Heyreddin Barbarossa : Ketua Armada Laut Uthmaniyah Yang Dilupakan

0
2476
views

Apabila disebut nama Barbarossa pasti akan terbayang di minda pembaca seorang watak lanun di filem Pirate of Carribean  yang bernama Hector Barbarossa. Tetapi tahukah anda nama Barbarossa memang wujud dalam dunia Islam dan beliau merupakan ketua armada yang digeruni oleh seluruh Eropah? Bahkan tidak mustahil, watak dalam filem ini diinpirasikan daripada Heyreddin Barbarossa.

Ketakutan Eropah terhadap panglima Islam ini menyebabkan beliau disebut Il Diavalo yang bermaksu Si Syaitan dan ibu-ibu di Eropah sering menakutkan anak-anak mereka yang nakal dengan nama Barbarossa. Golongan penyair eropah sering menggelar Barbarossa pemilik segala kejahatan. Apakah rahsia kehebatannnya sehingga beliau digeruni oleh seluruh Eropah? Insya-Allah saya berkongsi tentang kisah perjuangannya yang wajar dijadikan pembakar semangat dan iktibar kepada kaum Muslimin.

Pada 1492, berakhirlah kerajaan Islam di Granada apabila pemerintah di Granada telah menyerah kalah kepada Raja Ferdinan II dari Aragon dan ratu Isabella. Golongan Kristian ini telah melakukan kekejaman apabila membunuh dan membakar orang Islam secara besar-besaran. Mereka juga memaksa kaum Muslimin di sana untuk masuk ke agama Kristian. Hal ini menyebabkan penghijrahan besar-besaran orang Islam ke kawasan Afrika Utara kerana tidak tahan dizalimi oleh Kerajaan Sepanyol dan Portugal.

Kejayaan ini menyebabkan kerajaan Sepanyol dan Portugal terus menyerbu wilayah Islam di pantai Afrika Utara dan kawasan-kawasan di sekirarnya. Kerajaan-kerajaan Islam di Maghribi, Tunisia dan kawasan-kawan sekitarnya dilihat tidak mampu menghadapi golongan salibis ini yang semakin berkuasa.

Kerajaan Sepanyol pada waktu itu berjaya merebut kawasan-kawasan yang strategik seperti Perlabuhan Ceuta di Maghribi dan Aljir di Algeria. Mereka juga berjaya membina kubu-kubu yang kuat di kawasan itu sehingga menyukarkan kerajaan Islam di kawasan Afrika Utara untuk merampas kembali wilayah itu.

Gerakan jihad menentang dua kerajaan Salibis iaitu Portugal dan Sepanyol dilihat tidak teratur sehingga lahirlah dua pahlawan Islam yang digelar Barbarossa bersaudara iaitu Heyreddin Barbarossa dan Oruc Babarrosa. Kedua pahlawan Islam ini berjaya menyatupadukan umat Islam di Algeria untuk mengahalang Portugal dan Sepanyol dari terus meluaskan jajahan mereka ke atas kota pelabuhan dan kota di Afrika Utara.

Dalam menghadapi golongan penjajah kedua pahlawan Islam ini telah menggunakan kaedah gerila di laut bagi menghadapi kapal-kapal Portugal, Sepanyol dan kesartia John The Baptist. Hal ini kerana mereka tidak memiliki keupayaan yang mencukupi bagi melancarkan serangan terhadap golongan salibi ini. Walaubagaimana pun Barbarossa bersaudara ini berjaya menimbulkan kegerunan dalam kalangan  orang-orang Eropah walaupun pada awalnya mereka tidak mendapat dukungan daripada mana-mana  kerajaan Islam.

Golongan penyair Eropah sering menggelar Barbarossa pemilik segala kejahatan dan perompak yang tiada tandingannnya di dunia ini. Bahkan golongan orientalis juga sering menggambarkan kedua-dua Mujahidin Islam ini sebagai lanun. Hal ini bertentangan dengan fakta sejarah bahawa kedua mujahidin ini tidak akan menyerang kapal melainkan kapal Eropah yang menyerang  Muslim sahaja. Oleh itu, marilah kita mengenal perjuangan Barbarossa bersaudara ini dan belakang mereka.

Barbarosa bersaudara ini merupakan gelaran yang diberi kepada dua orang adik beradik iaitu Hizir (Heyreddin) dan Oruc. Mereka berdua dilahirkan di Pulau Lesbos atau Pulau Mytilene yang merupakan gugusan pulau yang terdapat di Turki. Bapa mereka berdua merupakan veteran perang di zaman Sultan Mehmed II (Muhammad Al-Fatih)  yang mendiami Pulau Lesbos setelah penaklukan Pulau itu oleh Sultan Mehmed II pada tahun 1462 M. Ibu mereka berdua merupakan seorang wanita Andalus.

