Cuaca panas begini kalau dapat teguk Coca-Cola memang sedap yang menyegarkan. Dengan rasanya yang lazat dan sangat bergas, Coca-Cola sentiasa menjadi kegemaran ramai orang. Tapi masalahnya sekarang, kita tak boleh minum Coca-Cola terlalu kerap kerana miliki kandungan gula yang sangat tinggi. Bukan setakat itu sahaja, kalori juga lebih tinggi berbanding minuman biasa.

Kalau kita tetap berdegil untuk menikmati Coca-Cola bagai tiada lagi hari esok, bersiap sedialah untuk menjadi gemuk atau lebih teruk lagi adalah kaki bakal dipotong. Hal itu telah membuatkan ramai menyedari bahawa Coca-Cola amat berbahaya dan mula mengurangkan pengambilannya. Bagi Coca-Cola pula, perkara seumpama ini akan menjejaskan imej syarikat mereka lantas menyebabkan jualan akan jatuh mendadak.

Untuk mengatasi masalah ini, Coca-Cola telah melancarkan minuman versi diet yang dikenali sebagai Coke Zero Sugar. Tambah menarik lagi minuman baru itu tidak mengandungi sebarang gula dan kalori. Bermakna anda hentam bertin-tin Coke Zero Sugar setiap hari pun tidak akan membuatkan anda jadi gemuk. Jadi adakah Coke Zero Sugar telah menyelesaikan masalah pelanggan dan berpotensi untuk menggantikan air kosong?

ARLINGTON,VA – AUGUST 31: Coke Zero, New Coke Zero, and Pepsi Max photographed for Voraciously in Arlington, Virginia on August 31, 2021 (Photo by Scott Suchman for The Washington Post; food styling by Lisa Cherkasky for The Washington Post)

Mungkin ramai terkejut kerana Coke Zero Sugar yang kita anggap begitu sihat sebenarnya miliki gula tambahan. Kalau anda perasan ketika minum Coke Zero Sugar, pasti terdapat rasa manis. Jadi dari mana rasa manis itu muncul, dari kerajaan langitkah? Jawapannya adalah Coke Zero Sugar tetap menggunakan gula tambahan seperti aspartam dan acesulfame potassium bagi memastikan rasa asli Coca-Cola tidak hilang.

Tambahan pula ada kajian yang menyatakan bahawa Coke Zero Sugar sama sahaja bahaya seperti Coca-Cola biasa. Buktinya, pada 2017 seekor tikus telah diberikan dua jenis minuman bergas iaitu bergula dan tanpa gula selama setahun. Hasil dapatan kajian itu mengatakan tikus tersebut makan lebih banyak, berat badan meningkat dan sentiasa lapar apabila menikmati kedua-dua minuman bergas tersebut.

Tapi mesti akan ada yang cakap, tikus dengan manusia sangat berbeza. Belum tentu apa yang dicuba untuk tikus berkesan kepada manusia. Dengan itu, 20 orang pemuda telah dipilih untuk menikmati minuman bergula dan tanpa gula selama sebulan. Setelah itu keputusan menunjukkan kedua-dua minuman tersebut telah meningkatkan rasa lapar kesemua pemuda. Biarpun kesan lain seperti selera makan bertambah dan peningkatan berat badan tidak kelihatan, itu sudah cukup menunjukkan minuman bergas tanpa gula sama bahaya.

Kalau nak lagi jelas sekarang ini cuba bayangkan calorie intake anda setiap hari adalah sekitar 2000 kcal. Anda patuhinya tetapi tetap mengambil minuman bergas tanpa gula dengan harapan kandungan kosong kalori itu tidak akan tidak akan mengganggu calorie intake anda. Sekali imbas nampak macam betul tapi kandungan gula tambahan yang wujud dalam minuman bergas itu tetap akan membahayakan anda. Jadi kalau anda buat gila dengan teguk bertin-tin minuman gas tanpa gula, memang tetap akan jadi gemuk.

Sekarang ini bagaimana sebab nak minum itu tak boleh dan nak minum ini pun tak boleh. Jawapannya boleh sahaja nak minum tapi pastikan diambil dalam kuantiti sedikit dan diperlukan oleh badan sahaja. Jangan sampai teguk minuman bergas tanpa gula seperti sudah bertahun tersesat di Gurun Sahara. Sebaik-baiknya minumlah air kosong dengan lebih kerap dan dalam kuantiti yang betul.


Akhir kata, jangan lupa beli buku-buku menarik yang kami sajikan untuk anda semua. Boleh beli di https://shopee.com.my/thepatriotsasia.

RUJUKAN:

Bantilan, C. (n.d). Is Coke Zero bad for you? Healthline. Dipetik daripada https://www.healthline.com/nutrition/is-coke-zero-bad-for-you

Green, D. (2018, Januari 12). I drank as much Diet Coke as I could for a week — and I saw why Coca-Cola made massive changes to the brand. Insider. Dipetik daripada https://www.businessinsider.com/why-coca-cola-made-changes-to-diet-coke-2018-1

Shmerling, R. (2021, Mac 22). Zero weight loss from zero calorie drinks? Say it ain’t so. Harvard Health Publishing. https://www.health.harvard.edu/blog/zero-weight-loss-from-zero-calorie-drinks-say-it-aint-so-2021032222204


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply