Hubungan Uthmaniyah-Amerika Syarikat Yang Kita Tak Tahu

1,531

Empayar Uthmaniyyah menguasai Afrika Utara pada awal abad ke-16 berkat usaha pelaut terkenal Hayreddin Barbarossa, kerana dia juga Algiers menjadi wilayah naungan Uthmaniyyah pada tahun 1525, diikuti oleh Tripoli pada tahun 1551 dan Tunisia pada tahun 1574.

Algeria, Tunisia dan Tripoli digelar ‘Garp Ocakları’ (Jajahan Barat). Uthmaniyyah menguasai wilayah ini dengan kekuatan yang hanya secukup rasa sahaja. Uthmaniyyah di wilayah Aegean menyediakan kekuatan manusia untuk Garp Ocakları yang dipimpin oleh Algiers. Pentadbiran wilayah ini berbeza dan istimewa berbanding dengan wilayah lain.

Wilayah-wilayah tersebut diperintah oleh gabenor yang dilantik dan tidak memiliki sistem timar di mana hasil yang diunjurkan dari wilayah yang ditakl*k diagihkan dalam bentuk pemberian tanah sementara di kalangan kelas tent*ra. Lama kelamaan, gabenor digantikan oleh pemerintah tent*ra yang digelar ‘dayılar’ atau “pakcik”.

Hasil pendapatan terpenting di Garp Ockları bergantung kepada aktiviti melanun. Mereka mengibarkan bendera mereka sendiri dan berlayar di sekitar Lautan Atlantik dan Laut Tengah.

Mereka sering mencetuskan siri rompa*kan yang berakhir dengan kegan*san, menyer*ng sejauh dari pantai Amerika hingga ke Iceland. Orang Eropah mempunyai banyak lagu dan cerita-cerita rakyat yang ditulis mengenai pelaut Uthmaniyyah di beberapa tempat.

AMERIKA DI MEDITERRANEAN

Walaupun Empayar Uthmaniyyah telah kehilangan pengaruh kuasanya pada akhir abad ke-18, mereka masih lagi kekal sebagai empayar yang paling penting di dunia. Sementara itu, sebuah kuasa baru sedang dilahirkan. Amerika Syarikat mula aktif meneroka lautan setelah kemerdekaan mereka diakui British pada tahun 1783.

Pihak Amerika menandatangani perjanjian dengan Maghribi dalam bahasa Arab pada tahun 1786. Mereka berjaya mendapatkan kebenaran raja untuk kapal-kapal Amerika menggunakan pelabuhan di Maghribi.

Perompak Algeria tidak pernah puas merompak dan merampas mana-mana kapal-kapal Amerika yang terserempak dengan mereka sejak tahun 1785. Pada bulan Julai 1785, sebuah kapal Amerika Syarikat terper*ngkap di pesisir Cadiz lalu dibawa ke pelabuhan Algiers.

Pada tahun-tahun berikutnya, puluhan kapal Amerika Syarikat dirampas oleh lanun Algeria. Pada tahun 1794, Kongres Amerika Syarikat memperuntukkan hampir $ 700,000 untuk memer*ngi lanun Barbary dan sebagai belanja untuk membina kapal yang lebih kuat.

Pada tahun 1795, Amerika Syarikat menghantar delegasi yang diketuai oleh Joseph Donaldson ke Algiers untuk menyelamatkan dan menuntut kembali kapal mereka.

Semasa pemerintahan Sultan Selim III, para pemimpin Algeria menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat di Uthmaniyyah pada 5 September 1795.

Pada helaian akhir dokumen 23 halaman itu, terdapat cop dan tandatangan Gabenor Algiers, Hasan Pasha.

Pengenalan perjanjian bermula dengan klausa berikut:

” Dari tarikh Perjanjian Hari Ini, akan ada kesinambungan dan ketenangan dan Keamanan Yang Ikhlas serta Persahabatan antara Presiden dan Warganegara Amerika Utara dan Hassan Bashaw Bey dari Algiers dan Divan-nya bersama Subjek dan Kapal-kapal serta para bawahan kedua-dua Negara akan saling melayani antara satu sama lain dengan penuh Kehormatan, Sivik dan Kesopanan.”

