Uchiha Madara adalah shinobi yang cintakan keamanan dan tidak sukakan peperangan. Kalau Madara tiada sifat ini, Konoha tidak akan wujud dengan kerjasama Senju Hashirama. Sepanjang proses untuk membina kampung, Madara kehilangan adik-adiknya. Akhir sekali, sejurus peperangan antara Senju dan Uchiha berakhir, satu-satu adiknya yang tinggal, Izuna pula mati.

Kematian Izuna mengubah telah mengubah sikap Madara, lalu mengalir dalam tubuhnya Sumpahan Kebencian yang menjadi simbol sumpahan keluarga Uchiha. Puak Uchiha sebenarnya adalah puak yang mempunyai sifat penyayang dan persahabatan yang sangat tinggi, tetapi apabila orang yang dicintainya (keluarga) mati, cinta tersebut akan disulami dengan kebencian, itulah Sumpah Kebencian tersebut.

Sepanjang perjalanan hidup Madara selepas itu, dia berkesimpulan dunia ini tidak akan pernah berhenti berperang. Dia mendakwa semua orang mahu mempertahankan kemanan telah mangakibatkan peperangan yang berterusan. Sebab itulah dia mahu mengaktifkan Infinite Tsukuyomi supaya semua orang dapat hidup aman secara mutlak tanpa penderitaan.

1. Utilitarian

Utilitarian moden dibentuk oleh Jeremy Bentham, iaitu seorang ahli falsafah dan ahli politik Britain sebagai sebuah idea dalam gerakan politiknya. Falsafah ini membawa idea akibat dan pengakhiran sebagai kayu ukur kemoralan suatu tindakan. Pengakhiran yang baik dan memberikan kebahagian semua orang adalah kebaikan tertinggi dalam falsafah utilitarian. Maka, apa-apa tindakan yang menuju ke arah tersebut adalah betul dan tidak salah.

Walaupun mungkin ramai pembaca melihat Madara sebagai seorang ‘villain‘, tetapi bagi aku dia adalah seorang anti-hero, iaitu non-konvensional hero. Matlamatnya hanya tidak mahu lagi putaran peperangan ini berterusan dan mahu mencapai keamanan mutlak tanpa penderitaan.

Maka, Madara akan lakukan apa saja asalkan matlamat itu tercapai. Bagi dia, apa yang dilakukan itu tidak salah kerana niatnya adalah baik, samalah sepeti idea utilitarian. Tambahan lagi, Madara hanya mahukan tail beasts untuk mengaktifkan Infinite Tsukuyomi tersebut. Dia tak perlu lakukan aksi memusnah dan membunuh. Segala kemusnahan dan pembunuhan yang berlaku kerana shinobi seluruh dunia mahu menghalang rancangannya. Jadi, boleh tak kita kata Madara cuba untuk ‘mempertahankan diri dan rancangannya’? Lagipun rancangan itu tidak bersifat peribadi.

 

2. Messiah Complex

Messiah Complex adalah salah satu bentuk kompleks psikologi dalam diri individu yang mempercayai dirinya ditakdirkan untuk menyelamatkan umat manusia. Kompleks psikologi ini terbentuk hasil daripada penderitaan delusi yang merasakan dirinya lebih berkuasa daripada orang lain.

Dalam kes anime Naruto, setiap pemilik Mangekyou Sharingan mempunyai Messiah Kompleks. Mangekyou Sharingan hanya mampu dimiliki setelah orang yang mereka sayang mati dalam keadaan tragik, biasanya dalam peperangan. Setelah itu, Sumpahan Kebencian terbentuk lalu terbentuklah Mangekyou Sharingan.

Kita boleh lihat ciri-ciri Messiah Kompleks ini dalam diri Indra Otsutsuki (Uchiha Ancestor), Uchiha Fugaku (Ayah Sasuke), Uchiha Sasuke dan Uchiha Madara sendiri yang merasakan nasib puak mereka terletak di tangan mereka. Tambahan lagi, batu tablet yang terletak di kuil puak Uchiha hanya dapat dibaca oleh mereka yang memiliki Mangekyou Sharingan. Di tablet tersebut ada menyatakan, Infinite Tsukuyomi perlu diaktifkan untuk menyelamatkan puak Uchiha.

 

3. Absolute Peace

Di sini barulah kita munculkan persoalan, adakah kemanan mutlak tanpa penderitaan itu wujud?

Peperangan besar dan berterusan mula berlaku ketika manusia mula mahir menggunakan chakra. Keamanan pertama yang dapat dicapai oleh shinobi ini adalah ketika puak Uchiha dan Senju menbuhkan Konoha. Pada masa yang sama, kampung-kampung lain mula wujud. Setelah beberapa generasi, pelbagai regulasi dan diplomatik dijalankan untuk memastikan perang dunia shinobi tidak berlaku lagi. Walau bagaimana pun, ia tetap berlaku sebanyak tiga kali perang dunia. Termasuk persengketaan-persengketaan dalaman seperti Uchiha dan Senju ketika zaman Hokage Kedua.

Madara tidak nampak penubuhan undang-undang dan regulasi ini sebagai bentuk keamanan yang berterusan, malah ia adalah sebuah kitaran peperangan dalam bentuk yang berbeza. Semua kage melaungkan keamanan dan mahu melindungi rakyat mereka, tetapi peperangan menjadi solusi ke arah tersebut.

Dia juga tahu, secara realitinya, keamanan itu tidak dapat dicapai, melainkan dengan ilusi. Sebab itulah Madara mahu mengaktifkan Infinite Tsukuyomi di mana semua orang dapat merasakan keamanan mutlak tanpa penderitaan dan peperangan. Tetapi keamanan tersebut bersifat ilusi. Semua orang tidur dan bermimpi merasakan keamanan palsu tersebut.

Maka, keamanan mutlak itu tidak wujud.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply