Sweden baru sahaja membuka hotel yang unik kerana kedudukannya bukan di atas permukaan tanah sahaja malah di atas permukaan air juga yang berada di lokasi Sungai Lule, Sweden.

Selepas dua tahun pengumuman pembinaan projek dikenali sebagai Arctic Bath atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud “Tempat Mandian Artik”, akhirnya ia dibuka. Tujuan Projek tersebut untuk membina hotel yang berada di kedudukan terapung di atas Sungai Lule, Sweden.

Hotel ini selain sebuah tarikan perlancongan, ianya juga dikenali sebagai sebuah tempat destinasi kesihatan, Anda bukan saja dapat mandi air sejuk malah tempat rawatan spa, penginapan, serta restoran menyajikan makanan tempatan, lawatan siang hari turut disediakan.

Permandangan Kawasan Sungai Lule. Gambar : Anders Blomqvist

Dengan memperkenalkan tempat Mandian Artik (Arctic Bath), ianya juga dikenali sebagai hotel spa. Sebab bangunan utama terasing dari kabin penginapan ialah kerana di sinilah rawatan spa, sauna dan sebagainya boleh didapati. Hotel spa juga terapung 18 meter dari tebing Sungai Lule.Dengan bilik yang terasing dan terapung.

Bilik rehat utama berbentuk bulatan yang terbuka yang anda nampak dalam gambar sebenarnya dibina dengan tujuan memberikan angin ruang masuk-keluar yang dikeliling tempat mandian sejuk dan panas.

AKTIVITI

Pengujung dapat menikmati bunyi-bunyi haiwan berdekatan seperti Burung,moose, dan haiwan liar lain. Aktiviti mendaki kawasan sekitar pada tengah malam untuk mencari beruang serta menikmati suasana kehidupan liar ataupun mengambil kelas mempelajari budaya masyarakat sweden iaitu Sami people. Apabila salji penuh di permukaan tanah anda juga boleh menunggang kereta salji di tarik oleh Anjing Husky untuk lawatan ke sekitar kawasan spa.

Cahaya aurora dapat di lihat dari Kawasan Hotel. Gambar : Johan Jansson.

Tempat ini juga dikunjungi semata-mata untuk melihat cahaya aurora atau dikenali “The Northern Lights”. Ramai pelancong mahu pergi dan berkumpul ke tempat-tempat yang jauh bahagian utara kerana berpeluang untuk menyaksikan pergerakan cahaya aurora. Dengan itu, sebuah Hotel Spa baru di sweden menawarkan para tetamunya kerusi barisan hadapan yang terapung di tengah-tengah sungai yang jauh di bulatan utara artik “North of the Arctic Circle”.

Tempat mandian artik ini juga menjadi tuan rumah untuk aktiviti majlis pada musim sejuk, seperti mendaki, papan luncur, ski serta ekspidisi melihat cahaya aurora dan banyak lagi.

Di dalam bilik sauna. Gambar: Daniel Holmgren.

Penginapan di tempat Mandian Artik mencecah sekitar $1 Ribu dollar semalam. Malah bukan sahaja dapat menggunakan Spa dan tempat penginapan, tetapi juga anda dapat menjamu selera 5 jenis menu makanan serantau yang dimasak tukang masak dari Belgian dan masyarakat Sami Sweden yang menawarkan hidangan seperti Capercaillie salai, makanan tradisi Sweden, rusa dan minuman keras buatan tangan (beer).

Menurut pemandu pelancong, rekaan Senibina ini di inspirasi oleh kayu balak yang terapung di sekitar sungai pada masa dahulu. Sungai Lule asalnya ialah anak sungai yang fungsinya sebagai aliran pengangkutan kayu balak tradisi masyarakat lama belah utara.

REKAAN

Projek Arctic Bath ini diinspirasi oleh hotel rumah pokok Sweden. Rekaan tempat mandi artik “Arctic Bath” terapung ini direka oleh arkitek Bertil Harstrom dan Johan Kauppi. Ianya satu penghormatan bagi mereka kerana tempat mandi artik “Arctic Bath” daerah tersebut asalnya kawasan industri pembalakan.

Seakan sarang burung bangunan utama ini. Gambar: Anders Blomqvist

Ciri-ciri hotel spa juga kelihatan seperti sarang burung. Bangunan utama dikelilingi oleh bilik yang menempatkan spa, sauna, kedai dan restoran itu yang berbentuk bulat dengan rekaan yang dikeliling batang kayu. Di tengah bangunan utama, terdapat sebuah bulatan yang merupakan sebuah kolam mini. Air yang diperoleh datang dari sungai yang sejuk beku. Selalunya penghujung akan terjun ke dalam kolam dengan suhu 39 degree Fahrenheit. Kemudian, mereka akan lari ke bilik sauna ataupun ke tab mandi panas.

Kolam mini yang sejuk GAMBAR: Anders Blomqvist

Dinding bangunan diperbuat daripada kayu, pintu kayu. Tingkap daripada kaca. Lantai pula daripada mozek serta aksesori mengunakan batu. Beralih kepada kabin pula, tempat penginapan mempunyai 12 kabin yang berasingkan. 6 di darat dan 6 di atas permukaan air. Sesetengah struktur dibina daripada bahan sekitar yang direka serta diubah supaya meminimumkan impak terhadap alam sekitar.