Menurut perjanjian ini, Amerika Syarikat akan membayar $642,500 sebagai ufti dan wang tebusan kepada Hasan Pasha bagi membebaskan tahanan warga Amerika di Algiers dan Amerika Syarikat perlu membayar cukai berjumlah $21,600 (12,000 sequin Algerin) setiap tahun.

Kongres telah meluluskan perjanjian itu pada 7 Mac 1796. Amerika Syarikat membayar cukai ini selama lebih dari 20 tahun hingga suku pertama abad ke-19 dan bayaran itu tidak pernah terhenti.

Namun, Amerika Syarikat mula berhenti membayar ufti dan cukai tahunan kerana kekuatan ketent*raan dan angkatan lautnya yang semakin meningkat kuat.

KEMUNCULAN AMERIKA SYARIKAT DI PENTAS SEJARAH

Pada tahun 1492, setelah penemuan benua Amerika, orang Sepanyol dan Portugis menjajah Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Orang Sepanyol juga menguasai wilayah di Mexico dan beberapa negeri di Amerika Syarikat hari ini. Emas dan perak dari benua tersebut dikumpul dan dipindahkan ke Eropah.

Sepanyol berjaya menjauhkan British dari benua Amerika untuk satu jangka masa yang agak lama. Namun, semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I pada akhir abad ke-16, Inggeris mula menjajah Amerika. Pintu kolonisasi terbuka luas untuk mereka ketika mereka mengalahkan tent*ra laut Sepanyol pada tahun 1588.

Sementara bagi sesiapa yang gagal dalam perebutan kuasa di kepulauan Britain, samada mereka orang Puritan atau Katolik, mereka mengambil kesempatan ini dengan mencuba nasib berhijrah ke Amerika, yang pada waktu itu dikenali sebagai New World (Dunia Baru), di mana penjajahan British baru saja bermula.

British menjadi lebih kuat dari masa ke masa dan mula menguasai tanah jajahan Perancis dan Sepanyol di Amerika.

Koloni-koloni Amerika diperintah secara autonomi selagi mereka membayar cukai dan mematuhi raja Inggeris. Walau bagaimanapun, pada separuh kedua abad ke-18, cukai yang dikeluarkan satu demi satu oleh pihak Inggeris dan sikap pedantik Inggeris menyebabkan berlakunya kebangkitan solidariti koloni.

The Tea Act yang diperkenalkan di koloni Amerika pada tahun 1773 merupakan langkah penting menuju Per*ng Revolusi Amerika.

Pada tahun 1774 dan 1775, koloni menganjurkan dua kongres di Philadelphia. Sementara jajahan utara berpendirian menyokong kemerdekaan, koloni Atlantik tengah menyokong John Dickinson, yang mendorong satu percubaan terakhir untuk berdamai dengan Britain.

Kongres, yang berada di bawah pengaruh Dickinson, menyatakan bahawa mereka tidak menginginkan kemerdekaan pada tahun itu. Namun, sikap kasar pihak Inggeris dan usaha yang dilakukan oleh orang-orang seperti Thomas Jefferson, Benjamin Franklin, George Washington dan Thomas Paine untuk meningkatkan kesedaran masyarakat menyebabkan lahirnya perjuangan kemerdekaan di jajahan koloni Amerika.

Pada 2 Julai 1776, Kongres memilih kemerdekaan. Ketika teks Deklarasi Kemerdekaan diterima oleh Kongres, Amerika Syarikat secara rasminya mengisytiharkan kemerdekaannya pada 4 Julai 1776. Menurut Britain pada awalnya, ini adalah pemberontakan terhadap kerajaan.

Perancis menyokong Amerika, yang berper*ng di bawah pimpinan Jeneral George Washington, bekas pegawai tent*ra British, dengan melancarkan per*ng melawan Inggeris pada tahun 1778.

Sokongan Perancis benar-benar dipengaruhi fakta berikut iaitu tent*ra yang dibentuk dari 13 jajahan Amerika  mengalahkan British di Saratoga pada tahun 1777. Amerika mengalahkan Inggeris di Yorktown pada tahun 1781, mengakhiri per*ng dengan kemenangan yang mutlak.

