Bertahun dahulu sewaktu dalam kuliah sastera Bahasa Inggeris pensyarah aku memberikan aku dan rakan-rakan sekuliah satu cerpen pendek untuk di baca. Cerpen itu ialah Hills Like White Elephants yang ditulis oleh Ernest Hemingway.

Cerpen itu pendek sahaja. Boleh dihabiskan baca dalam masa tak sampai 5-6 minit. Plotnya mudah. Seorang lelaki dan wanita berada di sebuah stesen kereta api. Lelaki tersebut berbincang dengan wanita tersebut sama ada wanita perlu atau tidak menjalani suatu pembedahan. Tamat.

Tidak diketahui pembedahan itu untuk apa. Siapakah nama lelaki dan wanita tersebut. Tidak juga diketahui adakah wanita tersebut bersetuju untuk menjalani pembedahan tersebut.

Pelbagai tafsiran diberi oleh rakan-rakan sekuliah saya. Simbolik apakah yang sebenarnya Hemingway ingin cerita melalui cerpen tersebut. Namun akhirnya pendapat rakan sekuliah terbahagi kepada dua. Satu pendapat ialah dari mereka yang berfikiran positif yang wanita itu sebenarnya sakit tenat dan perlukan pembedahan. Manakala satu pendapat lagi dari sebahagian yang berfikiran negatif yang berpendapat wanita itu mengandung dan lelaki itu sedang memujuk wanita tersebut untuk menggugurkan kandungan tersebut.

Cerpen pendek yang tidak sampai 5-6 minit bacaan tersebut akhirnya membentuk mazhab tafsiran sastera kami hingga ke hari ini.

Mazhab yang pertama terdiri dari kumpulan mereka yang meletakkan posisi diri mereka sendiri dalam sesuatu cerita. Mereka ini kumpulan idealis sastera. Mereka membuat tafsiran berdasarkan pengalaman peribadi dan cuba mengaitkan nilai-nilai dalam sesuatu bahan sastera dengan diri mereka sendiri. Tafsiran mereka kerap bersifat peribadi. Kebanyakkan novel-novel “young adult” ataupun untuk bacaan remaja seperti Harry Potter sesuai ditafsir dengan tafsiran sebegini. Kerana ini peluang untuk remaja mencari erti diri mereka sendiri.

Mazhab kedua lebih terdiri dari mereka yang realis. Mereka mengangap sesuatu cerita itu tidak semestinya berkisar tentang diri pembaca sendiri. Mereka kurang simpati pada watak utama dalam sebuah cerita. Apa nak jadi pada watak itu biarkan saja. Penilaian mereka objektif. Mereka jarang memberi pendapat peribadi tentang maksud sesuatu perkara dalam cerita. Mereka cari juga segala simbolik yang ada dalam sebuah cerita yang boleh dijadikan petunjuk. Kadang-kadang sehingga warna langsir pun jika ianya disebut dalam sebuah cerita mereka akan cuba tafsirkan dan kaitkan dengan hala tuju dan maksud sebuah cerita. Novel-novel untuk orang dewasa seperti Game of Throne sesuai dengan tafsiran begini. Orang dewasa yang berfikiran objektif dan menerima baik buruk dunia seadanya.

Namun akhirnya tidak ada mazhab yang salah dalam sastera menurut pensyarah saya setelah hampir sejam rakan-rakan sekuliah saya bertegang urat tekak berdebat apakah makna cerpen itu. Tujuan Hemingway menulis cerpen itu jelas. Tafsirlah sebagaimana yang kamu mahu. Cerpen itu bersifat pengakhiran terbuka. Baik atau buruk pengakhirannya terletak pada tafsiran sendiri.

Ibarat artikel ini. Entah apa hala tuju dan niat aku tulis.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku tak kenal diri sindiri untuk tulis deskripsi diri sendiri. Sama ada ini tanda gejala kebencian pada diri sendiri, tak tahu tujuan hidup, atau tanda manusia yang masih belajar dan mencari makna hidup, Tuhan saja yang tahu. Kalau kamu boleh terangkan siapa aku pada diri aku sendiri sekurangnya maka kamu mungkin lebih cerdik dari aku

Comments are closed.