Melalui Ibunyalah, kedua adik beradik ini bersemangat tinggi untuk menghadapi Sepanyol dan Portugal yang telah melakukan kekejaman di rantau Andalus. Semenjak dari kecil kedua adik beradik ini telah dididk akan ilmu-ilmu berkaitan perkapalan dan lautan sehingga mereka menjadi orang-orang laut yang mahir. Oruc dan Hizir (Heyreddin) juga mempuyai dua orang adik yang turut merupakan pejuang Islam yang bernama Ishak dan Ilyas.

Konflik yang berlaku antara Barbarossa bersaudara ini dengan kapal-kapal Eropah bermula apabila kapal dagang Oruc telah dirompak oleh kapal kesatria Saint John. Namun Aruc telah berjaya melarikan dan berazam untuk berjihad melawan kapal-kapal Eropah. Oruc telah mengajak adiknya Hizir (Heyreddin) untuk turut sama menyertai gerakan jihadnya.

Persetujuan Hizr menyebabkan bermula sebuah gerakan jihad Saudara Barbarosa walaupun pada mulanya gerakan mereka kekurangan kelengkapan alat senjata dan hanya memiliki sebuah kapal. Namun kemahiran Barbarosa bersaudara telah menyebabkan mereka merupakan antara armada yang digeruni dan ditakuti di lautan mediteranean sehingga mendapat gelaran Barbarossa (janggut merah).

Pada peringkat awal gerakan jihad lautan Barbarossa bersaudara  lebih tertumpu pada kepulauan kecil yang terletak di kawasan berhampiran denngan tempat kelahiran mereka berdua sahaja. Namun kemaraan Kuasa besar Kristian Iaitu Sepanyol dan Portugal melawan kaum Muslimin di Afrika Utara pada awal abad 16 M telah menyebabkan Barbarossa bersaudara ini memindahkan kegiatan mereka ke wilayah tersebut. Lebih-lebih lagi Portugal dan Sepanyol telah berjaya menakluk kawasan yang strategik dan kota pelabuhan di Afrika Utara.

Kedua-dua Barbarossa ini telah mencapai beberapa siri kemenangam terhadap lanun kristian sehingga mendapat perhatian daripada kerajaan Islam di Afrika Utara. Hal ini terselah apabila Sultan Tunis iaitu Sultan al-Hafsi telah menghadiahkan Pulau Jarbah yang terletak di Teluk Gabes sebagai markas kepada mereka dan Sultan akan mendapat seperlima daripada rampasan perang barbarosa bersaudara.

Selain itu, Pulau Giglio yang terletak di arah barat laut dari kota Roma juga dikatakan sebagai Markas tentera angkata laut mereka. Melalui dua pengkalan atau markas rahsia ini, Barbarossa bersaudara bersama anak buah kapal mereka ini berjaya menyerang kapal Kristian di lautan Mediteranean dan menakluk beberapa kawasan di Afrika Utara.

Armada Barbarossa bersaudara juga telah  berjaya menakluk wilayah -wilayah di persisiran pantai Algeria dari Sepanyol dan boneka mereka seperti Aljir, Bajayah dan Jaljil pada sekitar 1510-an.  Penguasaan wilayah-wilayah ini memudahkan Barbarosa bersaudara membebaskan dan membantu kaum Muslim dan Yahudi yang lari dari Andalusia. Terdapat juga golongan pelarian yang telah menyertai angkatan tentera mereka.

Terdapat sejarawan mengatakan bahawa penguasaan Barbarosa.bersaudara ke atas Algeria dan Tunisia ini tiada kaitan dengan pemintaan penduduk di sana. Hal ini kerana terdapat kerajaan Muslim sendiri yang ingin menghalau Barbarossa bersaudara sendiri. Namun dakwaan ini silap kerana kedatangan mereka memang dijemput oleh penduduk tempatan untuk menghadapi serangan ganas tentera Sepanyol.

Hujah bahawa terdapat pemimpin Muslim di sana yang ingin mengusir mereka berdua dapat dipatahkan apabila pemimpin-pemimpin ini disingkirkan oleh Barbarosa bersaudara demi menyatupadukan negara Algeria. Hal ini, kerana sebelum ini negara Algeria terdiri daripada kerajaan kecil yang berpecah-pecah. Sejumlah penduduk dan beberapa pemimpin tempatan turut menyokong dasar ini dan ikut serta dalam serangan dilancarkan kerana merasai bahaya akan tentera Sepanyol.

Pakatan Bersama Uthmnaiyah

Kejayaan Barbarossa bersaudara ini menyebabkan terdapat beberapa Sultan atau pemerintah di kawasan Afrika Utara berasa terancam akan kedududkan mereka. Sultan Salim Al-Toumi iaitu pemerintah di Algeria telah menghalau Barbarossa bersaudara dari Algeria pada tahu 1516 M kerana berasa terancam dengan gerakan jihad mereka membebaskan wilayah-wilayah di Algeria daripada Sepanyol.

