Dunia agak terpinga-pinga apabila Ren Zhiqiang dilaporkan hilang. Zhiqiang merupakan seorang anak jati Shandong, dilahirkan pada tahun 1951. Membesar semasa pemerintahan Mao Zedong bukanlah mudah.

Ibu bapa beliau teruk dikerjakan semasa Zedong melancarkan Revolusi Kebudayaan. Laluan karier Zhiqiang sebenarnya agak baik.

Pernah saja beliau meringkµk dalam pen-ja-ra selama 14 bulan kerana menghina ketua audit kerajaan Xicheng.

Itulah fitrah di China, yang rakyat tidak boleh mengutuk penguasa. Dan pada 12 Mac 2020, Zhiqiang hilang entah ke mana (Hernández, 2020), selepas mengkritik tindakan Xi Jinping dalam menangani COVID-19.

Harta tidak menjaminkan segalanya.

Hampir sebulan kemudian, kerajaan China mengumumkan bahawa Zhiqiang sedang disiasat kerana menc-abµl undang-undang disiplin.

Beliau timbul semula pada bulan September, untuk menghadiri perbicaraan satu hari yang mendapati beliau bersalah mengamal ras-µah (Mitchell, 2020).

Untuk memahami keadaan ini, semua harus bayangkan Donald Trump (yang belum menjadi presiden) dipen-jar-akan selama 18 tahun.

Apabila Zhiqiang dihµkµm 18 tahun.

Beberapa bulan seterusnya, seorang lagi warga China yang popular dilaporkan hilang selepas mengkritik. Kali ini individu tersebut ialah Ma Yun, lebih dikenali sebagai Jack Ma.

Semuanya bermula pada 24 Oktober 2020, apabila Ma mengkritik sistem kewangan China semasa berucap di hadapan pegawai-pegawai tertinggi negara. Ketika itu syarikat Ant Group diasaskan Ma bakal diwartakan dalam bursa saham.

Nilai bakal didagangkan mencecah AS$35 bilion, sampai White House dicadangkan menyenarai hitamkan Ant Group (Pamuk, et al., 2020).

Tetapi bukan Amerika Syarikat yang membuat kacau. Sebaliknya China sendiri menyekat Ant Group 11 hari selepas Ma mengkritik sistem kewangan negara (The Star, 2020).

Ant Group kemudian dipanggil supaya patuh pada rancangan “pembetulan” yang diusulkan China (Liao, 2020).

Beijing pada masa yang sama melancarkan siasatan anti-monopoli pula terhadap Alibaba (Zhang, 2020).

Satu demi satu menimpa Ma, yang sepatutnya menghadiri sebuah rancangan televisyen. Tetapi Ma membatalkan pula atas hujah “ada masalah jadual”. Ini sebenarnya amat membimbangkan.

Jika Zhiqiang ibaratkan Trump pra-presiden, Ma sebenarnya seperti Jeff Bezos atau Mark Zuckerberg yang hilang daripada tatapan umum.

Jadi pihak media di seluruh dunia kecoh. Zhiqiang yang hilang timbul sembilan bulan seterusnya. Mungkin Ma tidak mengkritik Jinping seperti Zhiqiang.

Tetapi sesiapa yang hilang di China memang satu berita yang besar, tambah pula selama dua bulan. Persepsi melahirkan spekulasi, yang sekarang ini menyelubungi Ma.

Apa Yang Jack Ma Cakap Sebenarnya?

Ucapan yang mengkritik sistem China dibuat di Shanghai. Dalam dunia globalisasi yang semakin beralihan ini, Jack Ma melihat bahawa sistem semasa China sedang mengekang inovasi.

Manakala peraturan perbankan China pada dunia pula bagaikan “kelab orang-orang tua”. Ma mengatakan China perlu menubuhkan sebuah sistem kewangan baharu untuk generasi seterusnya yang terdiri dalam kalangan anak muda.

Sememangnya golongan ini tidak boleh menggunakan sistem sedia ada yang merupakan warisan daripada Zaman Perindustrian (Yun, 2021).

Untuk pengetahuan, Zaman Perindustrian merujuk pada tempoh masa antara 1760 hingga 1950-an. Jadi, Ma mengatakan China menggunakan sistem kewangan ketinggalan zaman.

Tindakan China terhadap Ant Group walau bagaimanapun merupakan kebiasaan dalam dunia kapitalisme. Sebuah syarikat tidak boleh menjadi terlalu besar hingga boleh menjejaskan seluruh sektor.

Amerika Syarikat sendiri mempunyai undang-undang anti-monopoli, yang digunakan gergasi minuman keras InBev untuk bergabung dengan gergasi Anheuser-Busch. Kemudian gergasi baru Anheuser-Busch InBev (AB InBev) ini kemudian katanya ingin mengambil alih gergasi minuman keras SABMiller pula.

Tindakan ini menimbulkan isu anti-monopoli di seluruh dunia. Jika AB InBev dan SABMiller bergabung, sebuah adigergasi (supergiant) akan menguasai pasaran minuman keras dengan nilai aset mencecah AS$350.65 bilion, bagaikan sebuah negara pula.

Tetapi perbezaan antara AB InBev/SABMiller dengan AntGroup/Alibaba sebenarnya jelas.

Siasatan terhadap gergasi minuman keras itu tidak bermula selepas pemiliknya mengkritik kerajaan. Sebaliknya tindakan korporat yang mencetuskan kerisauan. Ma pula menegur sistem kewangan, dan tidak muncul di mana-mana media pun.

Persoalannya, apakah Ma akan menerima nasib Zhiqiang? Hanya masa saja akan menentukan. Lebih bermasalah jika Ma berlepas ke Amerika Syarikat untuk memohon suaka politik. Tentu sekali White House takkan bersetuju menghantar balik jika China memohon.

Ini barangkali mengeruhkan lagi masalah diplomasi antara dua negara ini.

RUJUKAN:

Hernández, J.C. (2020, Mac 14). Chinese tycoon who criticized Xi’s response to coronavirus has vanished. The New York Times.

Liao, R. (2020, Disember 28). China lays out ‘rectification’ plan for Jack Ma’s fintech empire Ant. TechCrunch.

Mitchell, T. (2020, September 22). Xi Jinping critic (ditapiskan) to 18 years in (ditapiskan). Financial Times.

Pamuk, H., et al. (2020, Oktober 15). Trump administration to consider adding China’s Ant Group to trade blacklist – sources. The Edge Markets.

The Star. (2020, November 4). China halts Ant Group’s IPO, throwing Ma empire into turmoil.

Yun, J. (2021, Januari 4). Chinese billionaire Jack Ma suspected missing. Yahoo! Finance.

Zhang, J. (2020, Disember 26). Alibaba antitrust probe: CEO affirms commitment to regulated development after on-site investigation. South China Morning Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.