High Valyrian – Bahasa Seorang Ibu Naga

3263
views

“Nyke Daenerys Jelmāzmo hen Targārio Lentrot, hen Valyrio Uēpo ānogār iksan. Valyrio muño ēngos ñuhys issa.”

“Aku Daenerys Stormborn dari Rumah Targaryen, keturunan Valyria Lama. Valyrian ialah bahasa ibundaku.”

Epik!

Adegan ini membuatkan aku ‘goosebump-ed’ setiap kali aku teringat dalam musim ketiga siri rancangan televisyen ‘Games of Throne’. Bahasa yang ditutur oleh Daenerys, Ibu Naga ialah High Valyrian, sebuah bahasa tiruan khusus untuk siri tersebut, ciptaan seorang ahli bahasa David J. Peterson.

Asalnya, aku ingin menggunakan bahasa binaan untuk istilah constructed language, tetapi sepertinya The Patriots Asia telah menggunakan terma bahasa tiruan dalam sebuah rencana terdahulu. Rujuk sini.

High Valyrian mempunyai niche seumpama Latin pada zaman pertengahan Eropah. Dalam novel George R. R. Martin, A Song of Ice and Fire, penulis memaparkan bagaimana bahasa ini tidak lagi digunakan dalam kehidupan seharian, tetapi digunakan dalam sistem pendidikan golongan bangsawan Essos dan Westeros seperti seni karya dan lagu-lagu.

HBO memilih ahli bahasa Peterson melalui pertandingan dalam kalangan komuniti conlang-ers (Constructed languange = Bahasa tiruan). Para penerbit juga memberi ruang bebas untuk Peterson bagi ‘bermain’ dengan bahasa tersebut. Hal ini kerana, pada asalnya, istilah atau frasa yang wujud hanyalah beberapa frasa pendek seperti “valar morghulis” iaitu semua lelaki perlu mati. Frasa lain seperti ‘men are trash’ (yang dilaungkan wanita zaman moden) tak wujud lagi.

Peterson yang juga membina bahasa Dothraki seperti yang digunakan oleh Khal Drogo, telah mengadakan kursus bahasa High Valyrian di University of California Berkeley pada awal tahun 2017. Objektif bagi kelas tersebut adalah supaya pelajar beliau mampu mencipta kaedah tersendiri untuk berkomunikasi. “Mereka akan belajar cara untuk mencipta bahasa masing-masing,” kata Peter pada ketika itu.

Aplikasi Duolingo telah menyediakan kursus khas untuk bahasa tiruan High Valyrian bagi peminat rancangan televisyen tersebut untuk belajar dan berlatih sebagai persediaan untuk musim finale pada tahun ini. Aplikasi Duolingo juga menyediakan kursus Esperanto dan Klingon, bahasa fiksyen untuk Star Trek.

Sebagai tambahan daripada Duolingo, kalian boleh dapatkan kaedah fonologi, morphology dan seumpama dari laman sesawang rasmi Peterson sendiri di sini.

Selain itu, peminat dari seluruh dunia juga telah menggunakan High Valyrian (dan Dothraki) untuk mencipta sebuah haiku:

Sambrarra
mērī iōrtes
jorumbare

Pār pȳdza
arghussiarzy
va bantī

Se elēna
lāruno tolmiot
ahīghilis


– Joel W.

Tafsiran:

dalam kabus
sendirian dia berdiri
sendirian dia berdiri
masih menunggu.

kemudian melompat
pemangsa
dalam malam.
dan bunyi-bunyi
gagak yang jauh
sedang menjerit.

Haiku: puisi tradisi Jepun.

Berbeza dengan Bahasa Melayu atau English, High Valyrian menggunakan kala aorist (aorist tense) seperti Greek Purba. Kalau kalian kenal siri The Lord of The Rings, Quenya yang berasal dari jalur bahasa Elvish juga menggunakan gaya bahasa yang sama.

Selain frasa yang disebut pada awal artikel, antara frasa asas yang kalian boleh gunakan ialah:

Apa yang kita katakan pada mati? (Skoros morghot vestri?)

Bukan hari ini. (Tubī daor.)

Aku cintakan kamu. (Avy Jorraelan.)

Mahukah kamu menikahiku? (Ao ynoma diniluks?)

Terakhir, kessa untuk ya dan daor untuk tidak.

Dracarys!

Artikel disumbangkan oleh Snow White untuk The Patriots.