Tindakan Sultan Salim Al-Toumi menyebabkan Oruc Barbarossa mengambil keputusan untuk menggulingkan pemerintahannya kerana pada pandangannnya Algeria merupakan kawasan yang strategik bagi menghadapi kerajaan Sepanyol dan sekutunya. Kejayaan ini menyebabkan Saudara Barbarosaa berkuasa di seluruh Algeria dan kawasan Tunisia serta menjadi pemerintah di sana.

Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk menstabilkan kawasan Algeria dan Tunisia. Keadaan bertambah buruk apabila Oruc Barbarossa syahid ketika operasi menawan Tlemcen pada tahun 1518 M daripada penguasa di sana yang bersekutu dengan Sepanyol.

Kesyahidan Oruc Barbarossa menyebabkan adiknya Heyreddin Barbarossa (Hizir) memimpin negaranya dan armada lautnya tanpa abangnya. Heyreddin kini berada dalam keadaan yang sulit dengan kesyahidan abangnya. Disamping itu beliau juga harus menghadapi kekuatan armada Sepanyol dan pemimpin tempatan yang tidak menyokong mereka. Sepanyol ketika itu baru sahaja menerima raja baharu yang bernama Charles V cucu kepada Ferdinand penakluk Granada. Walaupun baru berusia 16 tahun, Charles memperlihatkan permusuhannya dengan Empayar Uthmaniyah dan Barbarossa sehingga keadaan di Lautan mediteranean menjadi semakin panas.

Kesulitan ini menyebabkan Heyreddin Barbarossa memerlukan pakatan baharu yang boleh menjamin keamanan, kestabilan, gerakan jihad wilayahnya. Oleh kerana itu, beliau melihat Kerajaan Turki Uthmaniyah yang berada di bawah pemerintahan Sultan Selim I merupakan calon yang paling sesuai atas beberapa sebab iaitu:

1. Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai pengaruh yang besar di Laut Mediteranean.

2. Pemimpin-pemimpin di Afrika utara lebih mendokong kerajaan Turki Uthmaniyah

3. Melihat kemenangan-kemengan yang dicapai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah semenjak penaklukan Konstantinopel.

4. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah menyatakan ksediaan membantu mereka dan saki-baki umat Islam di Andalus semenjak Oruc Barbarossa masih hidup lagi.

Terdapat ahli sejarawan menyatakan pakatan antara kerajaan Uthmaniyah dan Barbarossa telah bermula semenjak 1514 M lagi iaitu setelah Oruc dan Heyreddin Menakluk kota perlabuhan di Jijel. Barbarossa bersaudara telah menghantar sejumlah harta permata yang diperolehi ketika penaklukan Jijel, kepada Sultan Selim I.

Sultan Selim I telah menerima hadiah mereka dan membalas dengan penghantaran 14 kapal perang yang lengkap dengan tentera dan senjata. Pakatan pada tahun 1519 M itu dilakukan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua kerajaan dan menjadikan Algeria sebagai wilayah di bawah naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Hasrat ini pasti disukai Sultan Selim I kerana baginda ketika itu lebih memfokuskan perluasan wilayah di Timur bagi menghalang serangan Sepanyol, Portugal dan kesatria John pada wilayah itu.

Langkah yang diambil oleh Heyreddin Barbarossa untuk menjadikan Algeria berada di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah ialah mengarahkan pengutusan surat kepada Sultan Selim I yang baru sahaja pulang ke Istanbul dari Mesir. Surat yang bertarikh dalam tempoh antara 26 Oktober hingga 3 November 1518 M ini masih tersimpan dalam pusat ,anuskrip sejarah di Dewan Tokapi nombor 4656, Istanbul.

Menurut catatan yang terdapat dalam surat itu, Heyreddin Barbarossa menyatakan hasratnya untuk hadir ke Istanbul bagi membentangkan isu-isu mengenai Algeria kepada Sultan Selim I. Namun beliau tidak berkesempatan hadir ke sana hasil permintaan pemimpin-pemimpin di kota sana yang sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi serangan Sepanyol. Pemimpin kota ini telah meminta Heyreddin menghantar wakil duta sebagai wakil ke sana.