Dengan Perjanjian Paris yang ditandatangani pada 3 September 1783, sebagai hasil rundingan panjang antara Amerika Syarikat dan Kanada, yang kekal berada di bawah pemerintahan Inggeris, mereka menentukan sempadan antara kedua-dua negara, British akhirnya mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat.

Setelah Amerika Syarikat mengisytiharkan kemerdekaannya, bagaimana hendak menguruskan negara menjadi masalah besar.

Kuasa pemerintahan persekutuan di Washington sangat terhad, sementara pentadbiran tempatan kuat dipengaruhi dengan tradisi zaman penjajahan.

Lebih-lebih lagi, kerana negara ini tidak sepenuhnya diterokai lagi, turut berlaku juga perebutan kekuasaan di dalam negeri. Pada tahun-tahun awal penubuhan negara ini, orang-orang utara berpihak kepada perluasan kuasa pihak berkuasa tempatan sementara orang-orang selatan ingin meneruskan tradisi lama Inggeris untuk meningkatkan kuasa pemerintah persekutuan.

Sebagai hasil perbincangan yang panjang, satu kompromi akhirnya tercapai, maka Perlembagaan diluluskan pada tahun 1787 dan mula berkuat kuasa pada tahun 1790. Perlembagaan baru ini memberi Amerika Syarikat penampilan sebagai sebuah negara.

Oleh itu, negeri-negeri yang bersatu ini dibenarkan bebas dalam sebarang urusan dalaman mereka, sementara kerajaan pusat akan terus menjalan dasar luar negara.

Amerika Syarikat terus bangkit dengan pantas jauh meninggalkan pesaing-pesaing mereka hingga hari ini mereka menjadi satu kuasa terbesar di dunia.

Namun tahukah anda? Sepanjang sejarah penubuhannya semasa Empayar Uthmaniyyah masih berdiri, Amerika Syarikat tidak pernah terlibat dalam sebarang konflik peper*ngan dengan Uthmaniyyah, bahkan kedua-dua negara ini saling bantu membantu apabila dilanda bencana alam seperti kebakaran besar di Amerika Syarikat dan gempa bumi di Istanbul, namun semua itu sebelum tercetusnya Per*ng Dunia Pertama.

KEBAKARAN BESAR ABAD KE-19

Walaupun Amerika Syarikat dan Empayar Uthmaniyyah dipisahkan oleh jarak geografi dari dua benua berbeza, kedua-dua kuasa besar ini telah menjalin hubungan diplomatik pada akhir abad ke-18.

Hubungan mereka berada dikemuncaknya ketika kedua-dua negara saling membantu apabila masing-masing ditimpa bencana alam yang besar.

Hubungan antara Kerajaan Uthmaniyyah dan A.S. bermula pada akhir abad ke-18 dan akhirnya kedutaan dan konsulat didirikan di kedua-dua negara.

Walaupun jarak antara kedua-dua negara jauh, kebakaran besar yang meletus di Amerika Syarikat telah menyatukan kedua-dua negara ini.

Ia dijelaskan berdasarkan dokumen yang didedahkan dalam buku bertajuk ‘Belgelerle 1889/1894 Afetlerinde Osmanlı-Amerika Yardımlaşmaları’ (‘Bantuan Bersama Uthmaniyyah-Amerika, dengan dokumen-dokumen itu)  bencana 1889/1894 ‘).

Pada tahun 1889, banjir berlaku di Johnstown, sebuah penempatan di barat daya Pennsylvania di Amerika Syarikat. Setelah hujan lebat berlarutan, sebuah empangan telah runtuh dan kota itu mula tenggelam.

Lebih daripada 1,600 rumah musnah dan lebih daripada 5,000 orang terk*rban. Kebakaran bermula selepas banjir yang juga sekaligus meningkatkan kesan bencana. Peristiwa ini dikenali sebagai bencana besar pertama yang dihadapi oleh pasukan Palang Merah Amerika.

Ketika peristiwa bencana ini tersebar, Sultan Uthmaniyyah ketika itu, Sultan Abdülhamid II memanggil Oscar Straus, duta besar Amerika Syarikat untuk Empayar Uthmaniyyah, dan memberinya $1,000 untuk dibelanjakan bagi membantu mangsa bencana. Empayar Uthmaniyyah membantu Amerika dahulu sebelum negara-negara lain.

