Hubungan Uthmaniyyah Dan Patani Yang Dilupakan

639

Pada bulan Disember tahun 2009, pemimpin baru Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO), Nur Abdurrahman, membuat pendedahan yang agak menarik dalam satu wawancara bersama akhbar dari Turki, World Bulletin.

Dalam wawancara ini, Nur menunjukkan pelbagai sumber berkaitan sejarah penghijrahan dari pelbagai negara ke Patani, antaranya ialah Afghanistan, Iraq, Yaman dan Turki. Nur mendedahkan, keturunannya sendiri berasal dari kelompok imigran yang datang dari kota Istanbul, dan telah tiba di Patani seawal zaman Kekhalifahan di Empayar Uthmaniyyah lagi.

Masjid Kerisik yang bersejarah di Patani

Dia mendakwa keluarganya pada asalnya adalah orang Turki dan yang tinggal di Istanbul. Latar belakang yang dia pelajari ini datang dari sumber lisan dan bertulis milik datuknya, yang bertutur dalam bahasa Turki dan mengenakan topi ‘Fez’ Turki berwarna merah.

Datuk Nur juga pernah mengatakan bahawa dia percaya pada suatu hari nanti bangsa Turki akan tiba di Patani untuk ‘membebaskannya’ dari penjaj4han orang Siam.

Nur dilahirkan pada tahun 1948. Maka ini menyimpulkan bahawa datuknya tentu pernah melalui era Per4ng Dunia Pertama, ketika Uthmaniyyah turut terlibat sebagai sekutu Jerman berper4ng dengan British.

Ini adalah zaman di mana kekhalifahan Uthmaniyyah membakar begitu banyak semangat golongan Muslim yang sedang dijaj4h, ini termasuklah di negeri-negeri Melayu yang pernah dan masih didominasi Siam iaitu Patani, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kesultanan Uthmaniyyah mengambil alih kedudukan ‘Khalifah’ daripada Khalifah bayangan Abbasiyyah yang berlindung di bawah Kesultanan Mamluk, untuk membentuk satu kepemimpinan terhadap masyarakat dunia Islam secara global, yang menurutnya ditindas di bawah pemerintahan penjaj4h kolonial.

Sultan Abdülhamid Ii

Sultan Uthmaniyyah yang terakhir berkuasa mutlak, Sultan Abdülhamid II pernah mengisytiharkan Per4ng Suci atau kempen  Jihad secara global, menyeru umat Islam yang dijaj4h Empayar British untuk bangkit menentang melalui pember0ntakan mereka.

Nur menegaskan bahawa nenek moyang orang Melayu Patani menganggap khalifah Uthmaniyyah sebagai khalifah mereka sendiri, dan menyatakan bahawa Uthmaniyyah pernah menyokong penentangan Patani terhadap Siam.

Tujuan sebenar Nur sebenarnya adalah mahu mendesak pemerintah kerajaan Republik Turki pada waktu dia diwawancara itu, dia mengharapkan bantuan Turki melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), untuk menekan kerajaan Thailand dalam usaha ke arah kemerdekaan Patani yang masih tidak tercapai.

Namun, apa yang didedahkan mengenai datuknya, menunjukkan hubungan yang mendalam antara Muslim di Asia Tenggara dan Empayar Uthmaniyyah pada awal dekad di abad kedua puluh.

Rentetan kebangkitan dan pergolakan yang bersifat solidariti untuk Khilafah Uthmaniyyah yang pernah dicetuskan kaum India Muslim di India Timur, maka British dan Belanda sama-sama khuatir akan kehadiran ejen dari Turki yang menghasut dan membakar api pember0ntakan dalam kalangan Muslim di jaj4han mereka di Asia Tenggara. Begitu juga dengan Siam, yang melibatkan Patani.

Sumber-sumber British mendedahkan beberapa hubung kait antara pember0ntakan anti-Siam di Patani, dan imigran Turki yang tinggal di kawasan tempatan. Pada tahun 1922, orang-orang Turki yang mengaku sebagai pedagang permata disyaki sebagai ejen rahsia dan mereka dihantar pulang, serentak dengan itu beberapa kampung di Patani mengadakan pember0ntakan anti-cukai terhadap Siam.

Khabar angin tersebar bahawa sebuah gerakan organisasi rahsia Islam telah dibentuk, dengan cabang-cabangnya berada di Patani dan negeri-negeri Melayu di sepanjang pesisir di sebelah selatannya.

Bendera Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani

Sumber-sumber ini juga melaporkan terdapat satu kepercayaan yang meluas di kalangan orang Melayu bahawa kapal per4ng Turki akan tiba untuk membebaskan Patani dari Siam.

Kekhalifahan Empayar Uthmaniyyah sangat penting dalam membentuk doktrin politik yang popular di negeri-negeri Melayu yang pernah berada di bawah pengaruh Siam, seperti yang berlaku di seluruh negeri Islam Asia Tenggara sejak berada di bawah tekanan kolonisasi pertama dari Portugis, kemudian British dan Belanda.

Pada tahun 1915, khabar angin tersebar di Kelantan bahawa Uthmaniyyah akan mengalahkan British dalam Per4ng Dunia Pertama, bahkan bendera Turki dilaporkan giat dikibar di Terengganu pada tahun yang sama. Pada tahun 1928.

Pember0ntakan Tani Terengganu yang menentang undang-undang perhutanan yang baru di Terengganu menggunakan bendera bulan sabit dengan bintang berlatarbelakang warna merah darah sebagai simbol pember0ntakan mereka dipasang di setiap balai polis yang mereka duduki dan mereka merampas semua senjata.

Rujukan ulang ke Turki dalam sumber mengenai negeri Melayu yang pernah membayar ufti kepada kerajaan Siam memberi petunjuk berkaitan penentangan terhadap Siam yang digambarkan sebagai Per4ng Suci, sama seperti penentangan terhadap British.

Situasi ketika Pember0ntakan Tani di Terengganu pada tahun 1928

Di Terengganu, Pember0ntakan Tani mengambil aspirasi dari hubungan Alam Melayu dengan Turki Uthmaniyyah untuk menempatkan perjuangan mereka pada peta penentangan Muslim yang lebih besar terhadap pemerintahan koloni Inggeris. Istanbul berperanan sebagai asas solidariti untuk pember0ntakan ini, ia menjadi pusat teladan yang prestijnya menanamkan semangat perjuangan mereka dengan pihak pemerintah Islam melalui semangat kesatuan.

Sehingga hari ini, bangsa Melayu Islam di Patani masih lagi bergelut dengan tekanan dan penindasan dari pemerintah pusat Thailand. Para pejuang pembebasan mereka hanya mensasarkan dua pilihan, samada Patani akan merdeka sebagai sebuah negara-bangsa yang berhak menentukan nasibnya sendiri, atau mereka akan memilih untuk menyertai sebagai salah satu negeri baru dalam negara Persekutuan Malaysia.

Namun mungkin sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengurangkan sikap kebergantungan yang melampau terhadap Turki.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.