Hikayat Melayu Apologedik

1,782

Orang Kanada ni satu perangai stereotaip yang sering dibahan oleh jiran mereka, Amerika Syarikat. Orang Kanada ni mempunyai tabiat suka meminta maaf walaupun sekecil-kecil perkara.

Contohnya, apabila kau berjalan dan terlanggar bahu orang Kanada, orang Kanada tu yang minta maaf dulu pada kau. Walaupun tak semua macam tu, tapi dah namanya stereotaip kan.

Budaya meminta maaf ni perkara yang baik, bahkan memang kena buat pun. Mana-mana pun bangsa dalam dunia ni, meminta maaf ni benda yang paling penting. Bahkan itulah yang harus dilakukan bila kita membuat kesilapan.

Melayu meraikan hari kebesaran mereka dengan meminta maaf. Melayu merayakan Ngembak Geni sebelum kemasukan Islam dengan saling memohon maaf pada hari tersebut, dan selepas kemasukan Islam ke Asia Tenggara, mereka merayakan Aidilfitri dengan memohon maaf juga.

Tetapi terlalu kerap meminta maaf pun boleh dikatakan sakit mental juga. Ia dilihat sebagai sesuatu yang lemah, sebab meminta maaf ni sementara ia menunjukkan keberanian, tetapi kalau terlalu kerap meminta maaf, ia menunjukkan satu sikap yang inferior.

Apabila kita terlalu kerap meminta maaf, orang lain akan mengeksploitasi dari sikap tersebut dan seterusnya kita akan mudah diperalatkan dan kita akan dilihat sebagai insan yang lemah dan mudah menyerah kalah.

Sejak muktahir ini, pelbagai peristiwa yang berlaku yang menggeserkan kita orang Melayu dengan kaum yang lain. Bermula dengan ICERD, Statut Rom, UEC, kematian anggota bomba Adib, tulisan jawi dan Zakir Naik.

Dalam kemarahan majoriti Melayu terhadap pelbagai isu ini, muncul segelintir orang Melayu (atau yang tak sedar diri Melayu, mungkin Melayu cekodok – luar coklat dalam putih), terlalu kerap meminta maaf kepada bangsa lain dan adakalanya mengutuk majoriti sebangsa demi social brownie points.

Hujah mereka berbuat demikian selalunya berbunyi cliché seperti “utamakan perpaduan kaum”, “tak nak jadi rasis”, dan “we are citizen of the world”.

Mereka marah apabila majoriti Melayu meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap segelintir perangai bangsa lain yang terus merenyuk dan memijak maruah bangsa. Mereka merasakan suara ketidakpuasan hati majoriti Melayu ini perlu didiamkan demi “keharmonian kaum” di negara ini.

Biarpun kaum lain tidak memohon maaf atau terus memperlekehkan bangsa ini. Dan kalau ada yang minta maaf pun, jenis tak ikhlas dan sebab dah dipaksa untuk mohon maaf.

Bangsa Melayu dah tinggal di bumi ini semenjak zaman Nabi Musa lagi. Sementara ada sesetengah orang yang nak mengasingkan Orang Asli dan Melayu yang tinggal di sungai, tetapi mengikut pakar sejarah, Asmah Haji Omar mengatakan bahawa Orang Asli adalah Melayu Proto dan Melayu yang tinggal di tebing sungai adalah Melayu Deutro.

Melayu ini merupakan bangsa yang paling toleran dengan bangsa lain. Sebagai bangsa pedagang dan bangsa pelayar, kita senang bergaul dengan bangsa lain.

Buktinya, lihatlah kosa kata kita yang sebenarnya banyak bercampur dengan bahasa orang lain. Kita banyak bergaul dengan bangsa lain dan kita meluaskan pengaruh kita pun jarang dengan berperang, sebaliknya dengan berdagang.

Tetapi apabila maruah kita dipijak, kita tak diamkan diri, sebaliknya melawan. Vijayatunggavarman, raja Srivijaya, melawan penaklukan Chola. Laksamana Hang Nadim melakukan naval blockade ketika Portugis menawan Melaka.

Begitu juga dengan Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Gajah, semuanya melawan apabila dipijak.

Tetapi akan ada sahaja Melayu yang akan menghalang Melayu lain melawan daripada dipijak. Yang berlembut hati dan rela hati bangsanya dipijak. Yang ini bagi aku bermasalah.

Melayu apologedik, ini memang dari dulu ada. Mereka marah bila Melayu melawan balik daripada dipijak. Dan masalah aku dengan orang macam ni, ialah mereka tidak sedikit pun kisah tentang bangsa mereka sebaliknya hanya mahu mementingkan diri sendiri.

