Badak Sumbu Sumatra (nama saintifik: Dicerorhinus sumatrensis) dikenali sebagai badak sumbu berbulu atau badak sumbu Asia bertanduk dua. Badak ini dari keluarga Rhinocerotidae dan antara 5 spesis badak sumbu terancam di dunia.

Badak sumbu ini adalah badak bertanduk dua di hadapan kepala dan terkecil antara spesis badak lain. Tingginya hanya sekitar 112-145 cm, dan panjang dari kepala dan ekor adalah sekitar 2.71 – 3.88 m). Berat badak ini hanyalah 500-1000 kg. Untuk mengenali badak sumbu ini, kehadiran buku perang-kemerahan pada tubuh badak menjadi petunjuk penting.

Badak sumbu Sumatra tinggal di kawasan habitat tanah rendah, tanah tinggi hutan hujan, dan paya. Biasanya habitat mereka mesti berdekatan dengan kawasan berair seperti sungai. Taburan badak sumbu terdapat di India, Bhutan, Bangladesh, Myanmar, Laos, Thailand, Malaysia, Indonesia, dan China.

Dikatakan dahulu populasi badak sumbu merebak di selatan China terutamanya Sichuan. Populasi badak sumbu ini tidak dapat ditentukan dengan kelas kerana badak sumbu adalah haiwan bersendirian (solitary) dan sentiasa merebak melebihi kawasan habitat mereka. Namun para ekologis menganggarkan populasi badak hanya kurang dari 100 ekor.

Badak sumbu Sumatra mempunyai sifat memiliki kawasan habitat yang besar. Badak sumbu jantan memerlukan kawasan seluas 19 batu persegi manakala badak sumbu betina memerlukan kawasan seluas 5.8 batu persegi. Tidak pasti adakah badak sumbu pertahankan kawasan dengan menanduk sesama sendiri namun mereka ada cara untuk menandakan kawasan habitat mereka.

Meninggalkan najis, membengkokkan pucuk tumbuhan, dan meinggalkan tapak kaki adalah cara biasa badak sumbu ini menandakan kawasannya. Pada musim panas, badak sumbu Sumatra berkubang di lumpur dan kawasan air berlumpur untuk menyejukan tubuh mereka.

Waktu badak sumbu menjamu Selena hanya waktu pagi dan senja sebelum matahari terbenam. Badak sumbu Sumatra adalah pemakan folivore, hanya memakan pucuk dan daun tumbuh-tumbuhan. Setiap hari badak sumbu memerlukan 50 kilogram makanan dan lebih 100 buah spesis tumbuhan menjadi makanan badak ini.

Berkenaan komunikasi haiwan, badak sumbu Sumatra adalah satu-satunya spesis badak sumbu yang mampu mengeluarkan suara seiras suara gajah. Tidak pasti apakah tujuan suara badak sumbu keluarkan namun apa yang saintis dapat kesan badak sumbu ini berkomunikasi menggunakan pucuk tumbuhan yang dibengkokkan. Tujuan komunikasi pucuk tumbuhan ini adalah menandakan jalan untuk badak sumbu lain mengenali jalan tersebut.

Terdapat 3 subspesis badak sumbu Sumatra ini:

Subspesis sumatrensis, dikenali sebagai badak sumbu Sumatra Barat. Biasanya badak sumbu ini mempunyai habitat di Sumatra dan Semenanjung Malaysia seperti Gunung Leuser, taman negara Bukit Barisan Selatan dan Kerinci Seblat. Bilangan subspesis badak ini cuma 75-85 ekor saja. Kini, 3 ekor badak jantan dan 4 ekor badak betina dipulihara di Sumatran Rhino Sanctuary, Way Kambas.

Subspesis harrissoni, dikenali sebagai badak sumbu Borneo atau Sumatra Timur, badak sumbu yang menetap di Pulau Borneo. Populasi badak ini hanya seramai 15 ekor individu. Uniknya subspesis badak ini adalah saiz mereka lebih kecil dari saiz tubuh subspesis badak sumbu lain. Badak ini hanya tinggal di Kalimantan Timur manakala di Sabah hanya 3 ekor badak sumbu saja yang tinggal. Populasi badak sumbu di Sarawak pula masih tidak diketahui jumlahnya.

