Hawking Dan Lohong Hitam

0
1245
views

‘Black Hole’ atau ‘Lohong Hitam’ terbentuk hasil daripada kematian bintang. Syarat bintang ini untuk menghasilkan Black Hole mestilah mempunyai jisim seberat paling tidak berpuluh-puluh kali ganda lebih berat daripada Matahari.

Kalau tak, bintang tersebut tidak akan menjadi Black Hole, ia akan jadi White Dwarf.

Setiap bintang ada dua tenaga yang membuatkannya untuk terus hidup iaitu tenaga nuklear dan tenaga graviti yang saling berlawan antara satu sama lain.

Tenaga nuklear ini menjalankan proses pelakuran yang membakar untuk membuatkan bintang terus hidup. Kalau bahan bakar dah tamat, bintang akan mati.

Selepas bintang mati, bintang ini akan jadi dua benda saja. Sama ada Black Hole ataupun White Dwarf. Kalau jisimnya cukup tinggi, ia akan jadi Black Hole.

Bintang berjisim yang lebih besar daripada Matahari mampu menghasilkan besi hasil daripada proses pelakuran nuklear. Pembentukan besi telah menyebabkan berlakunya ketidak-seimbangan antara tenaga graviti dan tenaga nuklear.

Ketidak-seimbangan ini akhirnya menyebabkan pusat bintang berkecai dan meletup menjadi ‘super-nova’ yang menerangi alam.

Kemudian, terbentuklah ‘Black-Hole’.

‘Black-Hole’ mempunya jisim yang tidak terhingga dan kekuatan graviti yang tak terhingga. Kekuatan graviti Black-Hole sampai cahaya pun tak boleh nak lepas.

Maksudnya apa tuan-tuan?

Roket memerlukan kelajuan 40,320 km/h untuk melepaskan diri daripada graviti Bumi supaya dapat terbang ke angkasa. Kelajuan ini bersamaan 33 kali ganda kelajuan bunyi.

Waqaf Saham

Cahaya pula mempunyai kelajuan bilion km/h yang mana kelajuan ini pun tak dapat nak lepas dengan graviti Black Hole.

Jadi, sesiapa yang masuk ke dalam Black Hole, tidak akan dapat keluar semula.

Sesiapa yang menghampiri Black Hole, masa di sekelilingnya akan bergerak lebih perlahan. Yelah, Black Hole kan mempunyai graviti yang tinggi.

Menurut teori kerelatifan umum (general theory of relativity) yang dirumuskan oleh Albert Einstein, masa akan semakin perlahan apabila berada di tempat yang bergraviti tinggi.

Tetapi, kalau masuk ke dalam Black Hole terus, masa akan terus berhenti. Masa tidak bergerak langsung. Dalam Black Hole ini ada singulariti.

Singulariti ini pertama kali dirumuskan oleh Stephen Hawking and Roger Penrose. Singulariti ini adalah sejenis titik. Titik ini terbentuk hasil daripada fabrik ruang masa yang ‘ditarik’ dan ‘diherot’ sehiggakan jisim dan daya gravitinya tak terhingga. Tak ada isipidu dan tak ada permukaan.

Setakat ini, saintis tak dapat nak tahu sepenuhnya sifat sebenar singulariti ini.

Pembentukan singulariti ini telah menguatkan teori Big Bang tentang asal usul alam semesta yang bermula daripada singulariti.

Hukum fizik dan matematik hancur berkecai dan ralat untuk merumuskan sifat singulariti. Dia jadi macam kau bahagikan apa saja dengan nombor kosong. Kau akan dapat ralat ataupun ‘infinite’.

Black Hole mampu membesar dengan menyedut bintang-bintang atau objek-objek berjisim di sekelilingnya.

Stephen Hawking pernah merumuskan Black-Hole mampu melepaskan sinaran (radiation) yang hari ini dikenali sebagai sinaran Hawking (Hawking radiation).

Menurut Hawking, Black Hole melepaskan sinaran jisim. Sinaran jisim ini kecil saja Black Hole lepaskan. Ia akan teruskan lepaskan sinaran jisimnya sehinggalah Black Hole jadi tersejat dan terus mati.

Tetapi percayalah, Black Hole mengambil masa berjuta-juta tahun untuk tersejat. Paling tidak tunggu bintang-bintang di sekelilingnya mati dulu.

Sinaran Hawking ini sepatutnya dapat memberikan maklumat pasal Black-Hole sama macam bintang-bintang lain yang memberikan sinaran.

Tetapi menariknya, maklumat yang dilepaskan oleh Black Hole melalu sinarannya tak ada maklumat. Dia hancurkan semua maklumat yang dia serap.

Begitulah serba sedikit pasal Black-Hole.