Kemudian, gempa bumi besar berlaku di Istanbul pada tahun 1894. Banyak negara yang menghantar bantuan untuk membantu mangsa bencana ini. Perancis menyumbangkan jumlah bantuan tertinggi dengan sebanyak $34,900; manakala yang kedua ialah Amerika Syarikat dengan jumlah sumbangan sebanyak $9,600.

Amerika Syarikat pada waktu itu sedang berjuang menghentikan kebakaran hutan sambil berusaha mengumpulkan dana bantuan untuk mangsa gempa di Istanbul.

Musim panas tahun 1894 agak kering di Amerika. Pada bulan Julai 1894, kebakaran hutan besar di sekitar penempatan Pierce dan Phillips di negeri Wisconsin bermula. Sebanyak 100,000-hektar tanah hutan dan 400 rumah hangus terbakar. Dua puluh orang m*ti.

Bandar Phillips, di mana 2,500 orang tinggal, telah musnah sepenuhnya dalam kebakaran ini. Bandar ini kemudian dibina semula dan sebuah tugu untuk memperingati bencana itu didirikan di sepanjang Tasik Duroy.

Pada bulan September, kebakaran hutan besar meletus di sebahagian negeri Minnesota. Kira-kira 200,000 ekar hutan Pine County terbakar bersama dengan pekan Mission Creek, Brook Park, Sandstone, Miller, Partridge, Poke Gama dan Hinckley.

Lebih daripada 400 orang m*ut. Duta Besar Uthmaniyyah ke Washington mengirim telegraf ke Istanbul dan melaporkan bahawa ia akan meringankan beban rakyat Amerika sekiranya pemerintah Uthmaniyyah mengirimkan 100 lira secara faedah kepada mangsa-mangsa kebakaran di Amerika.

Sementara itu, kempen bantuan di Amerika Syarikat diteruskan bagi mengumpulkan dana untuk mangsa gempa bumi di ibukota Empayar Uthmaniyyah.

Cadangan duta besar Uthmaniyyah ke Washington dikemukakan kepada Sultan Abdülhamid II. Sultan dengan segera menerima usul itu bahkan menaikkan jumlah bantuan kepada 300 lira.

Bantuan itu disampaikan kepada mangsa kebakaran Amerika melalui duta besar Uthmaniyyah. Bantuan Uthmaniyyah ini ditulis di akhbar Amerika dengan tajuk ‘Sultan Turki Menyumbang 300 Lira Untuk Minnesota dan Wisconsin.’

BERMULANYA KERETAKAN

Hubungan antara Kerajaan Uthmaniyyah dan Amerika bermula sejurus selepas kemerdekaan Amerika. Amerika mula berdagang dengan bendera sendiri di Mediterranean, membayar cukai kepada Algeria, yang merupakan negara naungan Uthmaniyyah di Afrika Utara pada masa itu.

Pentadbiran Amerika cuba menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Uthmaniyyah tetapi sultan-sultan Uthmaniah menolak perjanjian tersebut kerana mereka menganggapnya merugikan negara.

Ketika angkatan laut Uthmaniyyah dimusnahkan oleh Inggeris, Russia dan Perancis pada tahun 1827, pentadbiran Uthmaniyyah menandatangani perjanjian perdagangan dan pelayaran dengan Amerika pada tahun 1830 untuk membawa alternatif yang berbeza daripada dasar luarnya.

Namun, orang Amerika tidak menunaikan janji mereka bagi membiayai pembinaan kapal per*ng dan kerana itu pihak Turki mula menghadapi kekecewaan pertama mereka sepanjang perhubungan mereka.

Hubungan Uthmaniyyah-Amerika, yang telah berjalan dengan baik selama beberapa waktu, mula menjadi tegang ketika zaman Sultan Abdülhamid II kerana kegiatan mubaligh kristian Amerika dan campur tangan Amerika Syarikat dalam isu etnik Armenia.

Walau bagaimanapun, bencana alam yang dialami oleh kedua-dua negara itu adalah penyebab perpaduan antara masyarakat.  Namun, ketika Amerika Syarikat menyertai Per*ng Dunia Pertama pada tahun 1917, kedua-dua negara masing-masing memihak kepada paksi yang berbeza dan menjadikan mereka musuh.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.