Moving Forward As One

Hubungan Istimewa Korea Utara Dan Palestin

3,830

PayLater by Grab

Korea Utara baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Israel memb.unuh kanak-kanak ialah sebuah bentuk cabaran kepada masa depan yang lebih umat manusia. Ke.gan.asan dan pemb.ant.aian yang dibuat oleh Israel tak boleh lagi ditoleransikan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tengok ramai orang Malaysia terkejut yang terkejut dengan kenyataan itu.

Tak perlu terkejut, Korea Utara & Palestin memang brothers sejak dulu lagi. Ni Kim Il-sung (atuk Kim Jong-un) bersama Arafat pengasas Fatah.

KorUt pun ada supply Hamas dengan se.nj.ata seperti Bulsae-2 (peluru berpandu anti kereta kebal).

Semasa P.erang Dingin (1948-1991) antara US dan USSR (Rusia hari ini), konflik Israel-Palestin juga menjadi konflik proksi US-USSR.

Disebabkan US sokong Israel, maka USSR dan negara sekutunya sokong Palestin.

Dalam peta:
Merah, pink = sekutu USSR
Biru = sekutu US

Sebab tu Turki iktiraf Israel sejak 1949. Turki sekutu US, join NATO bagi lawan USSR.

Dan Turki anggap isu Palestin tu isu orang Arab. Turks tak yah ambil port.

Tak ada kaitan dengan sekularisme Ataturk, sebab di bawah Menderes yang Islamik pun hubungan Turki-Israel baik.

Dan di kalangan negara Arab, sosialisme sangat popular. Pemimpin Arab utama seperti Nasser (Mesir), Gaddafi (Libya), Assad (Syria), Saddam (Iraq) ni semua sosialis.

Arafat sebagai ketua pejuang Palestin pun angkat sosialisme sebagai ideologi perjuangannya.

Arafat mengasaskan Palestinian Liberation Organization (PLO) yang menggabungkan parti Fatah dia dan juga beberapa parti komunis-sosialis seperti PFLP dan DFLP.

Negara komunis-sosialis termasuk KorUt, Cuba semua bagi sokongan kepada PLO.

Memasuki 1980-an, sosialis Palestin ni mula dicabar oleh gerakan haraki (media Barat panggil ‘Islamis’) seperti Hamas dan Palestinian Islamic Jihad.

Mereka disokong oleh negara Arab bukan sosialis seperti Saudi, Kuwait, Qatar dan juga negara bukan Arab seperti Iran.

Apa pun, PLO masih diiktiraf sebagai wakil Palestin yang sah di peringkat antarabangsa, dan pada tahun 1988, Negara Palestin secara rasmi diisytiharkan. Berpusu-pusu negara Arab, Islam, dan juga sosialis termasuk KorUt mengiktiraf Palestin dan mendirikan hubungan diplomatik.

Negara sekutu US seperti negara Eropah, Korea Selatan dan Jepun masih “wait and see” sebab US belum iktiraf Palestin lagi.

Dan keadaan itu kekal sehingga hari ini. Yang belum iktiraf Palestin (bukan warna hijau) ni semua sekutu tegar US (kecuali Cameroon, Eritrea dan Myanmar).

P.eran.g Dingin tamat pada 1991 selepas kejatuhan kerajaan komunis di USSR. Jadi banyak negara sekutu USSR buang komunisme-sosialisme dan iktiraf Israel.

Tapi KorUt dan Cuba masih kekal komunis dan masih tidak iktiraf Israel.

Walaupun Korea Selatan tak iktiraf Palestin, tapi bukan bermaksud rakyatnya pro-Israel. Malah boleh nampak je rakyat Korea Selatan bersolidariti dengan Palestin dan Gaza.

Cuma disebabkan perjanjian pertahanan dengan US, Korea Selatan masih kena ikut cakap US dalam dasar luar.

Meskipun tak ada hubungan rasmi, Korea Selatan ada hubungan tak rasmi dengan Kerajaan Palestin bawah PLO dan ada bagi bantuan kemanusiaan.

Dan hubungan US-Korea Sekatan yang makin renggang pun bakal mendorong Korea Selatan mengiktiraf Palestin secara rasmi.

Ruangan komen telah ditutup.