Moving Forward As One

How To Become A Tyrant: Docuseries Terbaru Netflix

895

“Power corrupts, but absolute power corrupt absolutely.”

3.30 pagi semalam, aku berjaya habiskan How To Become A Tyrant. Secara ringkasnya, docu-series yang menggunakan suara Peter Dinklage, pelakon yang bawa watak Tyrion Lannister sebagai suara latar ini menceritakan tentang analisis untuk jadi tyrant yang hebat.

Setiap figura yang dipilih membawa kata kunci yang berbeza. Si misai kontot dengan cara dia naik merancangkan kudeta, atau si Saddam Hussein dengan cara dia membasmi musuh politiknya, atau si Idi Amin tentang cara dia kawal rakyat bagi takut dengannya, Joseph Stalin pulak dengan propaganda-propaganda hebat dengan Muammar Gaddafi cuba cipta masyarakat yang baru.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tapi semua diktator ini gagal kecuali Keluarga Kim di Korea Utara yang berjaya menggunakan semua taktik yang dipakai diktator yang lain untuk kekal berkuasa, malahan jadi lebih dasyat dengan menjadikan pemimpin setaraf TUHAN. Senjata Nuklear pula sebagai perlindungan tambahan kalau US masuk campur macam deme buat kat Libya dan Iraq.

Tapi aku melihat setiap taktik yang digunakan oleh pemimpin ini sebagai taktik yang digunakan sejak zaman berzaman lagi. Misalnya menyelitkan unsur divinity, unsur pemimpin itu sebagai TUHAN atau wakil tuhan adalah benda biasa raja-raja dulu buat.

Maharaja Jimmu.

Buka sejarah, korang akan tengok mitologi raja-raja purba tamadun seluruh dunia semua sama. Contoh aku bagi sikit. Korang tahu kan Maharaja Pertama Jepun iaitu Maharaja Jimmu (660 SM – 585 SM) dianggap sebagai keturunan dewi Amaterasu, atau raja pertama Korea iaitu Dangun (2333 SM), konon dia ialah cucu kepada dewa Korea bernama Haneullim.

Dangun.

Dalam sejarah Melayu pun pakai taktik yang sama, Kau rasa kenapa susah payah karya macam Hikayat Merong Mahawangsa dengan Sulalatus Salatin dibuat? Dalam HMM tu, dia nak cakap raja Kedah Merong Mahawangsa pernah berhubung dengan Nabi Sulaiman A.S. keturunan Rom dan sebagainya?

Kenapa raja-raja Melayu dalam Sulalatus Salatin digambarkan sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain, tentang keturunan Raja Suran yang ada kelebihan dan keajaiban turun ke dasar laut, atau bagaimana dari keturunan Raja Suran ni, ada tiga anak raja turun di Palembang menaiki patung lembu gangsa dari angkasa sampai tukarkan padi semua jadi emas?

Yup. Semuanya untuk memberi asbab untuk mereka memiliki kuasa mutlak, yakni absolute monarchy itu berfungsi. Cukup untuk rakyat yang pada waktu itu, mudah percaya dengan kisah-kisah ajaib ini, memberikan taat setia apabila mendengar kisah-kisah ini. Raja tu wakil TUHAN, keturunan para dewa, keturunan Iskandar Zulkarnain atau dari susur galur raja hebat empayar purba, rakyat dulu dengar ni dah cukup untuk buat mereka jadi Hang Tuah, beri taat setia sepenuh jiwa raga.

Dinasti Kim.

Cuma masalahnya pada zaman moden, kau jaja cerita macam tu orang susah nak percaya. Walaupun Dinasti Kim kat Korea Utara berjaya, tetapi ia tak semudah raja-raja zaman dulu.

Kau boleh tengok dalam dokuseries ni betapa strugglenya Dinasti Kim nak tanam propaganda yang pemimpin mereka setaraf elemen ketuhanan. Jadi, perjalanan mendapatkan kuasa mutlak ni lagi berliku dari maharaja-maharaja, raja-raja dan sultan zaman silam.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Jadi, docu-series ni membincangkan taktik-taktik diktator moden ini untuk pegang kuasa penuh, pada saat di zaman moden, di mana memang susah kau nak tengok seseorang yang tidak bergelar sebagai raja, di negara yang tak amalkan monarki mutlak, tetapi mampu dapat kuasa mutlak.

Gaya docu-series yang penuh dengan dark-humour, break the 4th wall dengan penonton, animasi yang cantik menceritakan situasi tertentu, meringankan sedikit isi kandungan yang dah tentu berat, dark apabila kita meneroka sisi-sisi gelap tamadun manusia.

Jadi, atas faktor ini, 4.5/5 bintang aku bagi.

Ruangan komen telah ditutup.