Pada tahun 1950-an dan 1960-an, beberapa ahli terapi menggunakan terapi behavioristik untuk merawat homoseksual lelaki. (Wikipedia, Aversion Therapy, 2019) Ia dilakukan dengan menunjukkan kepada pesakit gambar seorang lelaki dalam keadaan telanjang sambil memberi mereka kejutan elektrik atau ubat-ubatan untuk membuat mereka muntah, dan, apabila mereka tidak lagi dapat menanggungnya, mereka ditunjukkan gambar-gambar wanita telanjang atau mengaturkan pertemuan baginya dengan seorang jururawat muda . Tidak perlu dijelaskan lagi, kaedah kejam ini terbukti tidak berkesan sepenuhnya. (Burton, 2015)

Alat yang digunakan bagi mengenakan r3njatan elektrik pada kemaluan pesakit (Scot, 2013)

Dalam sesi terapi yang lebih k3jam, kejutan itu disampaikan terus ke alat kelamin pesakit lelaki setiap kali pesakit mengalami apa-apa bentuk tindak balas positif terhadap gambar yang ditunjukkan kepadanya.

Pada tahun 1940-an, pesakit homoseksual juga secara sukarela dihantar oleh keluarga mereka bagi mendapatkan rawatan di pusat psikiatri yang menjanjikan bahawa pesakit akhirnya akan meninggalkan tempat tersebut dengan sembuh dari “penyakit seksual” mereka.

Bukan sahaja mereka tidak dibenarkan meninggalkan rawatan, tetapi mereka sering dikenakan rawatan yang k3jam dan tidak berperikemanusiaan, termasuk paksaan pengambilan d4dah, terapi kejutan, dan l0botomi (pembedahan otak). (Wikipedia, Lobotomy, 2019)

Sejarah kaitan homoseksual dengan kecelaruan mental

Persatuan Psikiatri Amerika menyenaraikan homoseksual dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-I) pada tahun 1952, tetapi klasifikasi itu diselidik semula dalam penyelidikan yang dibiayai oleh Institut Kesihatan Mental Nasional. Penyelidikan dan kajian seterusnya secara konsisten menyatakan bahawa “mereka  gagal menghasilkan apa-apa asas empirikal atau saintifik mengenai homoseksual sebagai perkara lain selain orientasi seksual semula jadi dan biasa yang merupakan ekspresi seksualiti manusia yang sihat dan positif ”.

Hasil dari penyelidikan saintifik ini, Persatuan Pakar Psikiatri Amerika mengeluarkan homoseksual dari DSM-III pada tahun 1973. Setelah mengkaji secara teliti data saintifik, Persatuan Psikologi Amerika mengikuti langkah tersebut pada tahun 1975 dan juga meminta semua profesional kesihatan mental untuk memimpin usaha bagi “menghilangkan stigma penyakit mental yang telah lama dikaitkan” dengan homoseksual. Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang menyenaraikan homoseksual dalam Pengkelasan Penyakit Antarabangsa ( ICD-9) pada tahun 1977, mengeluarkan homoseksual dari ICD-10 yang disahkan oleh Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-43 pada 17 Mei 1990. (Wikipedia, 2019)

Namun demikian istilah ego-distonik iaitu orang yang celaru tentang orientasi seks mereka diperkenalkan di bawah penyakit “gangguan psikologi dan tingkah laku yang berkaitan dengan perkembangan seksual dan orientasi”.ICD 10 WHO mengesahkan bahawa : Identiti jantina atau keutamaan seksual (heteroseksual, homoseksual, biseksual, atau prapubertal) tidak menjadi masalah, tetapi keadaan seseorang individu itu ingin menjadi berbeza dari asal kerana gangguan psikologi dan tingkah laku yang berkaitan, dan boleh mendapatkan rawatan untuk mengubahnya. (Wikipedia, Ego-dystonic sexual orientation, 2019)

Walaupun begitu, kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa orang yang homoseksual memang sangat berkait dengan masalah mental. Sebuah  kajian  yang  diterbitkan  dalam American  Journal  of  Public Health  menyatakan  bahwa  39% lelaki  yang tertarik  dengan sesama jenis pernah mengalami kekerasan/penganiayaan oleh lelaki homoseksual yang lain. (Brinkman, 2004)

