Honey Badger: Haiwan Paling Berani Di Dunia

2,236

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Untuk artikel ini, saya kongsikan tentang haiwan pemberani ini. Mesti kita merujuk haiwan bertubuh besar dan pemangsa sebagai haiwan berani. Haiwan yang mempunyai sifat sebegini juga biasanya akan berada carta teratas dalam rantaian makanan di ekosistem tertentu. Macam di kawasan savanna, singa adalah pemangsa teratas. Di perairan, jerung adalah pemangsa teratas. Namun adakah haiwan-haiwan ini adalah haiwan paling berani berdasarkan status pemangsa mereka?

Sebenarnya haiwan yang mempunyai gelaran ini adalah Honey Badger. Apakah haiwan ini? Adakah haiwan ini terdapat di Malaysia? Mari kita berkenalan dengan Honey Badger ini.

Honey Badger (nama saintifik: Mellivora capensis), dikenali sebagai ratel, adalah haiwan mamalia yang bertaburan di Afrika, Asia Barat, dan India. Status konservasi haiwan ini adalah ‘Least Concern’ atau Tiada Pertimbangan kerana haiwan ini mempunyai kepelbagaian habitat dan populasinya yang ramai, mustahil berlaku kepupusan.

Haiwan ini adalah satu-satunya spesis dari kumpulan genus Mellivora dalam keluarga Mellivorinae. Honey Badger pertama kali wujud pada pertengahan fasa Pliocene (5.3 juta tahun dulu) di Asia. Haiwan ini berkemungkinan berasal dari moyangnya iaitu haiwan genus Eomellivora yang kemudian berevolusi kepada beberapa buah spesis yang bertebaran di Dunia Lama (Eurasia, India, Afrika) dan Dunia Baru (benua Amerika). Sekarang, pada tahun 2015, Honey Badger mempunyai 12 subspesis iaitu 12 jenis spesis kecil di dalam kumpulan spesis Honey Badger sendiri.

Tubuh Honey Badger adalah panjang dan bahagian belakangnya mempunyai lapisan kulit yang panjang. Kulitnya itu tidak berapa tegang dan kerana keadaan kulit itulah Honey Badger mampu bergerak fleksibel dengtan mudah. Ketebalan lapisan kulit itu adalah 6 milimeter. Panjang tubuh Honey Badger dewasa (termasuki ekor) adalah 67 – 107 cm manakala ketinggiannya (kaki ke bahu) adalah 23 – 28 cm. Purata beratnya adalah 5 – 16 kg.

Kepala dan matanya kecil, telinganya pula menajam dan hampir tidak kelihatan. Telinganya yang hampir tidak kelihatan adalah kelebihan Honey Badger untuk tidak risaukan telinganya akan luka apabila melawan. Kakinya pendek namun kukuh, mempunyai 5 jari setiap kaki. Kakinya juga mempunyai cakar yang begitu kuat: cakar kaki hadapannya panjang dan cakar kaki belakangnya pendek. Ekor Honey Badger adalah pendek dan dipenuhi dengan bulu yang panjang. Bulunya pula agak unik. Warna asas bulunya adalah hitam namun bahagian atas kepala hingga ke bahagian ekor dilitupi oleh bulu putih salji.

Haiwan ini biasanya hidup sendirian namun pada bulan Mei iaitu musim mengawan mereka memburu secara berpasangan. Honey Badger adalah penggali handal, mampu menggali lubang sehingga 3 meter selama 10 minit. Kadang-kala haiwan ini menggunakan lubang milik haiwan lain yang terbiar sebagai rumah.

Diet Honey Badger adalah omnivor tapi makanan kegemarannya adalah madu yang dikorek dari sarang lebah. Ia juga makan serangga, katak, penyu, kura-kuda, cicak, roden (arnab dan tikus), ular, burung, dan telur. Honey Badger apabila bertembung dengan penempatan manusia, ia adalah perosak kepada ternakan ayam.

Apa yang menjadikan Honey Badger ini unik adalah sifat keberaniannya yang tidak mengenal erti kematian. Bukan kaleng-kaleng beliau ni. Setiap hari ada saja Honey Badger ini mencari pasal dan bertindak ‘savage’ terhadap pemangsa, terutamanya ketika haiwan ini mahu melarikan diri walaupun dia tahu kekuatannya tidak seperti pemangsa yang bertubuh besar.

Ada sesetengah kes Honey Badger pernah mencakar muka singa dan dubuk. Keberanian haiwan ini juga terserlah kerana kulitnya begitu tebal yang mustahil untuk peroleh sebarang luka. Katakan apa saja serangan: sengatan lebah, gigitan ular, dan serangan duri landak, kulit Honey Badger tetap kalis serangan tersebut. Haiwan ini juga bersifat menjaga kawasan habitatnya. Jadi jangan hairanlah kalau tiba-tiba dia serang kita kalau melintasi habitatnya.

Kerana keberanian yang terdorong oleh kekebalan kulit dan semangat berapinya, Honey Badger memperoleh gelaran ‘Haiwan Paling Berani di Dunia’ dan direkodkan dalam Guinness Book of World Records sejak 2002.

Singa vs Honey Badger

Berikut video-video tentang keberanian Honey Badger:

1. https://nypost.com/…/three-way-animal-fight-shows-whos-kin…/

2. https://youtu.be/Onjj2V1yJEA

RUJUKAN:

Heptner, V. G.; Sludskii, A. A. (2002). Mammals of the Soviet Union. Vol. II, part 1b, Carnivores (Mustelidae). Washington, D.C.: Smithsonian Institution Libraries and National Science Foundation.

Kingdon, Jonathan (1989). East African mammals, Volume 3 : an atlas of evolution in Africa. University of Chicago Press.

Pocock, R. I. (1941). Fauna of British India: Mammals Volume 2. London: Taylor and Francis.

Rosevear, Donovan Reginald (1974). The Carnivores of West Africa. London: British Museum (Natural History).

Vanderhaar, J. M. & Yeen Ten Hwang (2003). “Mellivora capensis” (PDF). Mammalian Species (721): 1–8.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.