Pernah tak apabila kita memulakan perjalanan jauh dengan memandu kenderaan seperti kereta atau trak, kita terlalu fokus dengan keselamatan jalan raya dan tiba di destinasi tanpa kita sedar apa kita telah lakukan sepanjang perjalanan?

Jika pembaca pernah alami keadaan ini, anda mengalami keadaan minda terubah bernama Highway Hipnosis atau dikenali sebagai ‘demam garisan putih’.

Keadaan minda sebegini berlaku apabila minda kita yang sedar fokus akan jalan raya untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk memandu dengan selamat, dalam masa yang sama minda dalam keadaan tidak sedar akan fokus kepada keadaan sekeliling.

Memandu di kawasan terdekat juga kita akan mengalami Highway Hypnosis. Sepanjang perjalanan kita tidak sedar adakah kita pernah melalui lampu trafik padahal setiap hari kita melalui lampu trafik, dan berakhir dengan tiba di destinasi dengan selamat.

Ini bukan sebab kita tidak mengalami micro-sleep atau tidur yang singkat. Kita seolah-olah berada dalam keadaan ‘automatik’ ketika memandu seperti sistem automatik yang dipasang dalam kereta.

Highway Hypnosis ini mula dikesan pada tahun 1921, ditulis dalam artikel yang menamakan fenomena ini sebagai ‘Road Hypnosis’ – memandu seperti dalam keadaan khayal apabila fokus kepada sesuatu perkara. Masuk tahun 1929, pengkaji bernama Walter Miles menamakan hipnosis ini dengan nama ‘Sleeping with the Eyes Open’. Beliau menyifatkan pemandu atau penunggang sedang tidur dengan mata terbuka apabila memandu.

Pada tahun 1950-an, fenomena ‘tidur membuka mata semasa memandu’ menjadi alasan yang popular kepada berlakunya kemalangan jalan raya yang tidak dapat dijelaskan. Tahun 1963, barulah G.W. Williams menamakan fenomena ini dengan nama ‘Highway Hypnosis’. Dari sini pengkaji dapat jelaskan secara terperinci akan fenomena ini iaitu hipnosis ketika memandu berlaku secara tak sedar apabila minda yang sedar hanya fokus kepada sesuatu benda.

Jadi, apa yang menyebabkan berlakunya Highway Hypnosis ini?

Apabila pemandu telah biasa melalui jalan yang sentiasa dia lalui, otaknya tidak lagi berkenan untuk melihat sekeliling, sebaliknya hanya fokus ke jalan raya tanpa menoleh kiri dan kanan. Maka, minda kita masuk dalam mod tidak peka dan tidak lagi hiraukan pandangan yang mampu stimulasikan otak.

Apabila otak berada dalam mod sebegitu, kita akan mengalami keadaan hampir berkhayal dan kepenatan hadir kerana otak yang hanya fokus kepada jalan raya. Semakin lama memandu, semakin tinggi peluang untuk tertidur ketika memandu.

Bagaimana untuk mengelakkan Highway Hypnosis di masa akan datang?

Ada banyak cara untuk elakkan fenomena ini iaitu:

1. Banyakkan rehat. Dalam perjalanan jauh, jika minda mulai dalam keadaan ‘autopilot’, pergi ke tempat rehat atau R&R berdekatan selama sejam atau dua jam bagi memastikan otak kembali ‘segar’ untuk memulakan pemanduan seterusnya.

2. Biasakan minum minuman kafein. Kafein penting untuk meningkatkan kepekaan otak tetapi tiada jaminan untuk sentiasa bangun dari terlena. Kalau tidak biasa minum minuman kafein, makan snek yang ringan bagi memastikan otak sentiasa merangsang selain fokus ketika memandu.

3. Menyanyi atau berbual. Kita sebagai penumpang kalau boleh memulakan perbualan supaya pemandu tidak mengalami Highway Hypnosis. Menyanyi beramai-ramai pun tidak kisah asalkan otak pemandu sentiasa merangsang. Kalau hanya pemandu seorang, nyanyilah atau bercakaplah seorang diri.

4. Sentiasa ubah persekitaran dalam kenderaan. Pemandu boleh mengubah persekitaran dengan memasang lagu yang pelbagai, membuka tingkap mengambil angin selain harapkan penyaman udara. Betulkan tempat duduk pemandu supaya badan sentiasa tegak apabila memandu.

5. Mencuba jalan raya lain selain melalui jalan yang sama. Jika ada jalan raya alternatif walaupun jauh, sekali-sekala guna jalan tersebut bagi mengelakkan Highway Hypnosis berlaku.

6. Amalkan tidur yang cukup. Ini perkara asas yang penting untuk pemandu yang bakal memulakan pemanduan jauh. Memandu dengan keadaan letih dan mengantuk akan mengundang kemalangan jalan raya.

RUJUKAN:

Raypole, C. (2 July 2020). Planning a Road Trip? Watch Out for Highway Hypnosis. Healthline.
https://www.healthline.com/health/highway-hypnosis

Weitzenhoffer, André Muller (2000). The practice of hypnotism. John Wiley and Sons. pp. 413–414.
Williams, G. W. (1963). “Highway Hypnosis”. International Journal of Clinical and Experimental Hypnosis. 11 (103): 143–151.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.