Pernah terdengar tentang Hikayat Selendang Delima? Kisah ini sangat mahsyur di Desa Kundur, Kecamatan Kundur Barat, Indonesia hingga pernah difilemkan di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1958 melalui arahan K. M. Basker dengan menampilkan pelakon-pelakon hebat ketika itu seperti Abdullah Chik (Bangsagara), Dato’ Maria Menado (Sri Baniyan), Latifah Omar (Puteri Bongsu) dan M. Amin (Dewa Laksana). Walaupun begitu, naratif versi filem adalah berlainan dengan hikayat bersumberkan Syair Selendang Delima.  

Filem Selendang Delima diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna pada tahun 1958 dan ditayangkan di pawagam seluruh negara ketika itu.

Menurut Syair Selendang Delima, kisah ini bermula di sebuah negeri, Bendan Firus yang diperintah oleh seorang raja bernama Dewa Syah Peri yang memiliki dua orang anak iaitu Bangsagara (anak sulung, lelaki) dan Sri Baniyan (anak kedua, perempuan). Pada suatu hari, Bendan Firus telah diserang dan diporak-perandakan oleh seekor burung Garuda gergasi. Baginda Dewa Syah Peri telah menitahkan benteng pertahanan dibina bagi memperkukuh negeri mereka.

Rakyat dan bala tentera turut bangkit melawan serangan burung itu dan tanpa disangka, Dewa Syah Peri telah dijemput Tuhan dalam tempoh serangan berlaku. Tujuh hari tujuh malam diserang, burung Garuda pun berlalu pergi dan telah menyebabkan keseluruhan penduduk Bendan Firus maut kecuali Bangsagara dan adiknya, Sri Baniyan yang terselamat kerana Dewa Syah Peri telah menyembunyikan mereka ke dalam sebuah peti.

Dipendek kisah, pada suatu hari Sri Baniyan mengajak abangnya, Bangsagara untuk pergi ke luar kota dengan mengendarai perahu dengan membawa seluruh harta yang berbaki. Namun, mereka tidak menyedari bahawa perahu itu telah rosak berlubang. Bangsagara lalu membuat perahu baharu sambil berpesan kepada Sri Baniyan jika dia mahu ke taman, dia perlu berhati-hati supaya tidak memetik dan memakan buah delima di sana kerana dia khuatir buah itu akan menjadi guna-guna oleh bangsa jin untuk memerangkap manusia.

Sambil menunggu perahu selesai dibina, Sri Baniyan telah pergi ke taman Ratna Biduri untuk mandi. Benar bagai diduga, di taman inilah seorang jin bernama Dewa Laksana telah jatuh hati kepada Sri Baniyan dan telah memasukkan dirinya ke dalam buah delima hingga Sri Baniyan ‘tergoda’ memakannya. Dalam tidur Sri Baniyan pada malam itu, dia telah bermimpi melihat bulan dan pada keesokan harinya, dia pun hamil.

Bukit Patong, Desa Kundur:
Bendan Firus yang diceritakan di dalam hikayat dikatakan berlokasi di bukit ini.

Pada suatu hari, setelah tiba masa, Sri Baniyan pun melahirkan anak yang dikandung. Fitrah kasih seorang ibu, Sri Baniyan sangat menyayangi anaknya itu yang dinamakan Selendang Delima. Anak itu diletakkan di dalam sebuah peti dan sempat dipesan kepada Bangsagara agar peti itu nanti akan dijaga dan dibawa ke mana-mana sahaja dia pergi (walhal, Bangsagara sendiri tidak tahu apa isi di dalamnya). Satu ketika, Sri Baniyan sedang mempersiapkan anaknya. Suara kanak-kanak itu kedengaran di telinga Bangsagara dan dia ingin mencari suara itu, tetapi kerana khuatir adiknya tersinggung, dia melupakan hasrat itu.

Sebelum sambung cerita, kami ingin menjemput kalian beli buku KITAB TAMADUN MELAYU. Ini ialah sebuah riwayat yang mensyairkan keagungan yang tidak terganti walaupun seribu zaman. Dari Kedah Tua dan besi-besinya yang menjadi lagu perang, Srivijaya yang menakluk seluruh kepulauan menjadi satu bangsa dan Melaka yang kayanya tidak terbayang dek akal manusia. Hal ini ialah kitab yang merakamkan sebuah keagungan yang menyembah kaki Melayu. Beli di https://bit.ly/3wBaprZ

Hingga satu detik, Bangsagara pergi ke kamar adiknya dan alangkah terkejutnya hati, kerana dilihatnya Sri Baniyan telah meninggal. Sedih bukan kepalang dibalut rasa hiba kerana kini dia telah menjadi yatim piatu. Bangsagara segera memandikan, mengkafankan, menyembahyangi dan menguburkannya. Selama tujuh hari berturut-turut dia membaca Al-Quran untuk arwah adiknya itu.

