Hermoine Granger merupakan antara watak penting dalam siri Harry Potter. Bukan sahaja beliau merupakan watak pembantu yang penting, tetapi juga melambangkan watak heroine yang utama. Tetapi watak ini seolah-olah mendapat kritikan kerana cuba membayangi watak utama siri, iaitu Harry Potter.

Harry Potter digambarkan sebagai watak yang ‘entitled’, beliau tidaklah bijak, tapi beliau dilahirkan istimewa dan sememangnya kehebatan beliau itu adalah bakat semulajadi. Berbeza dengan Hermoine Granger, seorang mudblood yang tidak ada keturunan sihir tetapi berusaha untuk menjadi ahli sihir yang hebat dengan belajar bersungguh-sungguh.

Di sini kelihatan terdapat bias gender yang dibawa oleh golongan feminis bahawa watak utama lelaki yang berbakat perlu diketengahkan berbanding dengan watak wanita yang perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. Jikalau disuruh untuk menamakan watak filem genius lelaki, dalam masa sepuluh saat kita boleh namakan sembilan.

Tapi kalau disuruh namakan watak genius wanita, satu pun belum tentu boleh. Pendedahan dalam filem secara stereotipikal tentang genius kebanyakannya lelaki ini dianggap sebagai mengecil-ngecilkan kebolehan orang perempuan, padahal tidak ada kajian pun menunjukkan bahawa general intelligence perempuan lebih rendah berbanding lelaki.

Dalam artikel ini kita akan bincangkan tentang bagaimana peranan bias gender dalam filem siri Harry Potter dengan menggunakan Hermoine Granger sebagai contoh. Pada era 80an dan 90an, gerakan feminis semakin mendapat tempat seiringan dengan pembangunan pasaran bebas.

Namun, terdapat pula pendekatan yang lebih terperinci yang melangkaui ketiga-tiga gelombang feminisme dan masih wujud sehingga kini. Jika gelombang pertama feminisme menekankan ketidaksamarataan antara lelaki dan wanita, gelombang kedua pula menekankan konsep penindasan terhadap wanita dengan struktur yang lebih. Pemikiran pasca feminisme, dalam sesebuah karya atau filem menekankan tiga konsep penindasan terhadap wanita yang lebih halus. Mengikut kata (Bercuci, 2017), ada tiga bentuk penindasan pasca feminisme:-

  • Pemangsaan terhadap wanita

Secara klishe, kita dapat lihat wanita sentiasa menjadi matlamat hero untuk diselamatkan. Namun, filem masa kini tidak lagi menekankan hal tersebut. Malah, kita dapat lihat watak-watak seperti Hermoine Granger mampu untuk menjaga diri sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Walaubagaimanapun, watak wanita/heroine masih lagi dipaparkan tidak mampu untuk bergerak sendiri tanpa watak hero. Dalam Harry Potter, Hermoine walaupun lebih bijak daripada kawan-kawannya yang lain, beliau dilihat hanya menjadi pembantu kepada Harry Potter untuk mencapai matlamatnya. Kalau kita rujuk kembali filem Harry Potter & The Chamber of Secrets, Kamar Rahsia yang mengurung raksaksa Basillisk yang merbahaya itu dibuka kerana Ginnie Weasley, diperalatkan oleh antagonis Tom Riddle.

Watak-watak seperti Profersor McGonagall, Bellatrix Lestrange dan Molly Weasley hanyalah dipaparkan sebagai watak pembantu sahaja meskipun mereka mempunyai karakter yang tersendiri. Roiphe (1993) berpendapat bahawa feminisme dalam filem masih menempatkan watak wanita sebagai mangsa, letakkan mereka dalam situasi yang vulnerable, masih terdedah dengan objectivity seksual bahawa wanita ini merupakan mangsa dan kekal sebagai mangsa. jikalau wanita sebagai watak yang kuat pun, mereka perlu ditonjolkan ‘menyerupai’ lelaki kerana kewanitaan adalah mangsa.

