Helmet PUBG Bukan Helmet Kimpalan

834

https://bit.ky/kombowww

 

Jika anda seorang pemain yang handal dalam permainan video atas talian yang popular sekarang ini, Player’s Unknown B4ttleground (PUBG), mustahil jika anda tidak pernah melihat helmet unik ini.

Tapi handal sahaja tak guna juga jika anda tidak mengenali sejarah helmet ini, kerana kebanyakan pemain PUBG yang penulis perhatikan, sentiasa menganggap helmet level 3 itu sebagai helmet mekanik atau helmet pekerja kimpalan.

Mari kita kenali asal usul salah satu item yang paling kuat dan berupaya menyelamatkan ramai pemain ketika dalam keadaan berbahaya seperti dit3mbak oleh penemb4k tepat.

Helmet Level 3 merupakan salah satu item PUBG terkuat yang mempunyai keupayaan untuk melindungi kepala pemain dari temb4kan. Ianya kelihatan seperti helmet pekerja pengimpal, dan memang benar, ramai pemain yang sering merasa hairan, kenapa mesti memakai helmet mekanik atau pekerja kimpalan?

Ia kerana penampilannya yang unik, ramai juga orang menganggapnya sebagai topeng yang biasa digunakan oleh para mekanik. Hakikatnya, Helmet Level 3 versi yang sebenar sememangnya pernah digunakan untuk tujuan ket3nteraan, yang kebanyakannya memfokuskan pada sebuah pasukan elit t3ntera Rusia.

Nama penuhnya dalam permainan video PUBG adalah Spetsnaz Helmet – Level 3, peralatan ini mendapat nama Spetsnaz yang merupakan perkataan bahasa Rusia yang bermaksud Pasukan Khas. Ini bermakna, Helmet Level 3 ini pastinya ada kaitan dengan Rusia kan? Ya, Spetsnaz merupakan sebuah pasukan khas Rusia yang sangat popular dari zaman Kesatuan Soviet hinggalah ke zaman Persekutuan Rusia hari ini.

Sebenarnya reka bentuk ini digunakan kerana model PUBG yang berbeza berdasarkan helmet Rys’-T atau lebih dikenali sebagai Lynx-T dalam bahasa Inggeris. Ia adalah versi lanjutan Lynx yang dihasilkan dengan bahan titanium dan digunakan untuk Pasukan Khas di bawah Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) atau Kementerian Dalam Negeri (MSD).

Selain Lynx-T, t3ntera Rusia juga menggunakan Lynx-A yang dihasilkan dari bahan aluminium. Sebagai tambahan kepada versi ini, syarikat pengeluar s3njata Rusia, NII Stali juga mengeluarkan K6-3 – versi pasaran dari lanjutan siri helmet ini.

Apa yang menarik ialah Lynx-T bukanlah reka bentuk helmet tempvr pertama. Pendahulu kepada siri helmet Lynx-T adalah Atlyn, yang memiliki banyak persamaan dari segi penampilan.

Walau bagaimanapun, Atlyn mempunyai bingkai di sekeliling kaca yang lebih tipis berbanding Lynx-T, dan skru yang menghubungkan topeng dengan helmet Lynx-T berada di bahagian luar helmet.

Hingga kini, Atlyn, sebagaimana model Lynx, kedua-duanya masih menjadi ‘ciri khas’ atau imej yang sinonim untuk Pasukan Khas Rusia walaupun hari ini Rusia telah melancarkan beberapa model baru yang lebih canggih dan lebih moden.

Maska juga direka berdasarkan reka bentuk Atlyn, tetapi ia tidak dibuat dari bahan titanium, sebaliknya ia dihasilkan dari keluli. Versi Maska-1SCh dihasilkan dengan tujuan untuk mengurangkan berat dan kos, dengan mengganti kaca dengan keluli dan memberikan jarak pandangan yang terhad.Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, helmet yang digunakan Tachanka dalam permainan Rainbow Six Siege sama sekali berbeza dengan helmet PUBG Spetsnaz Level 3. Helmet Tachanka adalah dari jenis Maska atau lebih tepat lagi, Maska-1SCh.

Dalam gambar berikut adalah helmet K6–3 dan Altyn (mereka kelihatan sama tetapi modelnya berbeza). Mungkin ramai pihak yang tersalah anggap bahawa helmet yang digunakan dalam permainan PUBG sebagai helmet pekerja kimpalan adalah kerana visor yang boleh dibuka tutup itu. Perhatikan perbezaan antara visor dan wayar alat dengar radio terbina dalam.

Atlyn

 

K-63

Ia bukan helmet kimpalan, visor nya diperbuat dari kaca balistik yang jelas. Ia tidak mempunyai gred ketumpatan neutral untuk mengelakkan gangguan penglihatan atau kebutaan mata seperti yang ada pada helmet pekerja kimpalan.

Ia merupakan helmet balistik yang terbuat dari bahan titanium dengan ketebalan 4-6mm. Kebanyakan helmet begini digunakan dalam pasukan yang memiliki kemasukan anggota baru. Tidak semua anggota elit Spetznaz mendapat helmet ini. Hanya unit-unit yang tertentu, terutamanya yang berada dalam keadaan seperti operasi menyelamatkan tebusan akan dikeluarkan.

Sebilangan besar aduan berkaitan kelemahan helmet ini adalah mengenai ketidakmampuan pengguna untuk mencapai bahagian pipi, jarak pandangan yang terhad dan berat yang agak membebankan.

RUJUKAN:

  • Quora: Why Do Spetsnaz Soldi3r Wears Welding Helmet?
  • SEAGM Fun Facts : PUBG Helmets
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.