Semalam tular habis mengenai cemuhan tanpa segan silu yang dilemparkan oleh Tun M ke atas Melayu. Sekian-sekian Melayu ini dilabel dengan pelbagai tohmahan. Yang kongsikan pun banyak jugak kawan-kawan facebook aku. Aku menganggap bahawa cemuhan itu adalah sebahagian daripada internalized racism yang kalau dalam maksud yang difahami oleh orang awam, adalah merujuk kepada perkauman terhadap kelompok etnik dan bangsa sendiri. Kesan internalized racism ini adalah sangat dasyat.

Ada kes remaja kulit hitam pergi buat pembedahan plastik sebab menerima segala cemuhan perkauman ke atas bangsa dia, sampai tak mau dan berbangga lagi dengan identiti kulit gelap, budaya kulit hitam dan identiti depa. Ada yang sampai bleaching kulit depa lagi.

Dasyat kan? Sebab tu ada gerakkan “we wuz kangz”. Gerakan ni nak melawan perkauman dalaman yang sedang bunuh jati diri bangsa depa. Tapi gerakan ni pulak jadi melebih-lebih macam gerakan “Chola” sampai claim macam-macam sejarah dan keagungan bangsa lain.

Di Malaysia, taklah sedasyat di minoriti kulit hitam kena di US, tapi kau dah boleh nampak dah. Ramai yang tak mahu mengaku sebagai Melayu dah. Ramai mula tinggalkan kebanyakan adat dan budaya Melayu yang tak ada kena mengena dengan hal ini. Akhirnya, budaya dan adat Melayu yang dipeluk oleh orang Melayu ditinggalkan begitu sahaja, lantas memeluk kebudayaan dan identiti asing dengan harapan ia mampu membawa bangsa mereka ke tahap lebih maju.

Bagi aku, akar kepada masalah ini cuma satu jer. Inner circle. Inner circle aku adalah Melayu berjaya. Semua hebat-hebat. Saintis roket, agamawan hebat, prodigi Permata, aktivis doktor, guru yang cekal mengajar, arkitek, engineer mendahului zaman, ahli perniagaan hebat, pakar linguistik dan banyak lagi. Ini semua anak-anak Melayu hebat tau. Aku memilih inner circle Melayu yang memberikanku faedah untuk bangkit lebih hebat. Mungkin Inner Circle Tun M adalah ahli politik Melayu yang sentiasa tikam belakang, sentiasa mengkhianati, tidak tahu malu dan pemalas dan bergantung pada wang-wang dari sumber yang tidak halal.

Kedua, sebab utama aku untuk tidak bersetuju dengan ini adalah kerana bagi ia adalah membunuh bangsa Melayu sendiri. Kau rasa kau maki hamun, kau kutuk Melayu ni, mereka boleh bangkit dengan cara tu? Analogi aku senang. Seorang pelajar ini lemah dalam sebuah kelas. Kalau seorang guru pergi hadapkan dia di tengah-tengah perhimpunan, kemudian depan pelajar itu, guru ini pun mengutuk, mencaci, menceritakan kelemahan dia depan seluruh kelas.

Kau tahu apa pelajar tu buat? Kau rasa dia akan bangkit jadi hebat? Tak. Dia akan jadi pendendam, dia akan patah hati, motivasi ranap, lantas akhirnya dia mungkin bunuh diri. Daripada mengkritik macam anjing hilang akal, lebih baik kau cari jalan untuk naikkan anak bangsa kau. Sebagai salah seorang pengasas TP dan salah satu barisan pengurusan NGO kami ini, aku memang akui lagi menyedari bangsa Melayu masih ketinggalan. Tapi kami tidak mengambil cara mudah melemparkan kutukkan semata-mata. Cara 60 tahun melaungkan “Melayu Mudah Lupa” ini sudah tamat lama. Tak membawa hasilpun. Carilah cara lain yang lebih membantu Melayu. Yang tidak membunuh jati diri Melayu, Yang tidak menyuntik self-hating ke atas Melayu.

Dalam menekuni situasi yang melanda, aku juga memerhati babak ini. Lebih menyedihkan, apabila ada yang melafazkan ayat-ayat dibawah:

“Orang cina harus berhenti jadi bangsa kuat berjudi, bangsa penipu, bangsa pengkhianat, bangsa licik. Jangan jadi bangsa kuat bagi rasuah. Jangan jadi bangsa tak reti hormat orang lain. Jangan jadi bangsa yang angkuh, sombong. Jangan jadi bangsa rasis. Berubahlah…”

“Orang India harus berhenti jadi kaki minum todi, berhenti jadi gangster, berhenti buat jenayah, claim sejarah orang lain.”

