Tanggal 29 Mei 1973 merupakan satu tarikh yang sentiasa terus diingati. Pada waktu subuh yang hening. Seniman agung negara, Tan Sri P.Ramlee telah meninggalkan dunia ini buat selamanya akibat serangan jantung. Sebagai tribut buat beliau, penulis hendak menceritakan serba sedikit perihal beliau selepas berpindah ke Kuala Lumpur.

Umum mengetahui pada 1964, P. Ramlee diarahkan berhijrah ke Studio Merdeka, Kuala Lumpur. Setibanya di sana, beliau mendapati keadaan di Studio Merdeka, Hulu Kelang tidaklah secanggih di Jalan Ampas. Kebanyakan barangannya adalah “secondhand” dan krunya pula kurang terlatih berbanding di Singapura.

Oleh itu, kebanyakan filem beliau di Kuala Lumpur boleh dikatakan tidaklah sehebat di Singapura dan ramai juga yang memperkatakan, di Kuala Lumpur merupakan zaman kejatuhan beliau. Tetapi, pernahkah kita bayangkan, di sebalik kejatuhan itu, terdapat seribu satu kebaikan yang kita tidak terfikir pun.

Pertama, di Kuala Lumpur, P. Ramlee berjaya menggilap ramai seniman dan seniwati. Tanpa P.Ramlee, besar kemungkinan nama-nama  seperti Arman Yadi dan Bab Mustaffa tidak akan wujud di dalam industri perfileman klasik. Selain itu artis veteran yang masih wujud pada hari ini seperti Norlia Ghani dan Ruminah Sidek juga tidak akan wujud jika P. Ramlee tidak berpindah ke Kuala Lumpur. Malah, tanpa P. Ramlee ke Kuala Lumpur, watak Pak Maon yang dilakonkan oleh seniman Mahmud June yang terkenal dengan watak antagonisnya tidak akan wujud dan kugiran Masdo yang “menunggang” watak Pak Maon  juga mungkin tidak akan muncul sama sekali.

Kedua, di Kuala Lumpur, beliau tidak dikelilingi oleh musuh dalam selimut atau penikam belakang. Beliau juga bebas berkarya tanpa dikacau atau dihalang tanpa pihak-pihak yang terbabit. Sewaktu di Singapura, beliau sentiasa dikelilingi oleh mereka yang dikatakan sahabat tetapi ada yang tikam belakang, ada yang lalang.Malah, tidak kurang juga hingga sanggup mengancam nyawa beliau sendiri. Namun,  nama mereka usahlah disebutkan kerana kesemua mereka telah pun pulang ke pangkuan-Nya. Di Kuala Lumpur , beliau sentiasa dikelilingi oleh insan yang bergelar sahabat seperti Datuk Seri Dr Ahmad Nawab dan beberapa orang lagi. Sewaktu di Kuala Lumpur, barulah kita dapat mengetahui siapa sebenarnya sahabat dan musuh beliau.

Dan akhir sekali, jika P. Ramlee tidak berpindah ke Kuala Lumpur, maka kebarangkalian adalah beliau meninggal di Singapura. Jika beliau meninggal di sana, kita akan mengalami kerugian yang besar kerana  kita tidak boleh menziarahi kubur beliau di sana. Sedangkan kubur beliau di Jalan Ampang pada ketika ini pun jarang dilawati orang kecuali mereka yang tahu, apatah lagi di Singapura yang kuburnya itu besarnya 10 kali padang bola sepak. Setidaknya jika kita rindu terhadap beliau, boleh juga menziarahi pusaranya.

Tetapi, apa yang paling penting, jika beliau tidak berpindah ke Kuala Lumpur, kebanyakan kita pasti tidak akan mengenali beliau. Jika beliau berterusan berkarya di Singapura, beliau pastilah dianggap legenda Singapura semata-mata dan bukan legenda seantero Nusantara. Beliau jugalah saya rasa merupakan perintis kepada orang-orang di Malaya ini untuk mengenali legenda-legenda Singapura yang lain seperti Nordin Ahmad, Salleh Kamil dan lain-lain. Bahkan, produser terkenal, Datuk Yusuf Haslam turut memulakan karier beliau sebagai watak tambahan di dalam filem terakhir arahan P. Ramlee, iaitu Laxmana Do Re Mi.  Tanpa P.Ramlee, kita tak boleh bayangkan bagaimana industri filem ini dan tanpa P.Ramlee juga, pasti industri filem di negara kita tidaklah sehebat sebagaimana ketika ini.

Rujukan:

  1. Temubual bersama Datuk Dr Ahmad Nawab
  2. Temubual bersama Dato Ahmad Fauzee
  3. Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik.
  4. Keluarga Artis-Artis Legenda (KAL)
  5. Bukan Anak Legenda  (BAL)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.