Subspesis lasiotis, dikenali sebagai badak sumbu Sumatra Utara atau badak sumbu Chittagong. Subspesis ini menetap di kawasan India dan Bangladesh namun kini subspesis ini telah pupus sepenuhnya.

Terdapat laporan bahawa subspesis ini masih wujud di Myanmar dengan populasi kecil tapi tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana konflik politik Myanmar menyebabkan badak sumbu di sana tidak dapat dipulihara. Nama lasiotis diambil dari bahasa Greek yang bermaksud telinga yang berbulu dan subspesis badak ini adalah terbesar dari dua subspesis badak sumbu lain.

Dahulu badak sumbu Sumatra merata di seluruh Asia Tenggara. Kini status badak sumbu ini adalah Critically Endangered, spesis hampir pupus akibat dari pemburuan haram. Awal 1990-an, populasi badak sumbu berkurang sebanyak 50 peratus per dekad.

Pemburuan haram menjadi tidak terkawal sepanjang abad kerana jualan gading badak sumbu yang terlalu laku sehingga apabila gading sekian dijual, harga maksimum adalah US$30,000. Pemburu memasang perangkap lubang dan lebing untuk memerangkap badak sumbu. Pada 1970-an, pemburuan haram oleh orang tempatan telah didokumentasikan. Orang tempatan Sumatra menjadikan gading sebagai tangkal dan mengikut kepercayaan mereka gading berhasil melindungi mereka dari mati diracun.

Daging kering badak digunakan sebagai ubat untuk diarrhea dan penyakit tuberculosis. Tambahan lagi, ‘minyak badak’ iaitu minyak kelapa bercampur rendaman tengorak badak sumbu selama beberapa minggu, dihasilkan untuk sembuhan penyakit kulit. Kerana perubatan tradisional berasaskan bahagian tubuh badak sumbu Sumatra, permintaan semakin tinggi sehingga pemburuan haram tidak terkawal.

Selain pemburuan haram, pembalakan haram dan berlesen juga menjadi penyebab besar kepada kepupusan badak sumbu Sumatra terutamanya Malaysia. Kayu balak yang langka seperti Merbau, Meranti, dan Semaram menjadi laku di pasaran kayu antarabangsa maka tidak hairanlah jika Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak terlalu rancak menebang pokok-pokok tropika tanpa lesen.

Badak sumbu Sumatra di Semenanjung Malaysia diisytiharkan pupus pada Ogos 2015. Manakala di Sabah badak sumbu Sumatra diisytiharkan pupus pada April 2015 dan hanya 3 ekor badak sumbu yang tinggal di bawah jagaan Borneo Rhino Sactuary. Pada Jun 2017, badak sumbu betina bernama Puntung telah tiada akibat kanser kulit.

Tam, badak sumbu Borneo jantan terakhir meninggal dunia akibat kanser juga pada 27 Mei 2019. Badak betina terakhir, Iman masih hidup sehinggalah pada 23 November 2019, nafasnya telah berhenti. Maka, tahun ini Malaysia telah kehilangan satu-satunya spesis haiwan unik di Asia Tenggara.

Selamat tinggal, Iman…

RUJUKAN:

Van Strien, N.J., Manullang, B., Sectionov, Isnan, W., Khan, M.K.M, Sumardja, E., Ellis, S., Han, K.H., Boeadi, Payne, J. & Bradley Martin, E. 2008. Dicerorhinus sumatrensis. In: IUCN 2011. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2011.2.

Chapman, Jan (1999) The Art of Rhinoceros Horn Carving in China. Christie’s Books, London. p. 27

Groves, Colin P.; Kurt, Fred (1972). “Dicerorhinus sumatrensis”. Mammalian Species. American Society of Mammalogists (21): 1–6.

“Malaysia’s last known Sumatran rhino dies”. 23 November 2019. Retrieved 24 November 2019.

“Last male Sumatran rhino in Malaysia dies”. Animals. 27 May 2019. Retrieved 24 November 2019.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.