Didikan ibu bapa yang bagus adalah sukatan yang bagus untuk melihat pencapaian matematik dan perkembangan diri kanak-kanak. Sebuah kajian dari University of Sussex menunjukkan bahawa, kanak-kanak lelaki dapat mencapai markah tinggi dalam matematik pada umur 11 tahun.

Tetapi pencapaian ini tidak kelihatan ketika masuk ke sekolah menengah. Kajian tersebut percaya bahawa pencapaian tidak signifikan dalam kalangan kanak-kanak perempuan pada umur 11 disebabkan oleh peningkatan keresahan dan kurangan keseronokan terhadapn subjek matematik.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa peningkatan dalam pencapaian matematik berpunca daripada IQ yang tinggi, status sosioekonomi yang tinggi dan didikan ibu bapa yang bagus.

Hal ini menunjukkan bahawa pelajar itu akan melalui pencapain matematik dalam kadar yang begitu pantas dalam transisi dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

Hal ini juga menunjukkan kepentingan didikan ibu bapa dan kepentingan ibu bapa yang mempunyai latar pendidikan yang tinggi. Ibu bapa yang mempunyai latar pendidikan yang bagus berpotensi menjadi benteng terhadap impak negatif ketika peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

Kajian ini memfokuskan transisi daripada sekolah rendah ke sekolah menengah kerana terdapat banyak laporan yang menunjukkan kejatuhan pencapaian akademik pelajar, terutamanya matematik di United Kingdom ketika berpindah dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

Ibu bapa yang berpendidikan dapat memberikan sokongan kepada anak-anak dengan cara bertindak positif terhadap pendidikan, terlibat dalam aktiviti sekolah dan membantu dalam menyiapkan kerja rumah dalam persekitaran yang baik.

Di samping itu, ibu bapa berpendidikan juga mempunyai kemahiran dalam memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang baik. Tambahan lagi, pendidikan anak-anak bukan sahaja di sekolah, malah di rumah. Ibu bapa berpendidikan memberikan nilai tambah dalam pendidikan anak-anak di rumah.

RUJUKAN:

  1. Danielle Evans, Darya Gaysina, Andy P. Field. Internalizing symptoms and working memory as predictors of mathematical attainment trajectories across the primary–secondary education transitionRoyal Society Open Science, 2020; 7 (5): 191433 DOI: 1098/rsos.191433
  2. University of Sussex. (2020, May 20). Parents with degrees give their children significant advantage in math. ScienceDaily. Retrieved May 24, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2020/05/200520124924.htm

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.