High Performing and enhancement Cooperatives (HIPER)

0
291
views

Program ini ditubuhkan untuk membantu mempercepatkan kepelbagaian dan pengembangan perniagaan berteraskan koperasi untuk Bumiputera. Ia memberi tumpuan terhadap aspek aspek penting seperti pembiayaan dan pembinaan kapasiti bagi meningkatkan kelangsungan Koperasi Bumiputera. Kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan perniagaan usahawan usahawan ini juga akan diberi tumpuan penuh.

Selain itu, ia juga memfokuskan kepada sektor kepenggunaan dan perkhidmatan di samping menyediakan platform kepada usahawan Bumiputera untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan bagi tujuan pergudangan, pengedaran produk, promosi dan juga banyak lagi,

Tambahan pula, ia juga turut bertujuan untuk memudahkan serta meningkatkan tahap usahawan usahawan dalam kalangan pelajar dengan merapatkan jurang antara ekosistem institusi dengan ekosistem keusahawanan di luar. Program ini juga terjadi hasil jalinan kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.