Hikayat Nabi Yusuf telah disalin semula pada 5 Ramadhan 1262 Hijrah bersamaan 9 January 1802 Masehi oleh seorang individu bernama Lebai Muhammad. Foto ini menunjukkan kata pengantar daripada penulis hikayat ini yang berbunyi:

(Inilah hikayat Nabi Allah Yusuf anak Nabi Allah Yakob terlalu baik pengajarannya dan terlaluh banyak2 beroleh pahalanya karena surat nabi2 itulah maka tuannya sangat sayang maka sangat diberatinya akan surat nabi Yusuf ini barang siapa pinjam surat ini hendaklah pabila baik2 jika binasa surat ini kanalah harganya tiga rial jangan jadi taksir kepada senda kerana sudah senda nyatakan kepada tuan2 yang meminjam surat ini kerana sudah dinyatakan oleh tuannya Cik Candra kerana banyak senda rugi menulih kepalanya tamat –terjemahan diambil langsung dari laman web asal-)

Pemilik dan penulis asal hikayat ini dikenali sebagai Cik Candra, beliau turut memuatkan amaran pada bahagian kata pengantar kepada sesiapa yang ingin meminjam hikayat ini untuk dibaca. Ini menunjukkan bahawa Cik Candra sangat menghargai karya penulisan nya ini dan berharap orang yang membacanya akan melakukan hal yang serupa.

Adalah dipercayai Hikayat ini merupakan sebahagian daripada koleksi John Leyden yang berkemungkinan diperolehi daripada Pulau Pinang sekitar tahun 1805 atau 1806.

Gambar seterusnya pula menunjukkan lukisan bingkai hiasan bagi muka surat hikayat ini dengan tulisan “Inilah tulihsan Cik Mat Tuk Muda Anak Raja Indera Wangsa di Perlis.”

Menurut Annabel Teh Gallop yang bertanggungjawab ke atas projek pendigitalan manuskrip Melayu lama ini sebagai salah satu bahan rujukan digital untuk British Library, beliau mengatakan, pada asalnya tafsiran “tulihsan” itu agak mengelirukan kerana difahami dengan erti asalnya, iaitu sebuah penulisan. Namun rupa-rupanya ia merujuk kepada lukisan bingkai pada setiap halaman manuskrip berkenaan sebagai karya Cik Mat.

Beliau menyifatkan nama itu ibarat “autograph” Cik Mat sebagai tanda lukisan bingkai penulisan hikayat itu dihasilkan oleh nya. Annabel Teh Gallop turut menyatakan ini merupakan antara manuskrip Melayu lama yang bukan sahaja secara jelas memaparkan identiti Cik Mat sebagai seorang pelukis akan tetapi lengkap dengan nama penuh dan pangkat kebesaran yang disingkatkan iaitu “Cik” yang merujuk sebagai Encik, “Mat” yang merupakan singkatan bagi nama Muhammad dan “Tuk” yang membawa gelaran Datuk lengkap dengan gelaran ayah beliau iaitu Raja Indera Wangsa yang berasal dari Perlis.

Hari ini Perlis merupakan sebuah negeri yang merdeka di dalam Persekutuan Malaysia namun menurut Annabel Teh Gallop pada masa lalu sekitar tahun 1800 Perlis merupakan sebahagian daripada jajahan negeri Kedah dan diperintah seorang Putera dari kerabat Kesultanan Kedah yang menetap di Kota Indera Kayangan.

Maklumat berkenaan Hikayat Nabi Yusuf ini diambil secara terus dari blog “Asian and African studies” yang bernaung di bawah organisasi British Library. Laman ini turut memaparkan satu lagi karya Cik Candra yang dihasilkan pada tahun 1790, iaitu Hikayat Syah Mardan 12 tahun sebelum Lebai Muhammad menyalin Hikayat Nabi Yusuf.

Cik Candra turut membuat gesaan yang sama agar pembaca yang ingin membaca Hikayat Syah Mardan memperlakukan buku hikayat berkenaan seelok-eloknya. Hikayat Syah Mardan ini telah jatuh ke tangan Stamford Raffles dan pernah diterbitkan oleh Makalah Royal Asiatic Society dengan Raffles sebagai rujukan.

Karya Cik Candra yang satu ini juga memaparkan hiasan bingkai yang jauh lebih kompleks dengan corak geometri dan mihrab dan penggunaan adunan warna merah, hijau, hitam dan putih yang masih terpelihara.

Cik Candra menamakan corak bingkai Hikayat itu sebagai Kucin bertenung atau Annabelle menafsirkannya ke dalam bahasa inggeris sebagai “Thinking Cat”. Menurut Annabelle perkataan “Kucin bertenung” itu sendiri menunjukkan pengaruh dialek Kedah/Penang dengan pengakhiran -ng lazim digantikan dengan -n merujuk kucin sebagai kucing, sementara bertenung membawa maksud perbuatan memikirkan sesuatu secara mendalam.

Kini kedua-dua karya ini telah menjadi sebahagian daripada khazanah berharga British Library dan Royal Asiatic Society di Eropah.

Bacaan Lanjut:

A Malay manuscript artist unveiled: Datuk Muda Muhammad of Perlis. https://blogs.bl.uk/asian-and-african/2015/12/a-malay-manuscript-artist-unveiled-datuk-muda-muhammad-of-perlis.html?fbclid=IwAR1E1NW3YIshsDSUENSnmEEscCllWLExdAN75lGqsp8IKLkYMV1OtwJvJTE


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar orang biasa yang mencintai sejarah dan seni budaya negara. Terutama sekali yang berkaitan dengan Negeri Di Bawah Bayu. Merupakan graduan lepasan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Kolej Poly-Tech Mara. Peluang menulis bersama TP dilihat sebagai antara salah satu platform terbaik berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dengan lebih ramai orang-orang hebat di luar sana

Comments are closed.