Hibah Haji

0
451
views
Sumber: https://static.wixstatic.com/media/132891_6f63f7a0adff4a6b8c555a5cd4e64ebf~mv2.jpg

Saban tahun kita mendengar bahawa Tabung Haji ada melakukan hibah. Sudah menjadi acara wajib untuk pendeposit di Tabung Haji untuk menanti pengumuman yang dibuat untuk mengetahui nilai hibah yang diterima untuk tahun itu. Sudah semestinya semua mahukan nilai yang tinggi. Tabung Haji akan memberi dua hibah iaitu hibah tahunan dan hibah haji. Namun acap kali pendeposit keliru apakah itu hibah haji.

Hibah pada Bahasa maksudnya hadiah atau pun pemberian. Hibah haji pula bermaksud pemberian khas yang diberikan kepada pendeposit pendeposit di Tabung Haji yang masih belum berkesempatan menunaikan haji. Hibah haji ini juga terhad kepada bayaran haji semasa iaitu RM 9980.

Jadi Hibah Haji ini akan hanya diberikan kepada semua pendeposit yang mempunyai akan simpanan di Tabung Haji yang statusnya masih aktif sehingga 31 Disember setiap tahun dan yang paling penting belum pernah menunaikan haji. Kiraan untuk hibah haji ini juga ada formula tersendiri.

Cara pengiraan sebenar ialah menggunakan purata baki selama setahun didarabkan dengan kadar hibah haji yang telah ditetapkan. Namun, hanya sehingga purata baki amaun RM 9980 sahaja yang layak mendapat hibah haji. Contoh jika purata baki akaun pendeposit selama 12 bulan mempunyai RM9000. Amaun RM 9000 akan didarabkan dengan 1.5% (amaun untuk tahun 2016). Bayaran hibah ini akan dikreditkan secara automatic ke dalam akaun pendeposit.

Usaha Tabung Haji ini akan menggalakkan pendeposit untuk terus menyimpan di Tabung Haji untuk mencapai cita cita menunaikan rukun islam itu.

Sumber: http://www.tabunghaji.gov.my/soalan-lazim#panel4-3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here