Menurut Kassim Ahmad(1992) tidaklah diketahui siapakah yang sebenarnya mengarang Hikayat Hang Tuah ini namun dalam pada itu apabila kita menelusuri hikayat ini kita akan mendapati bahawa ia ditulis dengan tujuan tertentu oleh penulis yang tertentu.

Hikayat Hang Tuah terlalu banyak berkias dan diolah untuk menyampaikan maklumat berbeza dengan genre Sulalatus Salatin. Jelas bahawa ia ditulis tidak sebagai rujukan bersejarah mengenai salasilah raja-raja Melayu dan kisah-kisahnya merupakan mesej dalam konteks dan latar zaman akhir Johor Lama yang dilakonkan disebalik latar zaman Melaka.

Hikayat ini tamat dikarang pada tahun 1717 yakni disebutkan “tujuh likur(dua puluh tujuh) Jamadilakhir pada hari Ahad jam pukul empat petang sanah 1295″ pada ketika Johor sedang mula akan hancur diperebutkan antara Bugis dengan Siak. Dinasti Melaka tamat pada 1699 dengan mangkatnya Marhum Dijulang angkara komplot kaum Bendahara dan pembesar istana.

Pembesar yang taat seperti Seri Bija Wangsa dibunuh dan digambarkan dalam filem kita sebagai watak tukang fitnah dan orang jahat sedangkan Hikayat Siak menyatakan beliau ialah ‘Hamba Melayu” yang menyerahkan nyawanya sebagai galang ganti nyawa baginda Marhum Mangkat Dijulang.

Keluarga laksamana pula dilupa dan dipinggirkan setelah Laksamana Tun Abdul Jamil juga telah dibunuh atas perintah Bendahara Johor. Laksamana untuk pengetahuan kita ialah bapa kepada Cik Pong yakni bonda Raja Kecil Siak yang menyatakan baginda ialah waris tunggal Marhum maka ini menunjukkan selain hikayat ini memihak kepada faksi laksamana secara tidak langsung ia menyokong kedudukan Raja Kecil Siak di Johor. Pendek kata Raja Kecil atau nama asalnya Raja Bujang ialah cucu kepada laksamana pada sebelah ibunya.

Hikayat ini cuba mencungkil kembali romansi perihal kaum laksamana Melayu yang setia dan taat tapi kemudian ghaib entah ke mana pengaruhnya pada zaman interregnum sultan-sultan bendahara Johor dari keluarga peranakan Hadhrami. Jelas matlamat hikayat ini ditulis pada fasal paling awal dan pada baris paling atas untuk mencungkil perihal yang tersebut.

“…Ini hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya.” (Kassim Ahmad, 1992)

Pada masa huru-hara negeri Melayu ini hikayat ini diharapkan dapat menghidupkan kembali kemegahan bangsa Melayu di Riau dan Semenanjung melalui watak laksamana sebagai ikon budiman.

Jika diperhatikan bahagian Laksamana Hang Tuah yang berasal dari Bugis tidak disebut dengan timbul pula versi asalnya dari negeri Melayu, banyak bayangan linguistik bahasa klasik semenanjung seperti mika, kelik dan banyak elemen yang membuatkan kita terbayang akan pengaruh Patani dan Perak turut terdapat dalam hikayat ini.

Agak menarik apabila hikayat ini diakhiri dengan fasal penaklukan Melaka oleh pakatan Johor-Belanda pada tahun 1640 yang turut disertai bendahara dinasti Melayu yang asal dan Laksamana Tun Abdul Jamil, begitu juga kisah Hang Tuah yang berakhir di Hulu Perak yakni di Raman.

-tm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

1 Comment

  1. Menurut hemat saya… Ada banyak part sejarah yang sengaja disembunyikan masa “perang riau”… Mesti ada simpanan rahasia yng sengaja tidak diserlah kemuka kerana akan merusak apa yang telah ada di hari ini… Salam dari kepulauan riau..

Reply To Zulfahri Cancel Reply