Surat ini turut mewakili kesemua Hakim, khatib, fuqaha’, imam, pedagang dan pemimpin masyarakat serta seluruh ahli masyarakat Algeria. Surat ini juga turut dinyatakan hasrat mereka untuk tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Utusan penghantaran surat ini diketuai oleh ulama, panglima dan pemimpin politik yang bernama Abu Al-Abbas Ahmad bin Qadi. Wakil ini telah menceritakan temtang keadaan yang dihadapi Algeria dan ancaman dari Sepanyol dan sekutunya.  Mereka juga turut menyatakan perjuangan jihad Oruc menentang kaum kuffar sehingga syahidnya Oruc ketika pengepungan Sepanyol di Tlemecen. Penduduk Algeria juga menyebut pribadi Heyreddin Barbarossan dalam surat itu iaitu:

“Oruc kemudian digantikan oleh adiknya, pejuang di jalan Allah Abu Tuqa Heyreddin. Heyreddin berjaya mengambil alih tempat abangnya dengan baik dan beliau kini berjuang mempertahankan kami. Kami kenali beliau sebagai seorang yang adil, sakasama dan patuh menurut ajaran Nabi yang mulia. Beliau menyanjung tinggi dan menghormati kedudukan Tuanku (Sultan Selim I). Beliau menyerahkan segala jiwa raga dan harta beliau dalam jihad demi mencapai keredaan Tuhan segala manusia dan memartabatkan kalimah Allah. Harapan beliau ialah supaya kerajaan tuanku sentiasa berdiri megah dan teguh. Kami amat menyayangi beliau dan berdiri teguh bersama beliau. Kami dan ketua kami bersedia berkhidmat untuk Tuanku. Seluruh penduduk Barjayah di timur dan barat sentiasa sedia berkhidmat untuk tuanku.”

Al-Shalabi telah merumus isi surat utusan itu dengan:

1. Heyreddin merupakan pemerintah Islam yang tertinggi di Afrika Utara. Beliau menghormati dan melaksanakan segala asas syariat Islam

2. Tindakan beliau lebih tertumpu kepada memimpin serangan jihad terhadap tentera Kristian

3. Beliau menyanjung tinggi dan menghormati empayar Uthmaniyah dan semua sultan Uthmaniyah

4. Surat ini menunjukkan bahawa penduduk tempatan bersatu padu dan penduduk Islam algeria mempunya matlamat yang jelas.

Waqaf Saham

Apabila menerima surat daripada Heyreddin, Sultan Selim I telah menerima permohonan mereka untuk berada di bawah pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah dan Heyreddin Barbarossa telah dianugerahkan darjat Beylarbek (gabenor) di Algeria. Beliau kini turut menjadi ketua angkatan tentera yang tertinggi di rantau itu. Algeria turut menjadi wilayah naungan kerajaan Uthmaniyah dan musuh Luar yang menyerang Algeria akan dianggap musuh Uthmaniyah.

Sultan Selim I turut menghantar 2000 orang tentera Janissari berserta sebuah meriam ke Algeria. Semenjak 1519, tentera Janissari telah mempengaruhi kehidupan politik dan ketenteraan di Afrika utara. Sultan Selim I juga telah membenarkan masyarat Islam di wilayahnya berhijrah ke Algeria untuk menyertai gerakan jihad di sana secara sekarelawan dan akan diberi keistimewaan yang sama seperti golongan janissari jika mereka menyertai barisan tentera di sana. Keputusan Sultan Selim I telah menyebakan ramai masyarakat Muslim dari Anatolia berhijrah ke Algeria. Al-Shalabi juga telah menyenaraikan kesan-kesan keputusan Sultan Selim I iaitu:

1. Algeria secara rasmi di bawah kuasa Uthmaniyah sejak tahu 1519. Nama sultan Selim turut disebut ketika khutbah dan dicetak dalam mata wang.

2. Penghantaran temtera Uthmaniyah adalah atas memenuhi kehendak penduduk Algeria bukan secara paksaan.

3. Algeria merupakan wilayah afrika utara pertama di bawah Kerajaan Uthmaniyah.

Dengan ini maka Algeria telah menjadi pusat gerakan jihad empayar Uthmaniyah di lautan Mediteranean. Dari wilayah ini, kerajaan Uthmaniyah menjalankan gerak kerjanya menawan seluruh Afrika Utara di bawah pimpinan Heyreddin Barbarossa. Collin Imber menyatakan bahawa pakatan ini memulakan konflik yang panjang antara Sepanyol dan Uthmaniyah di Laut Mediteranean. Sesungguhnya Sultan Selim I telah memulakan gerakan jihad Uthmaniyah di Afrika Utara yang akan diteruskan oleh anaknya Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

Cabaran Politik Baru Di Algeria 

Dalam situasi politik yang baru ini Heyreddin Barbarossa telah menghadapi cabaran daripada dua pihak iaitu:

A. Sepanyol

Heyreddin Barbarossa perlu menghalau kerajaan Sepanyol daripada wilayah jajahan mereka sepertimana yang dilakukan olehnya sebelum ini bersama abangnya Oruc Barbarossa demi menyelamatkan kaum Muslimin daripada kejahatan Kerajaan Sepanyol di Afrika Utara sepertimana yang dilakukan oleh mereka di Andalus.