Kalau ada sesiapa sebut perkataan di atas, percayalah, benda pertama yang akan didendangkan ialah…

“Perkauman! Generalisasi!”

Tapi bila disebut…

“Orang Melayu pemalas. Tak reti bekerja. Suka khianat. Harapkan tongkat.”

Oh takpe, dia nak menegur jer. Ini ialah sebuah kebiasan yang sangat melampau. Jangan salah faham, aku dan TP menentang segala bentuk perkauman dan generalisasi. Kami menolak sekali generalisasi di dalam dialog itu diletakkan ke atas orang Cina dan India. Apa yang kami lakukan adalah sengaja mahu menunjukkan kepada umum betapa negara kita sedang menuju ke arah kebiasan yang hanya menghukum bangsa Melayu semata-mata.

Solusi kami setakat ini ialah kami menyebarkan ilmu. Dari falsafah, sains, sejarah, dan seumpama dengannya. Sejarah selain membuka minda dan pastikan anak bangsa belajar dari sejarah silam, kami juga jadikan ia sebagai pengisi jati diri yang hilang, pengisi jati diri yang kosong. Dalam masa yang sama, TP sedang mengusahakan beberapa program ekonomi dan sosial demi membantu anak bangsa. Bagi kami, ini ialah cara walk the talk kami untuk naikkan bangsa kami.

Aku nak kongsikan salah satu faktor kebangkitan jati diri bangsa Korea. Dalam ketika permulaan bangsa Korea nak naikkan bangsa dia selepas Perang Korea, ada Park Chung-hee ketika itu pergi dendangkan yang bangsa Korea ni terbangsat, pengkhianat dan tidak mampu bersatu? Aku bagi satu contoh naratif berdasarkan ucapan Melayu Inferior Complex dan Apologetic:

“Dari dulu asyik berpecah. Dari zaman tiga kerajaan Korea, sampai Monggol Yuan datang pun, suka nak khianat dan dengki bangsa sendiri sampai dijajah pelbagai kuasa asing. Contohnya, sebab nak jatuhkan saingan dia Goguryeo, Silla pi kerjasama dengan Tang. Akhirnya tumbanglah Goguryeo. Bangsa Korea bangsa pendengki dan pengkhianat sesama sendiri!”

Kau rasa dengan naratif macam ni, bangsa Korea akan bangkit sebagai bangsa terhebat? Aku rasa Korea tetap akan jadi antara bangsa termiskin dunia ketika itu. Aku tak rasa “Keajaiban Sungai Han” boleh jadi kenyataan.

Apa sebenarnya yang Korea buat? Mereka bina monumen agung tokoh paling hebat dalam sejarah depa iaitu Laksamana Yi Sun-sin yang pernah berjaya menghalau Jepun dari negara depa. Monumen itu dipasakkan di tempat awam sebagai sumber jati diri bangsa Korea. Aku rasa zaman “Melayu Mudah Lupa” dah tamat. Sekarang ialah zaman, “Melayu Boleh Bangkit Mengulang Sejarah.” Sekarang ialah zaman “Melayu mampu menjadi gagah.”

Ayuh, beri kata semangat kepada diri kita, kepada rakan-rakan kita dan bangsa kita. Kita sama-sama bangkitkan kehebatan ini. Bak kata Hassan Al-Banna:

“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”.

Kita perlu suntik rasa bangga itu dalam diri kita!

Ingat! Seorang pejuang kemerdekaan di dunia pernah berkata.

“Bangsa yang tidak percaya kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka.” (Bapak Soekarno)

Jangan bunuh kepercayaan bangsa kita dengan tohmahan-tohmahan tidak berasas.

Akhir kata, pegang kuat kata Dr. Burhanuddin al-Hilmy pernah berkata dalam kongres Parti Islam Se-Malaya (PAS) dalam tahun 1964:

“Biarlah saya mengambil peluang mengingatkan lagi kepada bangsa-bangsa di dunia ini bahawa Melayu itu adalah nama satu bangsa yang mempunyai kebudayaan dan tanah airnya sendiri. Menghapuskan nama rupa bangsa Melayu adalah satu pengkhianatan politik kepada bangsa Melayu.”

Menghina, menjatuhkan Melayu adalah pengkhianatan kepada orang Melayu sebab ia berupaya untuk membunuh terus keupayaan bangsa itu, lantas membawa kepada kepupusannya seperti bangsa-bangsa agung yang lain dalam sejarah.

#BerhentiBunuhBangsaMelayu
#KitaKanHebat


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.