Rasulullah S. A. W diutus oleh Allah S. W. T untuk menjadi penutup segala para anbiya. Allah telah memilih bangsa Arab sebagai penjaga agama islam, dan Al-Quran pula diturunkan dalam bahasa Arab. Hari ini kita hendak membahaskan abjad Hijaiyyah sebagai alat menyatukan ukhwah kita sebagai kaum muslimin diseluruh dunia,  dari barat hingga ke timur penjuru dunia baik berkulit hitam,  bermata sepet dan berkulit cerah.

Talian persaudaraan di dalam agama Islam menjangkau slogan retorik yang sering kita ungkapkan,  dengan aksara ini,  sedikit sebanyak membantu seseorang menguasai bahasa selain apa yang dituturkan dan bahasa yang sering diucapkan dikala kita menghadap-Nya 17 kali sehari.

Selain bangsa Arab,  Bahasa Parsi memainkan pengaruh yang amat signifikan dalam penyebaran citra nuansa Islam. Abjad Parsi mempunyai 32 huruf dengan 4 daripadanya merupakan ciptaan mereka untuk menyebut dalam pertuturan seharian mereka. Dan sebahagain daripada keseluruhan bahasa yang menggunakan abjad Hijaiyyah ini ada meminjam huruf ciptaan bangsa Parsi ini. Antaranya ialah : پ (pa),  چ (cha),  ژ (zee) dan گ (gaf).

Bahasa Ajami kedua yang membawa hijaiyyah selepas Parsi adalah bahasa Urdu. Nama Urdu berasal dari sebuah ayat yang bernama Ordu yang membawa maksud Serdadu/Askar. Dalam erti kata yang lain, ia bererti bahasa markas tentera. Bahasa Urdu ditulis dengan kaedah khat Nastaliq bagi membezakan bahasa Urdu dengan bahasa Arab yang menggunakan khat Nasakh. Huruf Urdu mempunyai 58 huruf kesemuanya. Antaranya 4 Aksara Parsi yang dipinjam dan beberapa huruf baru ciptaan mereka bagi menyesuaikan dengan Lahjah lidah mereka. Antaranya ٹ (tha),  ڈ (dha),  ڑ (ra halus),  ں (nun ghunnah) ی (Choti ya = a) dan ے (bari ya = berbunyi ai)

Seterusnya, aksara Kurdi Sorani yang mengambil tempat. Nama Sorani diambil bersempena sebuah Emiriah Kurdis dahulu kala yang bernama Soran yang kini terletak didalam kawasan Iraq. Huruf mereka terdiri darpiada 33 huruf termasuk 4 aksara pinjaman parsi. Dan mereka juga menciptakan beberapa huruf baru sesuai dengan sebutan mereka. Diantaranya ڤ (va),  ڕ (ra dengan bunyinya ditekan kedalam),  و (o),   dan وو (u).

Puak Pashto juga tidak terlepas dari menerima pengaruh Arab dan Parsi dalam kesusasteraan mereka. mereka mempunyai 28 abjad Hijaiyyah juga ada meminjam 3 huruf Parsi iaitu پ ,  ژ ,  dan چ. Mereka juga mencipta huruf sendiri. Dan ianya berbunyi seperti berikut ; ټ (tt),  څ (ts),  ډ (dd),  ږ (zh),  ښ (sch),  ګ (gaf),  ڼ (nn) dan ې (ei)

Kepada sesiapa yang ingin mempelajari untuk bertutur dalam bahasa Tamil tanpa perlu menggunakan abjad abugida yang berbelit,  Aksara Arwi adalah jawapannya. Mereka menggunakan semua 28 huruf dengan tamabahan kacukkan 11 abjad abugida menjadi hijaiyyah. Antaranya ڊ (d =ட் ),  ڍ (t),  ڔ (ra disebut halus),  صٜ (L),  ۻ (zh),  ڣ (P),  ڹ (N =ண் ),  dan ݧ(gn)

Begitu juga dengan Xiao Er-Jing,  huruf jawi bagi tanah besar China. Xiao Erjing yg membawa maksud Tulisan Anak Kecil. mempunyai 28 hijaiyyah dan 4 huruf parsi serta 6 aksara ciptaan baru bagi menyesuaikan dengan keadaan setempat.  Qi (disebut Chi,  berbentuk huruf Tsa yangmempunyai 4 titik diatas),  Si (huruf sin bertitik satu dibahagian atas),  Ts (huruf Dha bertitik tiga) dan Nga (huruf kaf bertitik tiga).

Di Alam Melayu, aksara Jawi dan Pegon (Huruf Pegon adalah huruf Arab yang dimodifikasi untuk menuliskan bahasa Jawa juga Bahasa Sunda) yang mendominasi segenap sudut. Seperti sudah sedia maklum,  چ (cha),  ڠ (nga),  ڤ (pa),  ݢ (ga),  ۏ (va),  dan ڽ (nya) sudah mendominasi,  dan ada diantara kita yang masih mampu menulisnya lagi. Namun bagaimana dengan huruf Pegon, Jawi bagi bahasa Jawa? Bagaimanakah rupa tulisan ini? Bezanya hanyalah pada beberapa huruf yang tidak digunakan dalam jawi,  dan begitu juga sebaliknya. Pegon tidak kenal huruf Va, manakala Jawi pula tidak mengenali huruf Dha (dal bertitik tiga) dan Tha (tha bertitik tiga)

Mari pula kita menyingkap sebuah aksara hijaiyyah yang pernah diguna pakai suatu ketika dahulu. Orang Chechen pernah menggunakan Abjad tersebut sebelum Soviet Union berkuasa. Dan kini tulisan itu semakin sukar untuk ditemi disebabkan tiada generasi muda yang tahu akan kewujudan aksara tersebut.

Seperti kelazimannya, 28 abjad hijaiyyah berserta huruf tambahan dari Parsi. Pengaruh kacukan Arab-Cylliric juga mudah ditemui. Diantaranya یوٓ (ё disebut Yo),  کک (kk),  قق (qq),  وٓ (dibunyi sebagai O keras),  سس (dibunyikan ssss),  dan تت (dibunyikan sebagai ssss).

Sesungguhnya, ukhwah islamiah bukan sekadar sebuah slogan kosong belaka,  ia telah dizahirkan melalui sistem tulisan yang menjadi asas kepada huruf-huruf Al-Quran. Di samping itu juga,  ia juga boleh dijadikan batu loncatan untuk mengenali bangsa dan bahasa yang berbeza.

Dan janganlah kalian berasa malu dengan tulisan jawi kerana ianya merupakan gerbang untuk mengenali bahasa yang lain. Abaikan mulut-mulut jahat yang mengatakan kita meniru tulisan arab secara bulat-bulat kerana bangsa mereka juga ada yang menganut Islam,  dan mereka juga mempunyai varian aksara Arab untuk memudahkan memahami isi kandungan Al-Quran.

Nota Editor: Artikel ini ialah kiriman peminat The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.