Pada tahun 1529 M (pada waktu ini kerajaan Turki Uthmaniyah berada dibawah pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni, menggantikan bapanya Sultan Selim I pada tahun 1520 M), Heyreddin Barbarossa telah mencapai kejayaan yang besar apabila beliau telah menawan kota Bainun daripada Sepanyol yang terletak di Pulau yang berdekatan dengan Algeria.

Beliau telah melakukan serangan kota itu selama 20 hari dengan serangan meriam sehingga menyebabkan benteng kota itu runtuh. Beliau juga ketika itu mempunyai kekuatan sebanyak 45 buah kapal yang menggempur persisiran pantai. Penawanan ini memberi impak yang positif kepada Algeria kerana setelah kejayaan ini pelabuhan Algeria merupakan ibu kota yang terbesar di wilayah barat tengah dan dinanggap Ibu kota di Afrika Utara setelah kesemua kota di Afrika Utara tunduk di bawah Kerajaan Turki Uthmaniyah

B. Pihak Dalaman

Heyreddin Barbarossa menghadapi konflik dengan suku-suku Ziyan, Hafs dan lain-lain ketila beliau berusaha menyatukan kaum Muslimin di Algeria. Dalam mengatasi cabaran ini, Heyreddin telah menundukkan wilayah mereka kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah. Pemimpin-pemimpin di wilayah ini mula tunduk di bawah pemerintahan empayar  Uthmaniyah kerana ingin berlindung daripada Kerajaan Sepanyol setelah mereka dipaksa memeluk Kristian.

Kejayaan Heyreddin Barbarossa menghadapi cabaran ini menyebabkan beliau berjaya meletakkan tapak kukuh bagi sebuah negara baru di Algeria. Hal ini diperkuatkan lagi dengan bantuan daripada Sultan Sulaiman Al-Qanuni. Bantuan yang diterima memudahkan Heyreddin melancarkan serangan di perairan Sepanyol. Hasil serangan ini berhasil menyelamatkan kaum Muslimin yang dizalim di Andalus.

Pada tahun 1529 M juga Heyreddin telah mengarahkan 36 buah kapal kerajaan Uthmaniyah melancarkan 7 siri serangan ke perairan Sepanyol di barat Lautan Mediteranean. Beliau juga berjaya mewujudkan hasil ekonomi yang kukuh di Algeria hasil daripada antuan kerajaan Uthmaniyah, cukai, tawanan, hasil perang, zakat, usyur, jizyah, fai’, kharaj serta bayaran yang diberi oleh ketua suku di Algeria yang menjadi sumber pendapatan Algeria sendiri.

Heyreddin Barbarossa
King Charles V

Kerajaan Sepanyol pada waktu itu merasai kesan buruk hasil serangan Heyreddin Barbarossa. Sepanyol ketika itu diperintah oleh Charles V yang turut merupakan Raja Empayar Suci Roman yang wilayahnya merangkumi Sepanyol, Belgium, Belanda, Jerman dan Austria serta Itali. Kerajaan Suci Roman pada waktu itu berperanan mempertahankan golongan Kristian Eropah daripada Kerajaan Turki Uthmaniyah. Dalam menghadapi kerajaan Uthmaniyah di afrika Utara, raja Charles V telah menghantar perisik ke Afrika Utara pada tahun 1533 M.

Risikan mereka mendapati Kerajaan Hafsi di Tunisia bersedia berkerjasama Dengan Charles V bagi menghadapi Kerajaan Uthmaniyah. Perisik ini turut memberi amaran bahawa sekiranya kerajaan Uthamaniyah berjaya menguasai Tunisia, wilayah afrika akan mudah dikuasa kerajaan Uthmaniyah dan perancangan mendapatkan Andalus kepada kaum Muslimin kembali mudah dilaksanakan.

Kerajaan Hafsi pada waktu itu berada di ambang kejatuhan. Sultan mereka yang bernama al-Hassan telah bertindak kejam terhadap rakyatnya. Beliau turut membunuh adik beradiknya yang dilihat mengancam kedudukannya sebagai sultan. Keadaan ini menyebabkan rakyat di Tunisia mula menentang pemerintahannya. Adik Sultan yang bernama Rashid telah melarikan diri ke Algeria dan meminta bantuan kepada Heyreddin. Permintaanya beliau telah dipersetujui Heyreddin atas beberapa sebab iaitu:

1. Kelemahan kerajaan Hafsi

2. Kedudukan Tunisia yang strategik kerana kawasannya berdekatan dengan selat Sicily. Kejayaan di Tunisia akan memudahkan Heyreddin menguasai selat itu bagi memudahkan perhubungan timur dan barat laut mediteranean.

3. Menyatupadukan wilayah barat Islam di bawah pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah agar membolehkan mereka menguasai Andalus.

