1. Ada rakan yang bertanya milik siapa sebenarnya warisan sejarah kerajaan Sri Dharmaraja? Sebuah kerajaan yang kini terletak di Nakhon Si Thammarat, Thailand, yang juga dikenali dengan nama Tambralinga dan Ligor. Adakah sejarah Sri Dharmaraja milik Thai/Siam atau milik Melayu?

2. Sememangnya soalan tersebut agak ‘tricky’, kerana mengikut sebuah riwayat di Sri Lanka iaitu Culavamsa, tentera dari Tambralinga yang diketuai oleh rajanya bernama Chandrabhanu Sri Dharmaraja yang datang menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 dan 1260 disebut sebagai ‘Javaka’. Jadi apa rekod sejarah yang dapat menunjukkan bahawa kerajaan Sri Dharmaraja adalah ‘Melayu’?

3. Jawapan kepada perkara di atas boleh dirujuk di dalam sebuah catatan China iaitu Yuan Shih. Catatan tersebut telah menyatakan bahawa pada sekitar tahun 1295, Maharaja Dinasti Yuan telah mengeluarkan satu ‘Imperial Order’ bagi mengarahkan Hsien (Siam) supaya tidak mengganggu Ma-Li-Yu-Erh (Melayu) serta perlu berpegang dengan janji mereka.

4. Menurut seorang sejarahwan Thailand sendiri iaitu Chand Chirayu Rajani (1974), Hsien merujuk kepada kerajaan Sukothai, manakala Ma-Li-Yu-Erh pula adalah Malaiur (nama sebuah tempat mengikut catatan Marco Polo). Berbeza dengan pandangan umum, beliau menyatakan Malaiur sebenarnya merujuk kepada Nakorn (Nagara Sri Dharmaraja) dan bukannya kerajaan Malayu yang terdapat di pulau Sumatera.

5. Apa perkara yang menyokong hujah ini? Rujuk sebuah catatan Sukothai iaitu inskripsi Wad Srichum yang mencatatkan keluasan kawasan asal Sukothai ke sebelah selatan hanya sampai ke Ratchaburi dan Petchaburi sahaja iaitu “sebelah selatan keluasannya sampai dua ratus ribu depa”. Phaitoon Che Hae menyatakan, jika dikira jarak jauh sepanjang dua ratus ribu depa dari Sukothai, ia hanya mempunyai keluasan ke selatan sampai ke Kuala Teluk Siam di Samut Prakam iaitu pinggir kota Bangkok (rujuk Nik Abdul Rakid, 2003).

6. Keaslian maklumat yang diukir pada Batu Bersurat Rama Khamhaeng kini juga telah banyak dipertikaikan dan didakwa sebenarnya hanya ditulis pada era terkemudian. Jadi sememangnya dapat diterima logik bahawa adalah amat mustahil kerajaan Sukothai mampu meluaskan kuasa hingga ke penghujung Tanah Melayu dan kepulauan Riau serta kemudiannya menyeberang selat Melaka untuk berperang pula dengan kerajaan Malayu yang terletak di pulau Sumatera.

7. Jadi pandangan Chand Chirayu Rajani (1974) dapat disokong bahawa Ma-Li-Yu-Erh (Melayu) yang dirujuk dalam Yuan Shih sebenarnya adalah Malaiur iaitu Nagara Sri Dharmaraja. Jadi jelas Nagara Sri Dharmaraja dikenali juga sebagai Melayu!

8. Satu lagi hujah, di dalam ‘Chronicles of Nagara Sri Dharmaraja’, apabila Ligor kemudian dikuasai pula oleh seorang anak kepada pemerintah Petchaburi, beliau kemudian telah menghantar pemerintah-pemerintah Melayu dengan gelaran Raja bagi memerintah Chaiya dan 10 buah negeri-negeri yang secara tradisinya berada di bawah kuasa Ligor (Wyatt, 1975). Mengapa beliau menghantar pemerintah-pemerintah Melayu untuk memerintah di negeri-negeri berkenaan? Jawapannya rujuk kepada Munro-Hay (2001), kewujudan Raja-raja Melayu di dalam riwayat tersebut dapat menggambarkan komposisi etnik tempatan di kawasan berkenaan sekurang-kurangnya pada masa ianya ditulis. Lihat catatan lama seperti di bawah :

https://www.facebook.com/113454672585696/posts/raja-raja-melayu-di-era-nagara-sri-dharmaraja1-selepas-berakhirnya-era-srivijaya/

9. Jadi sejarah awal Sri Dharmaraja juga adalah sebahagian dari warisan sejarah bangsa Melayu. Manakala sejarahnya yang terkemudian pula menjadi sebahagian dari warisan Siam/Thai kerana Ligor kemudian telah tunduk menjadi taklukan kerajaan Ayutthaya dan masyarakat tempatannya kemudian terasimilasi kerana persamaan agama antara mereka.

Artikel dikirimkan oleh Ibn Rushd untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.