Dalam kitab Sirah Subulul Huda wal Rasyad Fi Sirati Khayril ‘Ibad antaranya menyebutkan bahawa ketibaan Rasulullah ﷺ di Madinah disambut dengan syair (qasidah) yang biasa kita nasyidkan iaitu;

طلع الـبدر عليـنا ***مـن ثنيـات الوداع
“Telah terbit Purnama ke atas kami, muncul dari Thaniyah Al Wada’ ”

Thaniyah Al Wada’ ialah suatu laluan di lereng bukit di pinggir Madinah yang mana sangat jarang dilalui oleh orang-orang Yathrib (nama lama Madinah) kerana dikhabarkan tempat itu sangat menyeramkan serta dikatakan sesiapa sahaja yang mengucapkan selamat tinggal (wada’) di situ tidak akan kembali lagi,iaitu mati.

Maka kehadiran Rasulullah ﷺ dari arah tersebut telah menghapuskan kepercayaan khurafat Jahiliyah orang-orang Madinah ketika itu apabila Baginda ﷺ sendiri melalui Thaniyah Al Wada’ sebelum tiba ke Madinah,lantas mendatangkan sukacita orang-orang Madinah sehinggalah mereka melantunkan bait-bait syair di atas.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.