Sebuah  penelitian  di  UK,  menemukan bahwa  orang-orang  homoseksual  50%  lebih  mudah mengalami  kemurungan  dan menggunakan  d4dah  jika  dibandingkan  dengan  populasi  normal  lainnya . (Gilbert, 2008). Dalam  sumber  yang  sama  menyatakan,  setelah  menganalisis  sekitar  25 kajian  terdahulu  mengenai  orientasi  seksual  dan  kesihatan  mental,  para  peneliti mengatakan dalam sebuah jurnal perubatan BMC Psychiatry bahawa risiko bvnuh diri dapat melambung hingga 200% jika seseorang terlibat dalam gaya hidup homoseksual.

The British Journal of Psychiatry tahun 2004, mengeluarkan  sebuah hasil  penelitian mengenai penyakit mental yang tinggi pada orang yang gay, lesbian atau lelaki dan wanita biseksual. (Khairani & Saifudin, 2018)

Kesimpulan

Kesimpulannya, homoseksual pernah diklasifikasikan sebagai masalah mental pada zaman 1950-an dahulu. Namun, ia telah dikeluarkan kerana telah menjadi suatu norma masyarakat Barat terutamanya. Oleh itu, sebagai ahli masyarakat yang prihatin , masyarakat kita seharusnya mengajak dan menasihati mereka untuk menjalani rawatan dengan pakar psikiatri bukannya dengan mencemuh mereka sebagai pesakit tersebut. Cara masyarakat melayani pesakit mental yang telah didiagnos oleh pakar terutamanya seharusnya serupa dengan cara kita melayan pesakit fizikal kerana mereka juga sakit dari segi mental.

Setelah mendapat rawatan dari pakar, orang sekeliling juga memainkan peranan penting bagi menyesuaikan diri mereka dengan jantina sebenar supaya mereka tidak terjebak dengan perbuatan homoseksual lagi.Homoseksual sewajarnya dikategorikan dalam DSM sebagai kecelaruan mental dan pakar psikiatri harus menemukan terapi yang berkesan dalam merawat kecelaruan ini.

Artikel dikirimkan oleh Muhammad Syaqiq Al-Azdi bin Abd Razak untuk the Patriots. 

Rujukan

Brinkman, S. (2004). Health Risks of The Homosexual Lifestyle. United States of America: Catholic Standard & Times.

Burton, N. (2015, September 18). When Homosexuality Stopped Being a Mental Disorder. Retrieved from Psychology Today: https://www.psychologytoday.com/us/blog/hide-and-seek/201509/when-homosexuality-stopped-being-mental-disorder

Gilbert, K. (2008). Study: Homosexual Lifestyle Strongly Linked to Depression. USA: Life Site News.

Khairani, A., & Saifudin, D. (2018, October). Homoseksual Berdasarkan Pandangan Psikologi Islam. Retrieved from Research Gate: https://www.researchgate.net/publication/328657013_Homoseksual_Berdasarkan_Pandangan_Psikologi_Islam

Scot, J. (2013, June 28). Shock the Gay Away: Secrets of Early Gay Aversion Therapy Revealed . Retrieved from Huffpost: https://www.huffpost.com/entry/shock-the-gay-away-secrets-of-early-gay-aversion-therapy-revealed_b_3497435

Services, U. D. (2019, May 4). What is Mental Health? Retrieved from Mental Health: https://www.mentalhealth.gov/basics/what-is-mental-health

Wikipedia. (2019, November 17). Aversion Therapy. Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Aversion_therapy

Wikipedia. (2019, November 16). Ego-dystonic sexual orientation. Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Ego-dystonic_sexual_orientation

Wikipedia. (2019, November 23). Homosexuality and Psychology. Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Homosexuality_and_psychology

Wikipedia. (2019, December 2). Lobotomy. Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Lobotomy


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadith) dari Universiti Sultan Azlan Shah. Sangat berminat dalam penulisan isu-isu semasa.

Comments are closed.