Heyreddin Barbarossa: Penjulang Uthmaniyyah Yang Ditakuti Musuh

829

https://bit.ky/kombowww

Hayreddin Barbarossa merupakan salah seorang pahlawan laut paling masyhur pada zamannya. Bersama dua orang abangnya, iaitu Ishak dan Aruj, mereka menakluki kota Aljir (Algiers) yang terletak di Afrika Utara dan kemudian menyerahkannya kepada Uthmaniyah bagi melindungi rantau itu dari s3r4ngan Sepanyol.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut tidak menghalang Sepanyol dari terus melakukan gempvran ke atas Tlemcen pada tahun 1518. Kota ini terletak berhampiran Aljir yang ditadbir oleh Hayreddin dan adik-beradiknya.

Pengepungan tersebut mengorb4nkan ny4w4 Ishak dan Aruj, justeru Hayreddin mewarisi kedudukan Aruj sebagai pemerintah Aljir dan menumpahkan khidmat untuk Empayar Uthmaniyah. Pada era pasca-Aruj inilah Hayreddin meneruskan petualangannya di laut dan menempa nama sebagai salah seorang laksamana termasyhur dunia.

LATAR BELAKANG HAYREDDIN BARBAROSSA

Hayreddin Barbarossa pada asalnya dikenali dengan nama Khizr atau Khidr dan beliau dilahirkan di Pulau Lesbos, Greek, sekitar tahun 1478. Hayreddin mempunyai tiga orang abang. Namun menjelang tahun 1518, kesemua adik-beradiknya sudah pun men1ngg4l dunia dek terk0rb4n dalam pertempvran.

Selepas Aruj gugvr di Tlemcen, Hayreddin bukan hanya mengambil-alih kedudukan Aruj sebagai pemerintah Aljir. Akan tetapi, beliau turut mewarisi nama timangan yang dipegang oleh adik-beradiknya dalam kalangan masyarakat Eropah, iaitu Barbarossa (merujuk kepada janggutnya yang berwarna merah).

Potret Hayreddin Barbarossa Pasha (1478-1546)

Perihal nama Hayreddin, ia boleh dimengertikan sebagai ‘kebaikan agama’ dan nama tersebut merupakan gelaran hormat yang dikurniakan oleh sultan Uthmaniyah, Sulaiman al-Qanuni kepada beliau.

PETUALANGAN AWAL HAYREDDIN

Sekitar pertengahan tahun 1518, Sepanyol menaklvki Tlemcen. Namun berbekalkan t3nt3ra bantuan yang dihantar oleh Uthmaniyah, Hayreddin berupaya merebut semula kota itu pada penghujung tahun sama.

Pada tahun berikutnya pula, gabungan t3nt3ra Sepanyol-Itali datang menggempvr Aljir namun berjaya ditangkis dengan jaya oleh Hayreddin. Dalam tahun sama itu jugalah beliau menuntut bela atas pemergian adik-beradiknya dengan meny3r4ng Provence, Perancis. Pada tahun 1520, Sultan Selim I m4ngk4t dan digantikan oleh puteranya, Sulaiman al-Qanuni.

Sulaiman 1 adalah Sultan Uthmaniyah ke-10 dan yang paling lama memerintah, dari 1520 hingga tahun kem3ngk4tannya, 1566

Sebagai ganjaran ke atas khidmat yang dicurahkan oleh armadanya, Hayreddin memohon kepada Sultan Sulaiman agar melanjutkan naungan perlindungan Uthmaniyah ke atas Afrika Utara, khususnya dari s3r4ngan Kristian-Sepanyol. Permohonan tersebut diperkenan dan armada Hayreddin sekali lagi bebas berpetualangan di pantai Perancis dan Sepanyol.

Seterusnya pada tahun 1522, Hayreddin menyertai kempen penaklvkan Rhodes dengan menghantar kapal-kapalnya di bawah kepimpinan Kurtoglu, salah seorang panglimanya. Rhodes merupakan kvbu kuat bagi Kesatria St. John, iaitu l4nun-l4nun Kristian yang sering mengganggu dan menj4r4h kapal-kapal Uthmaniyah di Mediterranean barat. Justeru dalam erti kata lain, menewaskan mereka adalah seumpama mencabut dvri yang melvkakan batang tubuh Uthmaniyah.

