
Hidropolitik (Geopolitik Air)

Sementara itu Mesir pun dah kerah tentera, bukan nak serang Ethiopia tapi dituju kepada Libya (yang tengah berlaku perang saudara) di mana kerajaan yang disokong oleh Turki tengah belasah kerajaan yang disokong oleh Mesir. Tapi alang-alang Mesir pun psycho Ethiopia sekali.
GERD merupakan empangan terbesar di Afrika, dilancarkan pada April 2011 oleh kerajaan Ethiopia untuk transform negara yang miskin dan selalu dilanda kemarau ni jadi economic powerhouse. Selain meningkatkan kapasiti pengairan, GERD juga dapat menjana kuasa elektrik dengan air.

OK, benda bagus kan. So apa masalahnya?

Masalahnya GERD ni pakai air Sungai Nil Biru (Blue Nile), salah satu batang (tributary) Sungai Nil. Sungai Nil pula adalah sumber air utama Mesir.

Tamadun Mesir dibina atas Sungai Nil sejak zaman Firaun lagi. Even zaman now pun Sungai Nil adalah nadi hidup orang Mesir. 99% penduduk Mesir duduk di kawasan delta dan lembangan Sungai Nil. 1/4 populasi Mesir bekerja di kawasan pertanian yang diairi Sungai Nil.
GERD ni akan divert sebahagian besar air Sungai Nil dan menjejaskan ekonomi malah kehidupan harian orang Mesir. Makin cepat GERD isi air, makin banyak bekalan air Mesir dikurangkan.
Katakan kalau Ethiopia nak penuhkan empangan dalam masa 7 tahun, maka Mesir akan kehilangan 22% bekalan air dan 30% kawasan pertanian. Kalau 3 tahun maka Mesir hilang 50% bekalan air dan 67% kawasan pertanian.

Mesir memang tak happy dengan projek ini, tak kira di zaman Morsi atau Sisi. Tapi projek ini dapat sokongan Saudi dan UAE yang ada deal dengan Ethiopia untuk mengimport elektrik. Kerajaan Sisi sekarang pula terpaksa geng dengan Saudi-UAE. So Mesir tak ada taring dalam perundingan dengan Ethiopia, so terpaksa rujuk PBB.

Pakistan juga amat bergantung kepada pertanian. Bayangkan kalau Kashmir bukan sebahagian daripada Pakistan, apa akan jadi dengan Pakistan? Anytime India boleh tutup punca air untuk kenakan Pakistan.

Jadi selepas British India dipecahkan kepada India dan Pakistan pada tahun 1947, Pakistan terus menakluk sebahagian Kashmir apabila maharaja Kashmir waktu tu, Hari Singh memilih untuk join India.

Lepas tu China pun masuk sekaki sebab kawasan timur Kashmir boleh link kan Xinjiang dan Tibet. So China menakluk Aksai Chin di bahagian timur Kashmir, dan sokong Pakistan dalam konflik India-Pakistan di Kashmir.

Dataran Tinggi Tibet (Tibetan Plateau) adalah punca Sungai Kuning (Huang He) dan Sungai Yangtse, dua sungai utama China. Katakan Tibet menjadi negara merdeka, pastu US ke India ke Jepun ke buat perjanjian dengan Tibet untuk divert punca air dari China ke elsewhere.
Habis China.

Perancangan Israel untuk merampas (annex) kawasan Lembah Jordan di Tebing Barat pun ada kaitan dengan sungai. Israel mahu membolot sumber air Sungai Jordan, bukan Tebing Barat saja malah kalau boleh nak Tebing Timur (di Jordan), “Shtei Gadot La’Yarden” (both banks of the river).

Ruangan komen telah ditutup.