Impian Menakluk Sepanyol Dan Pertemuan Mengasyikkan

Setelah berjaya mengusai Belgrade dan menundukkan kerajaan Hungaria di bawah naungan kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Sulaiman Al-Qanuni memasang impian untuk menawan Sepanyol. Namun bergitu seseorang yang mahir akan selok belok negara Sepanyol diperlukan untuk menjayakan cita-cita agung Sultan Sulaiman ini.

Akhirnya baginda membuat keputusan untuk memilih Heyreddin kerana beliau sering melancarkan serangan ke atas negara Sepanyol dan menawan beberapa negara arab di afrika utara daripada Sepanyol serta pengiktirafannya terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah semenjak zaman Sultan Selim I lagi.

Oleh itu Sultan Sulaiman telah menghantar sepucuk Surat untuk  meminta Heyreddin Barbarossa datang ke Istanbul untuk berjumpa dengannya. Baginda juga mengarahkan agar Heyreddin melantik pemangkunya di Algeria sepanjang ketiadaanya di wilayah itu.  Setelah menerima surat daripada Sultan Sulaiman, Heyreddin telah mengadakan mesyuarat agung yang dihadiri oleh pembesar serta para ulama. Heyreddin membacakan surat itu kepada mereka dan menyatakan bahawa surat itu tidak boleh diabaikan.

Apabila Andrea Doria ketua armada Laut Republik Genoa mengetahui mendengar hasrat Sultan Sulaiman Al-Qanuni untuk menawan Sepanyol dan menjemput Heyreddin untuk menjayakan misinya maka beliau beliau merancang untuk menggagalkan pertemuan itu. Adrea Doria telah menyebarkan khabar bahawa Kerajaan Sepanyol menyerang Algeria kepada tawanan Kristian Sepanyol di sana dan akan membebaskan mereka sekiranya penawanan itu berjaya. Berita ini memberikan semangat kepada tawanan sepanyol sehingga mereka melancarkan tentangan kepada Heyreddin.

Heyreddin telah menghukum bunuh tawanan ini demi mengelakkan ancaman yang berbahaya daripada mereka. Heyreddin telah menambahkan jumlah kota pertahanan di Algeria demi mengukuhkan keselamata kota ini. Pada tahun 1533 M, Heyreddin telah menuju ke Istanbul. Beliau telah melantik Hasan Agha al-Tushi sebagai pemangkunya di Algeria.

Heyreddin telah belayar ke Istanbul melalui timur Laut Mediteranean. Beliau belayar bersama 44 buah kapal. Dalam perjalanan, Heyreddin telah mengalahkan armada laut kerajaan Hasburg berdekatan kawasan Morea. Heyreddin telah singgah di kota  Bairwazan. Ketibannya disambut oleh penduduk kota itu yang takut akan ancaman Adrea Doria. Apabila tiba di kota Awarain, Heyreddin telah berjumpa dengan armada laut Sultan Sulaiman dan berangkat bersama sehingga tiba di kota Qarwan. Di sana Heyreddin menulis surat kepada Sultan Sulaiman di Istanbul untuk meminta izin agar dapat berjumpa dengan baginda. Sultan Sulaiman berasa gembira akan kedatangan Heyreddin setelah menerima surat yang diberikan kepadanya.

Apabila tiba di Istanbul, Heyreddin telah melepaskan tembakan meriam sebagai tradisi untuk menunjukkan kedatangannya. Apabila menghadap Sultan Sulaiman, Heyreddin dan pengiring utamanya telah diberi anugerah yang melimpah ruah daripada Sultan.

Mereka juga ditempatkan di salah sebuah istana dan dibawa melawat ke kawasan industri. Sultan Sulaiman juga telah melantik Heyreddin Sebagai Kapudan Pasha iaitu gelaran bagi ketua armada Kerajaan Turki Uthmaniyah. Jawatan ini memberikan Heyreddin kuasa penuh dalam misi untuk menawan Andalus.

Sultan Sulaiman juga telah bermesyuarat dengan Heyreddin Barbarossa dan menekan kepentingan pembukaan Kota Tunisia yang dianggap sebagai pebagai pelan Strategik buat kerajaan Uthmaniyah menawan semula Andalus. Tunisia merupakan wilayah yang strategik buat kerajaan Turki Uthmaniyah kerana:

1. Kedudukan geografi yang terletak di tengah perairan Afrika Utara. Ia juga terletak di pertengahan antara Algeria dan Tripoli. Ia juga terletam berhampirah dengan Itali yang merupakan wilayah empayar Suci Roman. Dan kedudukannya berdekatan dengan Sepanyol dan Pulau Malta yang merupakan pusat kesatria John the Baptist.

