangtze dan kawasan lain di sebelah Selatan China.

Menurut rekod China masyarakat Tai kemudian berhijrah berkali-kali di kawasan Indo-china lalu membentuk kerajaan Nan Chao di Barat Yunnan meliputi Kwangsi dan juga Canton. Kerajaan Nan Chao bertahan selama ratusan tahun dan pada akhirnya dikalahkan oleh Kublai Khan-Dinasti Yuan pada abad ke-12.

Kublai Khan, Dinasti Yuan – Wikipedia
Peta Migrasi Kaum Tai – Wikipedia

Orang-orang Tai merupakan penutur dari keluarga bahasa Kra-Dai ini kemudian membentuk kerajaan Sakhothai di Utara Bangkok. justeru itu, legasi kerajaan Tai disambung oleh Ayutthaya, Thonburi dan juga Chakri hari ini meskipun kerajaan Tai kemudiannya merupakan kerajaan berdarah Cina.

Setelah membentuk kerajaan di Tanah Siam, Orang-orang Tai mula berasimilasi dan berkahwin dengan penduduk tempatan lalu membentuk sebuah identiti baharu iaitu masyarakat Thai seperti yang kita ketahui sekarang. Adapun ahli Linguistik berpendapat bahawa penduduk asli Tanah Siam seperti Mon dan Khmer juga datang dari Tanah Besar China, yang membezakannya ialah faktor kehadiran Mon-Khmer jauh lebih awal berbanding Orang Tai yang masuk ke Selatan dan Tengah Siam lewat abad ke-12.

Orang Khmer – wikipedia
Orang Mon – Wikipedia

 

Identiti Dan Budaya Orang Samsam di Kedah

Sarjana berpendapat kehadiran orang Siam yang beragama Islam di Utara Kedah dan Siam Selatan di sempadan Thailand telah mewujudkan satu kaum campuran baharu yang dinamakan Sam-Sam. Dalam konteks Siam, mesti perlu tahu bahawa Orang Siam terdiri dari banyak lapisan suku dan etnik seperti Mon dan Khmer, dan tak semestinya Orang Siam mesti datang dari kaum Tai. Perkahwinan campuran dan asimilasi antara budaya inilah membentuk masyarakat Siam/Thai yang kita kenal sekarang.

Menurut dapatan dari kajian Sohaimi Abdul Aziz & Omar Yusoff (2010), dalam konteks etimologi maksud perkataan Sam-Sam boleh dihubungkan dengan perkataan Bahasa Melayu iaitu ‘sama-sama’. atau dalam bahasa Thai dialek Selatan (?) ‘sam’ bermaksud campuran/bercampur.

Banyak pengertian Sam-Sam boleh dibahagi menurut pengkaji tetapi pendapat yang lebih rasional mengatakan bahawa kaum Sam-Sam terbahagi kepada dua iaitu Samsam Islam dan Samsam Buddha (Cheah Boon Kheng 1981: 98).

Samsam Islam adalah kaum Siam Islam di wilayah-wilayah Selatan Thailand yang mengahwini orang Melayu. Bermakna identiti Samsam boleh dikatakan terbentuk melalui keturunan hasil perkahwinan campuran tadi selain itu ciri-ciri mereka berorientasikan budaya Siam.

Antara contoh terbaik Tokoh di Kedah berdarah Melayu Samsam ialah Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid.

Ibunda kepada Tunku Abdul Rahman iaitu Che Manjalara atau Neang Nara Burirak ialah anak kepada Luang Nara Burirak adalah merupakan wakil Diraja Thai di Mataban Thailand.

Sultan Abdul Hamid & Che Manjalara – Geocities.com

Sehingga sekarang di Utara Kedah, Sebahagian kaum Melayu Samsam di daerah Kubur Panjang, Kodiang dan beberapa daerah lainnya wujud komuniti Melayu Samsam di kampung-kampung masih bertutur dalam bahasa Thai sebagai bahasa harian walaupun kebanyakan penutur bahasa ini dituturkan oleh orang tua-tua. Sebilangan generasi muda mungkin boleh faham tapi tidak fasih bercakap.

Uniknya Percakapan mereka tidak boleh difahami oleh Orang Thailand terutamanya yang datang dari Tengah dan Utara seperti Bangkok, Ini kerana Bahasa Thai yang dituturkan di Kedah adalah Bahasa Thai Dialek Selatan atau disebut sebagai Phaqthai atau Thai Bhan.

Phaqthai sama sekali agak berbeza dari segi intonasi bahasa dan penggunaan kosakata yang berlainan. Macam Bahasa Melayu juga ada banyak dialek, begitu juga Bahasa Thai. Sekurangnya ada empat dialek di Thailand.

Contoh dialog Phaqthai (dipetik dari page Sekolah Bahasa Siam)

Phakthai: Thi meang Kedah rau le ni khon tham na lew jiang?

Maksud: Kat negeri Kedah sekarang orang dah mula buat sawah kot?

Phakthai: Fon toq nup wan lew, dai lew leh tham kebing khla

Maksud: Hujan turun tiap hari, boleh la buat petak semai

Ini tidak sama macam kita dengar di kaca Tv atau lagu yang dimainkan di radio kerana bahasa yang digunakan di Kedah adalah Bahasa Thai dialek selatan yang dipercayai berasal dari daerah Nakhon Si Thammarat.

Manakala Bahasa Thai kebiasaan orang Malaysia selalu dengar adalah Bahasa rasmi Thai berdialek Tengah(Phaqklang).

Dari sudut seni dan budaya kita boleh lihat pengaruh Siam dalam kebudayaan Kedah seperti Gedek Wayang Kulit biasanya disampaikan dalam Bahasa Melayu Kedah dan Phaqthai. Wayang Gedek Kedah menerima pengaruh secara terus daripada Nang Talung(wayang kulit Selatan Thailand). Ini juga termasuklah kesenian tradisional Mek Mhulung yang dimainkan majoriti kaum Samsam pada masa lalu.

Wayang Gedek Kedah
Nang Talung, Southern Thailand

Walaupun begitu, Masyarakat Samsam hari ini lebih selesa dikenali sebagai Melayu disebabkan mereka telah berasimilasi dan beridentitikan sebagai Melayu sesuai dengan konteks Melayu dalam Perlembagaan yang mentakrifkan Melayu mestilah beragama Islam, Berbahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu.

RUJUKAN:

Perkembangan Identiti Kaum Peranakan Samsam Islam – Sohaimi Abdul Aziz & Omar Yusoff 2010

Thailand a Short History – Wyatt 1982. https://www.globalsecurity.org/military/world/thailand/history-nanchao.htm

The Sam-Sams: A Study of Historical and Ethnic Assimilation in Malaysia -Kobkua Suwannathat-Pian


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.