  • Kecenderungan untuk ‘mensejagatkan’ kewanitaan

Bentuk yang kedua ialah pensejagatan (universalizing) kewanitaan agar semua orang di muka bumi ini bersetuju hanya ada satu sahaja pandangan terhadap wanita. Sepanjang sejarah, wanita melalui pelbagai pandangan, sebagai hamba, sebagai pekerja, sebagai manusia bebas dan berhak dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, pandangan-pandangan ini bukanlah dipersetujui satu dunia. Terdapat beberapa negara kini yang masih lagi memberi upah terhadap budaya misoginis dan memeperlekehkan wanita yang cuba mendapat hak sama rata. Malala Yousafzai, pernah menjadi mangsa buruan dan ugutan bunuh Taliban Pakistan kerana cuba untuk mmenyuarakan hak wanita mendapat pendidikan (Afzal, 2018).

Dalam siri Harry Potter, permasalahan yang diketengahkan adalah wanita dalam siri itu mempunyai hanya satu petunjuk, Hermoine Granger. Watak wanita lain dilihat perlu mencontohi Hermoine untuk berjaya. Mereka setidak-tidaknya perlu ada sifat seperti Hermoine untuk mendapat tempat dalam hidup.

Watak-watak seperti Luna Lovegood dan Pomona Sprout, walaupun hebat dalam bidang masing-masing, dianggap sebagai pelik dan anti sosial. Luna Lovegood, dilihat pelik dan perspektifnya pun berbeza berbanding watak wanita lain dalam siri ini, dan watak Pomona Sprout walaupun seorang professor, dilihat hanya sekadar sampingan dan tidak menonjol.

  • Penukaran peranan gender

Bentuk terakhir iala ‘role reversal’, iaitu penukaran peranan dalam gender. Senang cerita, lelaki berwatak seperti perempuan dan perempuan berwatak seperti lelaki. Dalam siri ini, seperti yang diceritakan sebelumnya, watak wanita perlu ‘bergerak’ seperti lelaki jika mahu ditonjolkan dalam siri. Hermoine, sepanjang siri telah dipermainkan dengan pelbagai perwatakan lelaki, jika beliau ingin bergerak sendiri dan bersifat kewanitaan, beliau akan dipaparkan sebagai seorang yang ‘vulnerable’, ‘annoying’ dan lain-lain.

Tindakan Hermoine membetulkan sebutan Wingardium Leviosa Ron Weasley contohnya, dipaparkan sebagai satu tindakan yang ‘annoying’ kerana kononnya minah ni berlagak pandai. Beliau juga menjadi mangsa polyjuice potion, bertukuar menjadi separuh kucing. Dalam hal ini, beliau dipaparkan sebagai jester atau badut, memperbodohkan diri sendiri bagi memberi progress plot dan watak utama.

Ataupun kalau kita lihat, dalam 7 professor yang mengajar Defense Against the Dark Arts, 6 daripadanya ialah lelaki, dan yang perempuan pun, menjadi watak paling dibenci dalam siri Harry Potter.

Tidak mustahil bagi sesebuah filem untuk lari daripada ‘penindasan’ sebegini terutamanya terhadap watak wanita. Namun diharap masyarakat boleh terima watak wanita yang OP.

RUJUKAN

Afzal, M. (2018, April 10). Malala is building more schools in Pakistan. That’s not likely to reduce support for extremism. Retrieved from www.brookings.edu: https://www.brookings.edu/blog/order-from-chaos/2018/04/10/malala-is-building-more-schools-in-pakistan-thats-not-likely-to-reduce-support-for-extremism/

Bercuci, L. (2017). POP FEMINISM: TELEVISED SUPERHEROINES FROM. DOI: 10.1515/genst-2017-0017.

Roiphe, K. (1993). The Morning After: Sex, Fear and Feminism.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.