KABIN DI DARAT

Setiap kabin tanah dipisahkan dengan pokok-pokok birch yang indah. Kabin itu juga ditinggikan sedikit daripada tanah kerana mempunyai tiang yang tinggi serta untuk menyokong struktur kabin bagi mengelak salji mempenuhi sekitar kabin. Selain itu, kabin daratan turut mempunyai tempat laluan pejalan kaki yang menyambung ke tempat Mandian Artik tersebut dan kabin berdekatan termasuk kabin di sungai. Hiasan dalaman dilengkapi dengan bahan-bahan yang mampan termasuk kayu, batu, kulit dan tekstil mewah.

Salah satu kabin di darat. Gambar: Andres Blomqvist

Di samping itu, ianya lebih besar dengan 667 kaki persegi dan terbahagi 2 lantai iaitu lantai bawah dan lantai syiling, serta mempunyai tingkap yang besar yang menyambung daripada lantai hingga ke siling. Sesetengah kabin mampu memuatkan 5 pelancong. Pelancong juga boleh menikmati lantai yang hangat disebabkan sistem pemanas dari tempat pemanas (Heat Stove) apabila masuk.

Bilik air di kabin di darat. Gambar: Daniel Holmgren

Perabot di dalam kabin di darat. Gambar – Daniel Holmgren:

Perabot di dalam kabin di darat. Gambar – Daniel Holmgren:

KABIN DI PERMUKAAN AIR

Kabin di permukaan air pula, struktur dan reka bentuk dibina dari bahan produk tempatan serta alam semula jadi terutama kayu dari pokok birch yang hanyut.

Kabin terapung di permukaan air. Gambar: Daniel Holmgren

Mempunyai rekaan permukaan dinding yang tajam, serta ruang 258 kaki lebar. Di dalamnya dengan 1 katil besar,Almari,Kerusi,Tempat pemanas (Heat Stove) dan tiada bilik mandi. Dan ianya mempunyai 2 bilik berasingan di setiap buah kabin yang terapung tersebut. Kabin ini juga sesuai untuk 2 hingga 4 pelancong sahaja kerana kemudahan yang sederhana.

Perabot di dalam bilik kabin terapung di permukaan air . Gambar: Daniel Holmgren

Anda juga boleh menikmati permandangan matahari, tahi bintang ataupun cahaya aurora semasa musim sejuk di tingkap ataupun di luar kabin. Hiasan dalaman dilengkapi dengan bahan-bahan yang mampan termasuk kayu, batu dan tekstil mewah. Kabin juga mempunyai tempat jalan kaki yang menyambung ke tebing sungai. Menariknya mengenai laluan jalan kaki ini, ia yang akan kelihatan terapung pada musim panas dan tidak terapung pada musim sejuk sebab air sungai beku.

Rekaan hiasan direka oleh Designer Annkathrin Lundqvist mengambil inspirasi gaya Scandinavian minimalis dengan bentuk mudah, warna lembut, bahan semula jadi seperti kayu cerah dan batu jenis “Earthy Stones”.

Kepada kaki pengembara tempat ini amat sesuai di senaraikan kerana ianya memberi pengalaman yang unik. Hotel ini mengingatkan kita bahawa hutan amatlah penting bagi pembangunan sebuah negara, bukan saja dapat dilihat pada alam semula malah kesenian senibina dan rekaan keindahan juga dapat dilihat. Akhir sekali, ia amat sesuai untuk mereka mencari ketenangan serta rawatan ditempat alam semula jadi.

RUJUKAN:

  1. Sweden’s Newly Opened Floating Hotel Is the Destination of a Lifetime by Duncan Nielsen – January 24,2020 : https://www.dwell.com/article/arctic-bath-now-open-bertil-harstrom-johan-kauppi-annkathrin-lundqvist-41f65e1 7
  2. Look Inside Sweden’s Spectacular New Floating Hotel by Stefanie Waidek – January 22,2020 : https://www.google.com/amp/s/www.architecturaldigest.com/story/look-inside-sweden-spectacular-new-floating-hotel/amp
  3. Watch the Northern Lights From Sauna at This New Floating Hotel by Dustin Nelson – September 26,2019 : https://www.google.com/amp/s/www.thrillist.com/amphtml/news/nation/swedens-floating-arctic-bath-hotel-showcases-northern-lights
  4. Sweden’s floating,circular , ‘arctic bath’ hotel opens on the lule river by Peter – January 25,2020 : https://www.designboom.com/architecture/sweden-floating-circular-arctic-bath-hotel-opens-lule-river-01-23-2020/
  5. You can now stay in a floating ‘Arctic bath’ hotel with stunning views of the Northern Lights by Sophie Finnegan – January 24,2020 : https://www.thesun.co.uk/travel/10811355/arctic-bath-hotel-sweden/?utm_medium=Social&utm_campaign=sunmaintwitter&utm_source=Twitter#Echobox=1579868148

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penulis, pembaca, pelajar Sijil Teknologi Senibina. Selain itu, meminati sejarah Alam Bina terutama seni bina tradisional dan moden kerana mempunyai kesenian serta falsafah yang tersendiri.

Comments are closed.