Setelah kematian adik yang disayangi itu, Bangsagara pergi berlayar keluar dari Bendan Firus hingga tiba ke sebuah negeri bernama Tanjung Pura. Kedatangan Bangsagara ke negeri itu seolah dipermudahkan Tuhan apabila Syahbandar sendiri dengan senang hati menjemput Bangsagara untuk tinggal di situ. Syahbandar menceritakan bahawa Tanjung Pura telah kehilangan pemerintah mereka iaitu Baginda Mahkota. Seluruh rakyat telah berusaha mencarinya, tetapi belum berhasil menemukannya. Ada tujuh waris anak perempuan yang ditinggalkan menyebabkan pemegang kekuasaan kerajaan dalam keadaan vakum.

Dipendek hikayat, seluruh menteri dan hulubalang telah berkumpul dan mereka bersetuju untuk Bangsagara menggantikan Baginda Mahkota menjadi Raja di Tanjung Pura. Bagi mengabsahkan pemahkotaan itu, seekor gajah sakti akan dikeluarkan yang mana jika gajah itu mendekati Bangsagara, itu tandanya dia layak menjadi Raja. Ketika penobatan, gajah sakti itu berjalan perlahan mendekati Bangsagara dan tidak menyerangnya sekaligus mengabsahkan pemahkotaan Bangsagara sebagai raja baharu Tanjung Pura. Baginda Bangsagara turut dikahwinkan dengan Putri Bongsu (waris ke-7 Baginda Mahkota).

Suatu hari, kakak sulung Putri Bongsu datang melawatnya dan melihat di dalam kamar adik bongsunya itu tergantung sebuah peti. Kakaknya meminta agar dibuka peti itu tetapi Putri Bongsu tidak mahu menuruti permintaan itu kerana tidak mendapat izin suaminya. Tiga hari kemudian, keenam-enam kakak Putri Bongsu datang semula ke istana dengan niat yang sama dan Putri Bongsu dengan tegas menolaknya kerana tidak mendapat izin suaminya.

Di jalur cerita lain, para menteri dan hulubalang memaklumkan kepada baginda Bangsagara sekarang masa sesuai untuk berburu kerana banyak binatang buruan berkeliaran di hutan sekarang. Mendengar berita itu, Bangsagara sangat gembira dan menitahkan misi berburu itu dilakukan segera. Pada malam itu, Bangsagara bermimpi bahawa ada sekawan malangsi (sejenis ikan) jatuh menimpa keenam-enam saudara Putri Bongsu. Baginda segera menceritakan hal itu kepada isterinya si Putri Bongsu namun sang isteri yang baik hati itu tidak memberi sebarang tafsiran.

Keesokan hari, seperti yang dirancang, baginda diiringi oleh para menteri berangkat untuk berburu. Tidak lama kemudian, datanglah lagi keenam-enam kakak Putri Bongsu ke istana mendesak perkara sama – apa ada di sebalik peti. Namun, untuk kesekian kalinya juga, Putri Bongsu tetap bertegas tidak mengizinkannya. Keenam-enam kakak Putri Bongsu enggan mengalah lalu mereka berjanji jika di dalam peti itu terdapat seorang gadis atau puteri, mereka tidak akan memukul dan menyeksanya. Dengan berat hati, janji itu dipegang oleh Putri Bongsu dan dia mengizinkan mereka membuka peti tersebut. Setelah peti dibuka, keluarlah cahaya dari batang tubuh Selendang Delima yang berada di dalamnya. Sungguh terkejut bukan kepalang hingga termungkir janji yang diucap sehingga dipaksa adik mereka Putri Bongsu untuk membuang dan membunuh gadis kecil itu, tetapi Putri Bongsu enggan malah menegah mereka melakukan perbuatan itu.

Keenam-enam kakak Putri Bongsu secara berhelah ‘mengalah dan menuruti’ perintah adik bongsu mereka itu. Mereka berjanji akan memelihara Selendang Delima dan memperlakukannya secara baik. Mendengar kata-kata itu, Putri Bongsu berasa amat senang hati lantas diizinkan Selendang Delima untuk mengikuti mereka pulang. Selendang Delima juga tanpa ragu berasa gembira dengan tawaran mereka.

