Untuk minggu ni, dunia bertumpu pada India. Sementara Trump membuat lawatan sulungnya ke India, rusuhan tercetus di Delhi Timur Laut dan telah meng0rbankan 42 nyawa setakat ini.

(Delhi Timur Laut adalah sebahagian daripada wilayah Delhi di mana terletaknya ibu negara India iaitu New Delhi. Kiranya Delhi ni macam KL, New Delhi tu pusat bandar KL, Delhi Timur Laut tu macam Chow Kit)

Rusuhan berpunca daripada pertembungan antara petunjuk perasaan yang berdemo membantah Akta Pindaan Kewarganegaraan (Citizenship Amendment Act / CAA) yang diluluskan pada Disember tahun lepas di mana kerajaan India memberi kewarganegaraan pintas kepada pelarian asal Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh merangkumi kaum Hindu, Sikh, Buddhis, Jain, Parsi dan Kristian, kecuali Muslim.

Ramai Muslim di India marah dengan CAA sebab ia nampak mendiskriminasi Muslim dan cuba menjayakan cita-cita kerajaan Bharatiya Janata Party (BJP) untuk menjadikan India sebagai sebuah negara Hindu (Hindu rashtra). Maka demonstrasi tercetus di seluruh India. Bukan saja Muslim bantah, golongan anti-BJP pun bantah percubaan tersebut untuk meng-Hindu-kan India.

Habis selama ni India bukan negara Hindu ke? Jawapannya bukan. Perlembagaan India menakrifkan India sebagai sebuah negara sekular di mana tiada mana-mana agama mempunyai keistimewaan.

Sekularisme ni didukung oleh Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi sendiri dan juga parti Indian National Congress (INC) yang mendominasi politik India dari 1947 hingga 1977.

Bagi golongan sekular ni, walaupun majoriti orang India ialah penganut Hindu (dalam 80%), tapi ada juga Muslim (14%), Sikh (di wilayah Punjab), Kristian, Buddhis, Jain dan macam-macam lagi, jadi Hindu tak sesuai dijadikan identiti negara.

Malah Gandhi juga membantah penubuhan negara Pakistan sebab dia anggap Hindu dan Muslim sepatutnya hidup bersama-sama selepas kemerdekaan British India, bukannya memisahkan diri berdasarkan identiti agama (boleh baca di sini untuk sejarah yang lebih lanjut: https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10210586982510394)

Tapi pegangan Gandhi ni ditentang oleh pendukung Hindutva atau “nasionalisme Hindu”. Nasionalisme Hindu tak sama dengan agama Hindu. Tak semua Hindu tu pendukung Hindutva. Macam Jawaharlal Nehru, PM India pertama (1947-1964) dari INC ialah seorang Brahmin Hindu, tapi dia anti Hindutva dan mendukung sekularisme.

Hindu dalam ideologi Hindutva ni lebih kepada “nasionalisme romantik”. Romantik ni bukan romantik bunga ros candlelight dinner live band tapi merujuk kepada “romantisisme” iaitu nostalgia tentang zaman silam yang tak menepati realiti dan terlebih-lebih mengagungkan “kesempurnaan” sesuatu bangsa/kaum.

Hindutva imagine orang Hindu dah ada identiti kukuh sebelum kedatangan Muslim yang menawan utara India dan mendirikan Kesultanan Delhi (1206-1526) dan Empayar Mughal (1526-1857). Jadi diorang anggap unsur-unsur Islam dalam sejarah India sebagai unsur asing. Muslim bagi diorang ialah penindas dan penjajah. Sebab tu ada pelampau Hindutva yang mahu robohkan Taj Mahal pun ada.

Tapi bagi orang macam Gandhi pula, dua-dua Hindu dan Muslim adalah sebahagian daripada sejarah India. Dan itu menyebabkan Gandhi dit3mbak oleh pelampau Hindutva bernama Nathuram Godse.

Selepas Gandhi men!nggal, sekularisme menjadi arus utama India sehingga kebangkitan BJP yang menjadi lubuk pelampau Hindutva. Kali pertama BJP berkuasa adalah dari tahun 1998-2004, dan pada zaman ini juga berlaku rvsuhan Gujarat (tahun 2002) yang menyebabkan hampir 800 Muslim terk0rban.

Dan Ketua Menteri Gujarat pada waktu itu ialah Narendra Modi yang membimbing BJP kembali ke tampuk kuasa pada tahun 2014.

Sejak dari itu, makin terjadi-jadi keganasan terhadap Muslim sebab pelampau Hindutva ni anggap diorang sudah berkuasa. Dan selepas BJP melanjutkan mandat kuasanya dalam PRU 2019.

Modi pun makin berani untuk membuat dasar yang dilihat menyumbang ke arah Hinduisasi India, antaranya pembatalan status autonomi Jammu dan Kashmir yang majoritinya Muslim, dan CAA yang dilihat akan dapat mengurangkan peratusan Muslim dalam negara.

Dan apabila kaum Muslim dan golongan anti-Hindutva mengadakan demonstrasi di Delhi Timur Laut sejak Ahad (23 Februari) yang lepas, politikus BJP bernama Kapil Mishra telah menghasut pengikutnya (geng BJP/Hindutva) untuk serang petunjuk perasaan.

Walaupun media India menyifatkan peristiwa ni sebagai “rusuhan”, tapi melihat kepada reaksi polis dan penguatkuasa yang slow, ramai syak ni lebih kepada serangan terancang (pogrom) ke atas Muslim untuk tunjuk power Hindutva.

Dan walaupun terang-terang pelampau Hindutva men!ndas Muslim di India, media Barat tak banyak yang berbunyi pun, tak macam kes Uyghur di China (at least China sorok-sorok dan buat macam-macam alasan untuk justify).

Kenapa? Sebab India ialah “demokrasi terbesar” di dunia dan rakan strategik kepada Barat (terutamanya US) untuk menentang Rusia, China dan Iran.

Walaupun OIC kecam, India pun buat dek je, Modi just suruh jangan menyibuk. India ni bukan calang-calang, zaman Perang Dingin pun tak bagi muka kat US (India pro-Soviet pada zaman Perang Dingin), apatah lagi nak bagi muka kat negara-negara Arab/Islam ni.

Jadi isu di India sekarang ialah kebangkitan ekstremis politik yang menggugat asas negara India sebagai negara sekular. Tak semua penganut Hindu sokong Hindutva.

Jadi tak perlu menangguk di air keruh dengan mengapi-apikan sentimen anti-Hindu, atau mengambil kesempatan nak tembak so-called “right-wing nationalist” dekat Malaysia.

Fahami isu berdasarkan konteksnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.