Semenjak dari PKP, nama pasangan youtuber Malaysia berbangsa India, pasangan Sugu Pavithra menjadi viral seluruh Malaysia. Pasangan ini buat video cara memasak dan share resepi di channel youtubenya. Lebih mengagumkan mereka baru sahaja buat channel ini awal tahun 2020, tetapi jumlah tontonan (views) di setiap videonya mencecah jutaan tontonan.

Namanya terus naik setelah mendapat perhatian oleh netizen dan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Lagi-lagi baru Pavithra ini dijemput menjadi model disebuah majalah, Pepatung. Ini satu achievement yang hebat bagi youtuber yang bukan asalnya artis atau public figure.

Dalam ramai memuji cara humble dan gaya hidup simple pasangan ini, ada juga yang mengecam tindakan pasangan ini ini. Seperti ada memberi larangan berkongsi resepi bangsa India kepada umum dan paling peliknya ada yang marah bila orang Melayu berbangga bila pasangan ini menggunakan Bahasa Malaysia dalam video-videonya.

Sebab yang hype dan teruja dengan video-video pasangan ini ini kebanyakan orang Melayu. Jadi adakah salah menggunakan Bahasa Malaysia atau dulunya dipanggil Bahasa Melayu dalam videonya? Adakah racist bila orang Malaysia berbangga dengan Bahasa Malaysia atau bahasa kebangsaan sendiri? Sampai ada yang mempertikai identiti nasional kita itu.

Pentingkah ‘identiti nasional’ ini? Adakah ia dapat memupuk perpaduan dan menjamin kestabilan sebuah negara?

Jawapanya, Ya. Identiti Nasional adalah merujuk kepada sifat-sifat berlainan satu kumpulan(negara) dan rasa seseorang individu sebagai ahli kumpulan (negara) tersebut. Menurut kajian ahli antropologis, Robin I. M. Dunbar, had rangkaian sosial adalah tidak lebih 150 orang. Lebih maka akan jadi satu masalah atau perbalahan dalam kumpulan itu.

Tetapi banyak sahaja rangkaian sosial melebihi 150 orang. Ya, dalam satu kumpulan melebihi had itu, perlu ada satu ‘perkara’ yang dipegang bersama ahli kumpulan (dalam konteks perbincangan, negara).

Contoh mudah, dalam organisasi NGO, ada dia punya objektif. Ada yang objektifnya kebajikan, perjuangkan hak wanita, bantu mangsa bencana, dan lain-lain. Kalau dalam parti politik, ahli-ahli mereka yang ada beratus ribu atau jutaan itu mesti ikut dasar atau tujuan parti itu ditubuhkan.

Sebab itu, tak pelik kalau veteran parti puluhan tahun boleh lompat parti kerana mereka tidak berpegang kepada ‘identiti’ parti itu. Dalam konteks lebih besar iaitu negara, apakah ‘perkara’ itu?

Ya. Identiti Nasional lah. Identiti nasional ini boleh dalam pelbagai perkara, antaranya bangsa, agama, sejarah, budaya dan bahasa. Jadi dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan sudah tentunya berlainan agama. Kita juga susah nak berpegang pada sejarah, kerana sejarah kita hanya 60 tahun lebih bersama dan ada sesetengah orang sentitif dengan sejarah asal bangsa masing-masing. Jadi yang terakhir ialah bahasa.

Bahasa adalah pilihan terakhir untuk kita kekalkan sebagai Identiti Nasional iaitu Bahasa Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia.

Dan ditukar istilah Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia pada tahun 2007 untuk menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai bangsa. Nampak tak betapa nak meraikan kemajmukan negara kita.

Menurut pakar bahasa Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, seorang warga Malaysia mestilah menguasai bahasa kebangsaan sendiri tanpa meminggirkan bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa lain. Identiti nasional perlu diperkasakan sejak kecil dan ia mempunyai kaitan dengan rasa bangga dan rasa cinta terhadap negara ini.

*Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah dan Tan Sri Rais Yatim dalam sebuah acara diskusi di UMP

Yang lebih penting, Bahasa Melayu mempunyai keupayaan membezakan rakyat Malaysia dengan warga negara lain. Perbezaan inilah yang dikatakan identiti nasional. Bahasa Melayu menjadi pemisah antara rakyat Malaysia dengan rakyat negara lain, Jepun misalnya. Orang Malaysia lafazkan terima kasih, orang Jepun lafazkan arigato gosaimas. Dari situ kita boleh beza nasional apabila masing-masing kekal dengan identiti nasional masing-masing.

*Malaysia yang berbilang kaum dan etnik.

Malangnya dalam negara kita, ada sebilangan kecil rakyat Malaysia sendiri jijik dengan Bahasa Melayu. Ada yang merasakan bahasa Melayu adalah second class dan lebih rasa pandai bila berbahasa Inggeris atau bahasa ibunda masing. Lebih malang jika ada yang menganggap Bahasa Malaysia hanya untuk orang melayu.

Ini adalah masalah yang serius untuk memupuk perpaduan.  Namun, untuk negara kita, faktor kaum Melayu yang juga kaum dominan, baik dari segi sejarah mahupun perkembangan semasa, perlu diambil kira apabila identiti nasional disentuh dari apa-apa sudut termasuk bahasa.

Bagaimana semua rakyat Malaysia nak bersatu kalau masing-masing malu untuk bertutur dalam satu bahasa kebangsaan ? Macam contoh pasangan ini, dia dikenali ramai oleh orang Cina dan Melayu sebab beliau buat video dalam bahasa kebangsaan. Cina boleh faham, Melayu boleh faham, Iban boleh faham, India boleh faham. Sebab itu, bahasa adalah lambang penyatuan dan perpaduan yang memangkin kepada identiti nasional Malaysia.

Oleh itu, bila sebut identiti nasional, masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan budaya, tidak kira generasi tua atau generasi muda mesti kena hormatinya. Identiti nasional hendaklah sama-sama dihayati, bukan omongan kosong sahja. Yang pelik jika hari-hari ratib mahukan Malaysian Malaysia tetapi bahasa Malaysia pun tak nak guna.

Ingatlah bahasa itu jiwa bangsa.

RUJUKAN:

  1. ‘Memperkasa identiti nasional’, Berita Harian (Dr Shamrahayu A Aziz)
  2. Negara Budaya (Wikipedia),
  3. Malaysia Baru : Identiti Nasional (The Patriots).
  4. ‘Identiti Nasional Hanya Pada Bahasa Melayu’ (Prof.Teo Kok Seng)
  5. ‘Everyone’s responsible to uphold dignity of National Language’, UMP News.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar jurusan Syariah & Undang-Undang. Minatnya dalam sejarah, undang-undang, isu semasa dan politik mendorongnya untuk menulis di media sosial.

Comments are closed.