Setibanya mereka di rumah, Selendang Delima diperlaku secara kasar, dibuli dan dikerah membuat kerja-kerja rumah yang berat. Sedih, marah dan kecewa emosi Selendang Delima karena dilayan kasar begitu; tidak seperti yang dijanji kepada Putri Bongsu. Akibatnya, Selendang Delima sering mengungkapkan kemarahan dan kesedihannya melalui pantun.

Ketika mendengar pantun yang ditutur, bertambah marahlah keenam-enam kakak Putri Bongsu hingga mereka mengikat Selendang Delima di batang istana. Gadis itu menangis kesedihan tetapi langsung tidak dipeduli bahkan mereka membuangnya ke Gunung Angkasa.

Berselang masa, baginda Bangsagara pun pulang dari berburu. Setibanya baginda Bangsagara ke kamar, dia melihat petinya telah tiada. Putri Bongsu dengan serba salah sambil memohon maaf memberi tahu bahwa peti itu telah dibuka dan di dalamnya berisi seorang gadis bernama Selendang Delima dan telah dibawa oleh keenam-enam kakaknya. Terkejut bukan kepalang baginda Bangsagara mendengar hal itu.

Baginda Bangsagara mengajak Putri Bongsu menemui Selendang Delima. Apabila tiba di tempat keenam-enam kakak Putri Bongsu itu, alangkah terkejutnya mereka apabila diberitahu bahawa Selendang Delima telah hilang.

Pada keesokan harinya, baginda Bangsagara mengajak Putri Bongsu pergi ke tempat saudara baginda di Tanjung Pura; tidak ditemui Selendang Delima di sana. Mereka turut ke Tanjung Puri, ke Bendan Firus dan beberapa negeri lainnya; tetap usaha itu tetap tidak berhasil.

Dengan iltizam tinggi untuk mencari Selendang Delima, baginda Bangsagara telah mengerahkan seluruh menteri dan hulubalangnya untuk pergi mencari gadis itu. Tidak beberapa lama kemudian, mereka menghadap dan memberitahu bahawa Selendang Delima berada di Gunung Angkasa. Seketika itu juga baginda Bangsagara pergi ke sana untuk menjemput Selendang Delima.

Atas kekuasaan Tuhan, baginda Bangsagara dapat bertemu dengan Raja Gunung Angkasa. Diringkas jalur hikayat, terungkaplah rahsia bahawa gadis cantik itu ialah anak kepada Sri Baniyan (adik baginda Bangsagara) dan ayahnya pula ialah Dewa Laksana (yang ditugaskan membunuh burung garuda namun terlalai menjalankan tugas kerana jatuh hati kepada Sri Baniyan).

Oleh sebab masih ramai yang bertanya tentang kedua buah buku ini, kami akan meneruskan promosi ini sehingga 15 September ini! Kali ini, kedua buku ini dapat dibeli di Shopee kami! Jom, klik link di bawah sekarang!
Pencari Cincin Sakti : http://bit.ly/PencariCincinShopee
Sate Untuk Jembalang : https://bit.ly/SateJembalangShopee

Alangkah terkejut dan gembira baginda Bangsagara setelah mengetahui hal itu. Keenam-enam kakak Putri Bongsu yang selama ini menyeksa Selendang Delima juga telah dimaafkan secara peribadi oleh gadis cantik itu walaupun sepatutnya mereka diberi hukuman.

Bagi Raja Gunung Angkasa pula, baginda melihat ini ialah takdir yang telah disusun mengenangkan anak lelakinya bernama Dewa Udara masih belum mempunyai calon isteri. Baginda mencadangkan agar Dewa Udara dan Selendang Delima disatukan. Diringkas hikayat, bernikahlah mereka berdua dan hidup aman damai.


Kami menulis ikut semangat untuk bantu orang ramai dapatkan ilmu secara percuma. Sebab itu kami enggan buat konsep langganan artikel (subscription). Tetapi kami mohon jasa baik kalian untuk beli buku kami. Dengan pembelian buku, kalian sedang membantu kami teruskan semangat ini sampai bila-bila. Link pembelian: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Jakarta, 1999.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lepasan Sarjana Pengurusan Pelancongan ini seorang cicit Adam AS yang ditakdirkan memiliki minat membaca merentas bidang (sederhana terkadang lebih) kemudian diluahkwan isi bacaannya melalui pena. Gemar menonton dokumentari hingga anak kecil sendiri terpaksa ‘rela’ menemani. Suka memerhati gelagat, tapi mata InsyaAllah tidak ligat. Pernah memotivasi manusia yang patah hati, selebihnya diserah pada Ilahi. Peminat dunia sukan; bola sepak dan F1.

Leave A Reply