Kekalahan demi kekalahan yang ditimpa oleh Nazi ketika Pe Rang Dunia Kedua membuatkan Hitler berputus asa lalu beliau tertekan dan mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri.

Kematian si misai pendek ini menjadi perdebatan di dalam para sejarawan. Ada yang mengatakan beliau lari ke Argentina. Malah, tak kurang juga beliau dikatakan lari ke Indonesia. Tak kira apa pun yang berlaku, rekod rasmi menyatakan bahawa beliau telah kembali ke negeri cacing pada tanggal 30 April 1945.

Tapi, baru-baru ini, beliau dikhabarkan hidup semula dan muncul di Afrika, eh macam mana tu?

Baru-baru ini di Namibia, seorang ahli politik bernama Adolph Hitler Uunona baru sahaja memenangi Pemilihan Kaunselor bagi wilayah Ompundja. Walaupun nama beliau sama dengan nama pemimpin Jerman yang membawa ke kancah pe Rang itu, namun Uunona menjelaskan beliau tidak terlintas untuk membawa ideologi N451 ke negara itu.

Adolp Hitler Afrika

Malah, Uunona juga tidak pernah berniat untuk menakluk dunia sebagaimana apa yang telah dilakukan oleh sang diktator itu. Menurut Uunona, dua nama awal beliau itu memang diberi oleh bapa beliau bersempena dengan pemimpin Jerman itu.

Ini tidak menghairankan kerana pengaruh Jerman memang agak kuat di Namibia kerana Jerman pernah menj4j4h negara itu pada suatu ketika dahulu. Sewaktu kecil, Uunona menyangka namanya itu sebagai nama yang biasa sahaja.

Tetapi, apabila meningkat dewasa, barulah Uunona menyedari bahawa namanya itu persis nama orang yang mencetuskan p3p3rangan yang paling dasyat di dalam sejarah manusia moden.

Sewaktu hari pengundian, pihak suruhanjaya meletakkan nama Uunona di kotak undi sebagai “Adolph H. Uunona” untuk mengelakkan sensitiviti dalam kalangan rakyat. Tapi sebenarnya, nama itu membawa tuah kepada Uunona setelah beliau berjaya mendapat 1196 undi ataupun 85% dari keseluruhan undi.

Uunona mengangkat sumpah sebagai kaunselor

Bagi Uunona, beliau tidak berhasrat untuk menukar namanya. Tambahan pula, ahli keluarganya sering memanggil beliau Adolph dan Uunona sentiasa berbangga dengan nama beliau walaupun namanya diinspirasikan daripada manusia paling dibenci di muka bumi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.