2. Kota pelabuhan Tunisia membolehkan Empayar Uthmaniyah menguasai hubungan laut di Mediteranean.

Kemenangan Charles 

Setelah selesai pembentukan armada yang baru, Heyreddin telah membawa armadanya daripada Dardanelle ke perairan Itali Selatan. Beliau telah menyerang musuh-musuh di perairan sana. Heyreddin telah menuju ke arah Pulau Sicily dan berjaya menawan Coron dan Lepanto. Setelah mencapai kejayaan di Perairan Selatan Itali, Heyreddin telah mensasarkan Tunisia bagi melaksanankan hasrat Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk membebaskan kawasan afrika Utara daripada Sepanyol sebelum menawan kembali Andalus.

Apabila tiba di perairan Tunisia, Heyreddin dan armadanya segera memasuki Kota Inabah untuk memperoleh bekalan. Armada Heyreddin juga menawan kawasa Banzarat dan Halaq al-Waad tanpa sebarang tentangan sengit. Di Halaq al-Waad, Heyreddin disambut oleh golongan khatib dan ulama.

Apabila tiba Tunisia, sultan kerajaan Hafsi iaitu Sultan Hasan bin Muhammad melarikan diri ke Sepanyol. Oleh itu Heyreddin mengisytiharkan kekuasaan Kerajaan Uthmaniyah ke atas wilayah Tunisia dan melantik adik Sultan Hasan iaitu putera Rashid menguruskan wilayah ini pada tahun 1534 M. Oleh Kerajaan Uthmaniyah telah mengusai seluruh rantau barat laut Mediteranean.

Namun penguasaan Kerajaan Uthmaniyah terhadap Tunisia tidak begitu lama apabila pada Tahun 1535 M kerajaan Sepanyol telah menyerang kembali Tunisia. Keadaan Kerajaan Uthmaniyah yang mengalami pergolakan di Eropah dan konflik perang dengan kerajaan Syiah Safawi di Iran memberikan peluang keemasan kepada Sepanyol untuk melakukan serangan ini.

Pada awalnya Raja Sepanyol dan kerajaan suci Roman  iaitu Charles V berbelah bahagi sama ada melakukan serangan ke atas Algeria atau Tunisia. Namun hasil permohonan Sultan Hasan bin Muhammad yang tewas sebelum ini dan keinginan Charles mengusir Uthmaniyah dari Tunisia menyebabkan beliau memilih Tunisia.

Raja Charles V telah memimpin armada Sepanyol yang terdiri daripada 500 buah kapal dan 30 ribu tentera yang terdiri daripada rakyat Sepanyol, Belanda, Jerman , Napoli dan Sicily. Armada ini telah menuju ke Tunisia melalui perlabuhan Barcelona. Peperangan yang sengit telah berlaku antara pihak Heyreddin dan Sepanyol yang berakhit dengan kemenangan Sepanyol.

Kerajaan Sepanyol telah mengusai Tunisia disebabkan kekuatan tentera Heyreddin tidak mencukupi bagi menghadapi tentera kristian ini. Tentera Islam ketika itu hanya berjumlah jumlah 7 ribu tentera Uthamaniyah bersama Heyreddin dan 5 ribu rakyat Tunisia. Kemenangan ini mennyebabkan Sepanyol mengusai perlabuhan utama Tunisia iaitu Halaq al-Waadi. Sepanyol telah melantik kembali Sultan Hasana bin Muhammad kembali untuk mentadbir wilayah Tunisia. Apabila kembali ke Sepanyol, Charles disambut sebagai seorang wira dan pemenang.

Jihad Diteruskan 

Pada tahun 1536,  kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah Sultan Sulaiman Al-Qanuni telah mengadakan pakatan dengan kerajaan Perancis di bawah pimpinan Raja Francis I untuk menghadapi musuh yang sama iaitu Kerajaan Suci Roman di bawah pimpinan Raja Sepanyol iaitu Raja Charles V yang turut memiliki konflik dengan Raja Francis I untuk merebut takhta empayar Suci Roman. Pada tahun 1537, Sultan Sulaiman dan Raja Francis I merancang untuk melancarkan Serangan ke atas gabungan  wilayah empayar suci roman di Itali. Rancangan yang disusun ialah:

1. Perancis akan menyerang Lombardi
2. Armada Uthmaniyah akan menyerang melalui laut dari Albania ke atas kerajaan Naples

Namun rancangan ini gagal kerana kerana Raja Francis tidak melaksanakan rancangan menyerang Itali kerana desakan masyarakat Kristian. Pada bulan Ogos, Sultan Sulaiman mengubah rancangannya dengan melakukan Serangan ke atas Pulau Kerajaan Venisia di Corfu. Namun serangan ini menemui kegagalan dan perang terhadap kerajaan Venisia di kepulauan Agea terus berlangsung.

Pada tahun 1538, Armada Uthmaniya di bawah pimpinan Barbarossa berjaya menawan pulau-pulau kerajaan Venisia di Agea seperti  Naxos, Paros, Santorini dan Andros. Kekalahan demi kekalahan menyebabkan kerajaan Venisia mencari sekutu dan pada bulan Februari gabungan Liga Suci dari Pope III, raja charles V, Raja Ferdinand dari Austria dan Venisia terbentuk.