KONFLIK DENGAN EROPAH

Petualangan Hayreddin berlanjutan masa demi masa dan beliau terus menimpakan kesusahan buat orang Eropah. Oleh kerana itu, pada tahun 1530, Charles V si maharaja Rom Suci mengambil keputusan untuk meminta bantuan seorang laksamana Genoa yang handal, bernama Andrea Doria.

Pertembungan pertama antara Hayreddin dan Doria berlaku pada tahun 1531. Pert3mpvran tersebut menyaksikan Hayredidn berjaya menundukkan Doria yang mengetuai armada Sepanyol-Genoa berkekuatan 40 buah geliung. Kemenangan ini meraihkan Hayreddin penghormatan langsung daripada Sultan Uthmaniyah.

Semasa Sulaiman al-Qanuni sedang mengetuai kempen ketent3r4an ke Habsburg, Austria, pada tahun berikutnya, Doria mengambil kesempatan untuk menaklvk beberapa buah kota Uthmaniyah di pantai Yunani.

Walaupun Uthmaniyah berhasil merebut semula kota-kota tersebut, peristiwa ini membuatkan sultan menyedari betapa pentingnya bagi beliau untuk mempunyai sebuah armada yang gagah demi melindungi kepentingan empayarnya di Mediterranean, khususnya dari gangguan p4hlaw4n-p4hla4wan laut Eropah yang handal seperti Genoa dan Venetia. Rentetan itu, Hayreddin pun dipanggil menghadap sultan di istana Konstantinopel dan dilantik sebagai laksamana Uthmaniyah.

PERTEMPVRAN PREVEZA 1538

Hayreddin tidak menghampakan sultannya dan beliau terus melakukan s3r4ngan ke atas Kristian-Eropah. Kehandalannya sebagai seorang laksamana sekali lagi terbukti pada tahun 1538.

Pada tahun itu, Liga Suci dibentuk oleh Paus Paul II dan kekuatan t3nt3ranya yang datang dari Negeri-Negeri Paus, Empayar Sepanyol, Kesatria Malta, dan Republik Genoa dan Venice secara keseluruhan  dipimpin sekali lagi oleh Andrea Doria.

Pert3mpVran Preveza yang berlangsung pada 28 September 1538 berakhir dengan kemenangan berada di pihak Hayreddin sekaligus menjamin dominasi Uthmaniyah di Mediterranean timur sehinggalah empayar itu kalah dalam Pert3mpvran Lepanto 1571.

‘Pertempvran Preveza,’ oleh Theodor Christou


Hayreddin terus mencurahkan khidmat bakti kepada Empayar Uthmaniyah dengan penuh kesetiaan. Semasa Charles V cuba merasuah beliau dengan niat supaya beliau berpaling tadah, Hayreddin tanpa ragu-ragu menolak tawaran itu secara mentah-mentah.

PEMERGIAN HAYREDDIN BARBAROSSA

S3r4ngan-s3r4ngan yang beliau lakukan ke atas kota-kota di pesisir pantai juga pada akhirnya membuahkan hasil. Misalnya, Genoa menyerah diri dan memilih untuk membayar ufti kepada Uthmaniyah agar tidak lagi menjadi m4ngs4 s3r4ngan Hayreddin.

Pada suatu tempoh, Uthmaniyah menjalinkan persekutuan dengan Perancis dan makanya, Hayreddin pun melindungi sempadan selatan Perancis dari s3r4ngan Sepanyol.

Dalam Pengepvngan Kota Nice pada 1543, armada Barbarossa bergabung dengan armada Perancis untuk menaklvk kota itu

Memasuki tahun 1544, perjanjian damai antara Uthmaniyah dan Sepanyol akhirnya dimeterai. Tahun berikutnya, Hayreddin bersara dan pulang ke kediamannya yang terletak di pantai utara Bosforus.

Putera beliau dilantik sebagai pentadbir Aljir dan beliau pula meluangkan sisa hidupnya dengan mengusahakan memoir dirinya sendiri. Pada tahun 1546, laksamana tersohor itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dan dikebvmikan di Selat Bosforus sebelah Eropah.

M4k4m Hayreddin Barbarossa di Besiktas, Istanbul

RUJUKAN:

Wu Mingren. (17 Januari 2016). Hayreddin Barbarossa: Causing a Ruckus as the Notorious Pirate Redbeard. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/hayreddin-barbarossa-causing-ruckus-notorious-pirate-redbeard-005191

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.