HIV Dan Aids: Bagaimana Ia Bermula?

0
738
views

Masyarakat sering dimomokkan bahawa HIV dan AIDS adalah satu penyakit jijik dan masyarakat perlu menjauhkan diri dari golongan ini. Adalah lebih baik sebelum kita bercerita dengan lebih terperinci akan apakah itu HIV dan AIDS adalah lebih baik jika kita kembali ke masa bilamana penyakit ini bermula.

Pada peringkat awal, penyakit ini adalah penyakit bawaan haiwan dari keluarga primat yang secara saintifiknya mempunyai persamaan yang sangat delat dengan kita yang berketurunan homo sapien.

Kes jangkitan pertama dilaporkan pada tahun 1959 di wilayah Kongo dan dikesan menjangkiti seorang lelaki di sana. Dengan kekangan teknologi perubatan yang terhad pada masa itu bagaimana virus secara ekslusif membiak di dalam tubuh haiwan boleh menjangkiti manusia dan persoalan itu masih belum terjawab hingga ke hari ini.

Penyakit ini masih dikenali sebagai penyakit misteri dan apabila berlaku kematian seorang pengamal cara hidup LGBT di Amerika Syarikat pada tahun 1981 semua pihak mula membuka mata telah berlaku satu sebaran penyakit yang perlu difahami lebih dalam.

Hanya pada bulan September 1982 pihak CDC barulah memberikan nama kepada penyakit tersebut sebagai Accute Immuno Deficiency Syndrom (AIDS).

Kemudian pada tahun 1984, Dr Robert Gallo dan rakan penyelidik  di Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat telah berjaya mengenalpasti nama virus yang membawa kepada AIDS. Inilah perbezaan pertama antara HIV dan AIDS yang tidak diketahui oleh masyarakat umum.

Secara ringkas HIV adalah virus yang membiak dalam tubuh manusia yang menyerang sistem pertahan tubuh manusia manakala AIDS pula adalah kesan jangka panjang apabila virus itu menyerang sistem pertahanan manusia.

Tahun 1985 bermula era baru dalam proses pengesanan jangkitan HIV dengan pengenalan ujian darah komersil yang dipanggil ELISA yang diperkenalkan oleh USFDA. Ini adalah proses ujian darah pengesahan jangkitan HIV dengan lebih cepat dan tepat.

Di Malaysia kes pertama jangkitan HIV dan AIDS pertama di kesan pada tahun 1986 dengan 4 kes yang dilaporkan. Hingga ke hari ini jumlah kes yang dilaporkan sejak 22 tahun lepas adalah menghampiri 113,00 penghidap (berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada tahun 2016).

Pada peringkat permulaan jangkitan penyakit ini tersebar di Malaysia peratusan jangkitan adalah berpunca dari aktiviti perkongsian jarum suntikan oleh pengguna dadah. Selepas 22 tahun kadar jangkitan yang berpunca dari pengguna dadah telah turun dengan banyak kesan dari pengenalan program penukaran jarum suntikan oleh kerajaan. Dan bilangan kes-kes yang dilaporkan yang berpunca dari pelbagai aktiviti seksual seperti hubungan seks bebas, hubungan seks luar tabii, hubungan seks dengan pasangan lelaki dan perempuan meningkat hingga mencapai 80% dari laporan kes baru (data tahun 2016) dan kes yang dilaporkan yang berpunca dari pertukaran darah, perpindahan dari bu kepada anak dan lain-lain insiden Cuma mewakil kurang 5% dari jumlah kes yang dilaporkan.