IBRAHIM PENDEK atau nama sebenarnya IBRAHIM HASSAN berasal dari Taiping, Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1932. Kerjaya sebagai pelakon bermula pada tahun 1954 apabila beliau diperkenalkan melalui filem PANGGILAN PULAU arahan S.RAMANATHAN. Sewaktu berlakon dalam filem ALI BABA BUJANG LAPOK, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan IBRAHIM PENDEK dalam filem tersebut.

Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu. Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem THE SPIRAL ROAD pada tahun 1962. Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.

Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.

PENGALAMAN IBRAHIM PENDEK

Pada tanggal 18 Ogos 1961, IBRAHIM PENDEK telah bertolak ke Hollywood selama 54 hari bagi menjalani penggambaran disana. Pemergian IBRAHIM PENDEK dihantar oleh semua para pelakon dan petugas dari Malay Film Production.

Sedikit pengalaman yang dikongsi oleh IBRAHIM PENDEK ketika berlakon di dalam filem THE SPIRAL ROAD, ialah beliau berasa sangat gembira dan seronok kerana perhubungan diantara pelakon bersama pengarah serta producer sangat baik dan dijaga. Boleh dikatakan setiap pelakon dan krew menghormati diantara satu sama lain. Sebab itulah kata IBRAHIM PENDEK, walaupun beliau berada tempat orang tetapi beliau tidak pernah merasa sunyi kerana layanan dari pihak produksi filem sangat istimewa.

Menurut IBRAHIM PENDEK lagi, keadaan bekerja di Hollywood sangat sangat teratur. Setiap pelakon mempunyai bilik masing masing. Baik semasa penggambaran di dalam studio atau pun diluar studio. Di dalam bilik masing masinglah tiap-tiap pelakon akan menunggu jika belum tiba masanya dikehendaki di hadapan kamera. Di dalam bilik ini juga para pelakon akan di make up dan diberi layanan yang sepatutnya. Mereka di Hollywood sangat berdisiplin ketika bekerja.

Menurut IBRAHIM PENDEK lagi, semasa menjalani penggambaran mereka menggunakan lampu-lampu besar “arc light” yang banyak. Kerap menggunakan dua kamera untuk menggambarkan sesuatu shot. Kami para pelakon tidak dibenarkan berlatih terlalu kerap tetapi setiap satu shot itu diambil berpuluh kali. Dan dari situ pengarah akan memilih mana satu shot yang paling terbaik sekali. Ini juga membuatkan banyak penggunaan filem yang terbuang katanya.

Menurut IBRAHIM PENDEK lagi, beliau sendiri tidak diajar bagaimana hendak berlakon tetapi beliau berlakon mengikut kemahuan beliau sendiri. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh IBRAHIM PENDEK semasa di Hollywood ialah menerima sebuah record player dari producer filem ini iaitu Robert Arthur sebagai tanda puas hatinya terhadap lakonan yang dipersembahkan oleh IBRAHIM PENDEK.

Pengarah filem ini Bob Mulligan juga memberi pujian pada persembahan lakonan IBRAHIM PENDEK. Begitulah sedikit penceritaan pengalaman seniman IBRAHIM PENDEK ketika berlakon di Hollywood di dalam filem The Spiral Road. Antara bintang bintang lain yang turut mengambil bahagian di dalam filem ini seperti Gena Rowlands, Burl Ives, Geoffrey Keen, Reggie Nalder dan Neva Patterson.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.