Gabungan sebanyak 600 kapal ini berjaya merebut Kotor di Pantai Dalmasia. Akhirnya armada Uthmaniyah di bawah pimpinan Heyreddin Barbarossa dan Liga Suci di bawah pimpina Andrea Doria ini bertemu di teluk Prevesa, Heyreddin telah mengatur strategi dengan menyerang secara langsung. Walaupun bilangan tentera yang sedikit namun kapal-kapal Uthmaniyah mampu bergerak lebih laju dan meriam mereka mampu menembak dengan jarak yang lebih  jauh. Setelah beberapa jam armada Uthmaniyah mencapai kemenangan dengan menlumpuhkan  separuh armada liga Suci. Kemenangan ini mengejutkan ini menyebabkan Andera Doria dan bala tenteranya mengundurkan diri.

Kemengan ini adalah kemengan paling terkenal Heyreddin Barbarossa menurut Collin Imber. Setelah itu, Heyreddin berjaya menawan Kotor kembali dan perang berakhir pada tahun 1540. Perjanjian telah dilaksanakan menyebabkan Venisia menyerahkan pulau2 ditawan Heyreddin di Agea kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pimpinan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

Pada tahun 1543, pakatan antara kerajaan Uthmaniyah dan Perancis diteruskan. Panglima Perancis Iaitu Putera Francis De Borbon berada di bawah Heyreddin Barbarossa yang merupakan panglima tertinggi angkatan Pakatan Franco-Ottoman. Pada saat itu, Heyreddin telah menyerang Nice dan mengusir Duke Savoy pemerintah Nice.

Nice telah diserahkan semula di bawah kuasa Perancis. Setelah itu Heyreddin telah menjadikan Toulon sebagai markas armada Uthmaniyah. Raja Perancis telah mengarahkan penduduk kota meninggalkan kota itu dan kota itu diserahkan kepada orang Islam. Tindakan Perancis telah menimbulkan kemarahan Kristian. Tentera Islam terus berada dalam kota itu sehingga 1544.

Raja Charles telah melakukan serangan ke atas timur laut Perancis tetapi serangan ini gagal di tembok kota Chateau-Thierry. Oleh kerana kemasyuran Charles V semakin malap lebih lagi serangan ke atas Algeria menemui kegagalan pada tahun 1541 kepada rakyat Algeria di bawah pimpinan hasan agha Tushi. Maka beliau telah menandatangi perjanjian damai dengan Raja Francis I pada 18 September di kota Crept-en-Laonnais. Perjanjian menyebabkan Heyreddin telah berundur dari Toulon ke Istanbul.

Meskipun Perancis telah berdamai dengan Sepanyol, konflik Uthmaniyah-Sepanyol masih belum berakhir. Dalam perjalanan pulang ke Istanbul, Heyreddin telah berlabuh di Kota Genoa. Ketibaanya menimbulkan ketakutan Majlis Senat sehingga beliau diberi hadiah yang bernilai. Setelah itu Heyreddin telah menwan wilayah Sepanyol di Pulau Elba. Kota-kota seperti Lipari sepanjang persisiran pantai turut ditawan oleh Heyreddin Barbarossa. Ketibaanya di Istanbul dengan muatan kapal yang penuh dengan kekayaan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk.

Pada tahu 1546, Heyreddin Barbarossa telah meninggal dunia di Istanbul dengan aman. Beliau merupakan mujahid Islam yang berjaya membebaskan sebahagain besar wilayah Afrika Utara, penakluk kepulauan-kepulauan Venisia di Agea dan mengamankan lautan mediteranean. Kehilangannya  begitu dirasai oleh kaum Muslimin.

Menurut Al-Shalabi, Heyreddin telah menghantui masyarakat Eropah sehingga apabila mereka ternampak sesuatu dari jauh, mereka akan mengaitkannya dengan Heyreddin lalu diiringi dengan perbuatan seperti menjerit, melarikan diri. Apabila ombak memecahkan kapal, mereka menganggap Heyreddin melakukan sesuatu di laut sehingga kapal mereka tenggelam. Bahkan apabila berlaku jenayah, kecurian,keburukkan, kemusnahan, penyakit dan wabak maka Barbarossalah yang akan dipersalakan. Ratapan mereka telah diluahhkan dengan puisi di bawah:

Barbarossa Barbarossa,
Engkaulah punca segala keburukkan,
Segala kesakitan, kemudaratan, bencana dan kemusnahan,
Segalanya bepunca dari lanun ini yang tiada tandingan di dunia

Nota Editor: Artikel ini turut disiarkan secara bersiri di blog Revolusi Melayu Baru.