Sebut saja nama Hit-ler, ramai membayangkan cita-cita dik-tator bermisai kontot itu pada tahun 30-an dan era Per-ang Dunia Kedua (WWII). Antara cita-citanya ialah mengha-puskan orang Yahudi dan membina pemerintahan Na-zi yang bertahan selama 1,000 tahun. Tetapi tidak ramai tahu pada satu masa dalam kehidupannya, ada seorang wanita Yahudi yang menjadi pujaannya.

Ini didedahkan dalam satu memoir seorang rakannya pada tahun 1910-an, August Kubizek yang berjudul The Young Hit-ler I Knew. Dalam memoir tersebut, dia menyebut secara panjang lebar obsesi Hitler terhadap seorang gadis bernama Stefanie Isak. Walaupun penulis biografi Hit-ler terkenal, Sir Ian Kershaw menggelar obsesi ini bersifat kebudak-budakkan, ia masih menarik untuk dikaji.

Seperti Hit-ler, Kubizek merupakan anak jati Linz, Austria dan dilihat lebih berjaya berbandingnya dalam aspek kehidupan mereka. Tatkala beliau merasa marah kerana ditolak oleh Akademi Seni Halus Vienna, Kubizek pula diterima menyertai Vienna Conservatoire. Begitupun, itu tidak menghalang kedua-duanya menjadi rakan rapat dengan dia berperanan sebagai orang kanannya.

Kegilaan Hit-ler terhadap Isak dikatakan berlangsung selama empat tahun dan bermula pada musim bunga 1905. Semasa melihatnya buat kali pertama bersiar-siar di Landstrasse, beliau jatuh cinta pandang pertama. Dalam memoirnya yang diterbitkan semasa era pemerintahan Rei-ch Ketiga, Kubizek menggambarkannya sebagai seorang gadis jelita yang tinggi dan kurus.

Di sebalik kebencian mendalamnya terhadap golongan borjuis, kerana turutkan hati, Hit-ler mengikut saja norma ketika itu. Ini bagi memastikan beliau dapat memenangi hati gadis yang digilainya itu. Begitupun, hasrat Hit-ler sentiasa tidak kesampaian apabila Isak selalu bertemu dengan teman lelakinya yang juga seorang pegawai ten-tera semasa di Landstrasse.

Bagi bakal dik-tator Jerman itu, kehadiran mereka seolah-olah menyukarkan usahanya memenangi hati Isak. Dan Kubizek tidak menolak kerana perkara ini juga, ia menanam kebenciannya yang mendalam terhadap golongan pegawai ten-tera dan keten-teraan secara amnya. Rakannya itu menambah gadis itu langsung tidak tahu Hit-ler sudah mabuk cinta termasuk menghasilkan sajak-sajak berbaur romantis khas untuknya seperti Hymn to the Beloved.

Beliau selalu membacakan sajak-sajak sebegini dengan penuh semangat dan keghairahan kala melalui fasa mabuk cinta itu. Begitupun, Kubizek menambah dalam tempoh empat tahun itu, Hit-ler langsung tidak menunjukkan keberanian menyatakan perasaannya kepada Isak. Bila ditanya sebab tidak berbuat demikian, Hit-ler memberitahu Isak sudah mengetahuinya kerana kedua-duanya mempunyai hubungan telepati termasuk perasaannya.

Tetapi Kubizek tahu alasan sebenarnya ialah rakannya itu tidak mahu berdepan dengan ibu gadis yang dicintainya itu. Mengikut norma ketika itu, adatlah bagi seorang lelaki berjumpa mereka semasa bersiar-siar dan meminta izin berjalan bersama mereka. Dari situ, barulah si uda dapat bertentang mata dengan si dara yang diminatinya. Hit-ler bimbang sekiranya beliau berbuat demikian, beliau takut dipandang rendah kerana hanya mempunyai pekerjaan sebagai seorang pelukis. Dan itu ditakuti bakal menjejaskan peluangnya merebut Isak.

Hit-ler juga merasa terkejut apabila mendapat tahu salah satu minat gadis yang digilainya itu ialah menari. Bagi beliau, menari ialah satu perkara tidak masuk akal dan beliau akan memastikan Isak tidak lagi menari sekiranya bergelar isterinya itu. Hobi gadis itu nyata menjejaskan Hit-ler sehingga mendorongnya membuat dua plot gila: mencu-lik dan membun-uh diri bersamanya.

Untuk plot pertama, Kubizek akan mengumpan ibu Isak dengan perbualan sementara rakannya itu mencu-lik gadis itu. Bagaimanapun, rancangan tersebut dibatalkan selepas Hit-ler tidak mempunyai wang mencukupi untuk menyara kehidupan mereka berdua selepas kahwin lari. Manakala bagi plot kedua, beliau merancang mahu membu-nuh diri bersama Isak dengan terjun ke Sungai Danube dari sebuah jambatan.

Tetapi sebelum semua plot ini berjalan, semuanya berubah pada 1906 menerusi Festival Bunga Linz. Pada festival tersebut, pedati-pedati yang membawa gadis-gadis bergerak sekitar Schmiedtorstrasse. Kubizek masih ingat Isak hadir ke festival dengan memakai bunga ros dan bunga margarit. Bila melihat kelibat mereka berdua, dia melemparkan senyuman sambil membaling bunga yang dipetik terhadap Hit-ler. Padanya, itu sudah cukup sebagai tanda manifestasi cinta Isak terhadapnya.

Tindakan ini bukan saja menyelamatkan gadis itu daripada plot gila Hit-ler tetapi bunga tersebut disimpan sebagai memento dalam loketnya selama bertahun-tahun. Tetapi Kubizek menambah, ia mendorong dik-tator Jerman itu kembali kepada tabiat lamanya iaitu mengintai dan mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan Isak. Maklumat ini selalunya dihantar dalam bentuk poskad setiap kali Hit-ler tiada di Linz.

Bila ditanya mengapa masih tidak mendekati Isak, beliau menegaskan ia akan dilakukan pada hari esok. Tetapi Kubizek sedar janji yang dibuatnya itu sekadar janji kosong dan ia tidak akan ditunaikan sampai bila-bila. Peristiwa ini memperlihatkan pada satu masa dalam kehidupannya, Hit-ler tidak mempunyai sentimen keben-cian melampau terhadap orang Yahudi.

Justeru, timbul persoalan apakah sentimen ini sengaja dimainkan bagi membolehkannya merebut kuasa di Jerman pasca-Per-ang Dunia Pertama (WWI)? Jika benar, maka kebenciannya selama ini didorong oleh kuasa dan kisah cintanya yang tidak kesampaian. Jika jadi sekalipun, Isak akan menggantikan tempat Eva Braun dan ma-ti bersama Hit-ler dalam bunkernya di Berlin pada April 1945.

Jadi, apa yang berlaku kepadanya? Isak berkahwin dengan seorang pegawai ten-tera dan terus menetap di Vienna pasca-Per-ang Dunia Kedua. Wanita ini langsung tidak tahu dirinya membangkitkan mabuk asmara dalam perencana per-ang paling berdar-ah dalam sejarah dunia itu.

RUJUKAN:

Roberts, A. (2006). Hit-ler’s secret Jewish girlfriend. Daily Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.