Kes khat dan tulisan jawi ni merupakan simptom kepada polemik pendidikan kita yang dah sekian lama membarah dalam masyarakat kita. Bermula dengan Laporan Barnes yang mahu wujudkan sekolah Inggeris dan sekolah Melayu, Laporan Fenn Wu yang membantah Laporan Barnes, sehingga kompromi yang dibuat oleh Tun Razak dalam Laporan Razak.

Kemudiannya kompromi Melayu dalam pemberian warganegara secara jus soli sebelum kemerdekaan, yang kini dipandang remeh oleh orang yang lupakan sejarah.

Dalam buku The Fourth Turning tulisan William Strauss dan Neil Howe, segmen The Awakening adalah segmen dimana prelude kepada zaman krisis akan menunjukkan riaknya. Dalam sejarah moden dan pasca moden Malaysia, The Awakening bermula dari 13 Mei 1969.

Pada tarikh itu mula muncul satu golongan dalam bangsa lain yang mula nak naik lemak dan tunjuk kerek atas kompromi bangsa Melayu. Bermula disinilah pergerakan golongan kerek ini mulai muncul dan perlahan-lahan sampailah 50 tahun kemudian, tuppp tu dia, kita berada di krisis ini sekarang.

Bangsa Melayu dah banyak kali alami krisis dan perpecahan. Zaman Chola, zaman Melaka jatuh ke tangan Portugis, zaman Perang Kelang, zaman Perang Saudara Johor, zaman Jepun – bangsa ini diuji dengan serangan dari luar tetapi yang lebih hebat lagi adalah serangan dari dalam sesama sendiri.

Dan manusia Melayu apologedik inilah yang menyerang majoriti Melayu yang mahu membebaskan diri mereka dari dipijak bangsa lain. Mereka melihat perpaduan bangsa Melayu tidak penting demi kepentingan diri sendiri.

Zaman sekarang ni mereka melapikkan sikap itu dengan mengatakan “demi keharmonian kaum”.

Macam mana nak harmoni kalau bangsa lain terus menginjak maruah bangsa kita? Dan bila kita nak pertahankan saki baki kekuatan bangsa yang ada, mereka panggil kita racist, fascist, bigot, Nazi dan benda-benda yang mereka dok ulang-ulang macam burung kakak tua.

Hang Tuah berkata “takkan Melayu hilang di dunia”, tetapi kalau kita biarkan Melayu apologedik ni tolong bangsa lain memijak kita, kita sebagai bangsa Melayu tak hilang tapi maruah kita yang hilang.

Melayu apologedik ni muncul di setiap zaman. Pada zaman Melaka kita ada si Kitol yang membantu Portugis memecah pintu kota Melaka. Pada zaman sekarang kita ada ahli-ahli politik yang biarkan sahaja raja Melayu dihina, tentera kita diperlekeh, tulisan Jawi dikatakan “tidak ada nilai ekonomi”, dan macam-macam lagi yang tak larat aku nak senaraikan.

Memanglah kalau boleh, kita nak hidup harmoni bersama kaum lain. Memang kita nak bersatu hati macam kita semua masa tahun 1957. Tetapi bila golongan macam Dong Zong atau billionaire kaum tertentu menghina angkatan tentera kita dengan kata “mereka ni makan tidur je”, mewarnakan Jalur Gemilang warna hitam, dan mengatakan tulisan Jawi ni tak ada standard, siapa yang nak memecahkan perpaduan yang kita ada ni sebenarnya?

Melayu ni bangsa pemaaf dan cepat lembut hati. Hari raya pun bermaaf-maafan. Tapi jangan jadi apologedik – biarkan bangsa lain pijak dan buli kita.

Hormat datang dalam dua hala. Kita tak kisah mereka untuk tinggal di negara ini. Dah beranak cucu cicit, dan dah jadi billionaire dah. Dah jadi tauke gula, tauke pasir, tauke line telefon dan bermacam tauke lagi.

Dah macam ni pun kata Melayu tindas mereka lagi?

Melayu ni aku tak kata tak pernah buat salah. Banyak je salah. Tapi mempertahankan maruah bangsa bukanlah satu kesalahan bahkan inilah yang harus lakukan.

Jangan jadi Melayu apologedik. Kaum lain kurang ajar, kita wajib lawan! Ini bukan seruan untuk jadi racist, tapi ini untuk kita kembali ke arah keharmonian kita yang pernah ada dulu.

Kita boleh duduk semeja dan bergelak ketawa dengan bangsa lain, bila bangsa lain tahu hadnya untuk kita duduk harmoni dalam negara ini.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.